Wednesday, 3 January 2018

THE BEST MANGO FLOAT

Teringin sangat nak merasai dessert yang pada saya nampak mewah...rasanya  sudah semestinya sedap...bila tengok dalam blog dan rakan fb duk update dessert ni,,,hati saya dah tak sabar untuk cuba membuatnya sendiri...tapi bila tengok pada senarai bahan2nya ada sesetengah tu agak sukar utk mencarinya di Kelantan cthnya ,Nestle Cream maka hasrat tu dipendam je la...kebetulan  Chef Hanieliza Kamarudin ada kongsikan resipi ni dalam grup FB Masak Apa Hari Ini (MAHN) ...bila saya amati bahan2nya tk de pulak yang susahnya, so apalagi....misi diteruskan...kebetulan semasa singgah di Bukit Bunga saya sempat beli 3 kilo buah pauh mas hitey..ore kelate panggil...akhirnya setelah cukup semua bahan2nya berjaya juga saya membuat Mango Float ni...rasa sangat bangga weh buleh buat dessert ni....rasanya mmg tk dpt dipertikaikan lagi...mmg sedap sgt terutama kepada penggemar cheese...anak perempuan saya yang mmg hantu cheese mmg pulun makan dessert ni...siap bawa bekal  kat sekolah lgi nk suruh kengkawannya rasa..... apapun terima kasih yang tidak terhingga pada Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi yang marvelous ni...ada yang terlio tak...meh saya kongsikan resipinya

THE BEST MANGO FLOAT

Sumber: Fb Hanieliza Kamarudin (MAHN)
Olahan semula:Mamamia
Bahan2:
Sediakan spring foam @ loaf pan-lapik plastik,lebihkan satu inci tinggi dr paras loyang
Saya guna mangkuk kaca dan dialas plastik wrapp sb spring foam saya besar...nti tak padan dgn bahan yg digunakan...
1 cawan UHT whipping cream(yg sejuk dari peti ais)
250gm cream cheese-dilembutkan
3/4 cawan susu pekat manis 
2 biji mangga dipotong memanjang(saya guna 3 bji n potong dadu)
Biskut cream crackers secukupnya

Bahan2 yg diperlukan..mangga ,cream cheese,uht whipping cream,biskut cream crackers,susu pekat(tiada dlm gambar)
mangga dikupas kulitnya dan potong dadu
pukul uht whipping cream hngga kaku/kental

pukul cream cheese hingga lembut,kemudian masukkan susu pekat

masukkan uht whipping cream yg dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese
kaup balik kedua2 bhn ni hingga sebati
alas bks acuan dgn plastik wrap dan susun cream crackers hingga menutupi dasarnya
ratakan cream cheese keatasnya hingga menutupi keseluruhan cream crackers
susun mangga diatas cream cheese..ulang bahangian ini hingga selesai...iaitu cream crackers,cream cheese dan mangga
 bahagian atas sekali mesti berakhir dgn cream cheese...kemudian hancurkan 2 kpg  cream crackers dan tabur diatasnya..sejukkan dlm chilled room 8 jam @ semalaman..
 
 hiaskan dgn mangga yg dipotong dadu baru sedap dimakan...

Jom Try Buat...









No comments: