Sunday 30 August 2015

ACAR TIMUN


Acar timun ni saya selalu buat tuk dipadankan dengan nasi minyak,nasi tomato dan pelbagai nasi yang berperisa.Acar ni kira hidangan yang wajib ada sebab ia dapat menghilangkan rasa muak bila digandingkan dengan lauk yang berlemak seperti dalca dan juga kari daging.Namun acar timun ni tak tahan lama dan mudah basi jika tidak kena caranya.Kali ini saya cuba membuat acar timun yang boleh disimpan lama dan kekal rangup bila dihidangkan.Resipinya saya ambil dari blog AlongRoz@HomeKreation yang menurutnya jangan masukkan air kedlam kuah supaya acar tahan lama... ..sebenarnya dah lama saya buat acar ni  cumanya dok terperap dalam folder jer..untuk beri laluan kepada resipi2 yang lain dulu hihii...saya juga ada buat beberapa penambahan daripada resipi asal...harap Along tak kisah erkkkk....apapun terima kasih atas perkongsian resipi yang amat berguna ini...


ACAR TIMUN
Sumber:AlongRoz@HomeKreation
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

1 batang timun*
1 batang karot*
2 '' halia*
4 biji cili merah& hijau* (hiris seperti batang mancis)
5 ulas bawang merah-belah dua
5 ulas bawang putih-belah dua
1 sdt bij sawi
1 sdb serbuk cili
1 sdt serbuk kunyit
1/2 cawan cuka
1/2 cawan gula-saya kurangkan kepada 1/4 cawan shj sbb tidak mahu manis sangat.
1 sdt garam



Cara-cara:
1.Campurkan kesemua sayuran dan gaul dengan garam.Ketepikan sebentar lebih kurang 10 minit.Tapis dan buangkan air sayuran.
2.Panaskan beberapa sudu minyak dan tumis biji sawi,serbuk cili,serbuk kunyit, bawang merah dan bawang putih dan kacau beberapa saat sahaja.Masukkan cuka dan gula dengan cepat supaya tidak hangus.Masak sehingga pekat dan masukkan kesemua jenis sayuran.Gaul sehingga sebati selama beberapa minit.
3.Boleh terus dihidangkan atau dimasukkan ke dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk.Boleh disimpan dan tahan selama beberapa minggu.



Nota:
Selepas ditos ,sayur-sayuran tu saya jemur di bawah cahaya matahari hampir 1 jam untuk mengeringkan lagi airnya.
Saya tidak menggaul terus kuahnya bersama sayur-sayuran.Bila kuah sejuk baru saya gaulkannya.



Jom Try Buat

SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE DAN SEDAP


Sesekali bila dah jemu makan nasi saya beralih kepada hidangan barat pulak.Spaghetti Carbonara ni saya buat tuk hidangan makan malam.Dalam saya tercari-cari resipi yang simple, saya berkenan dengan Spaghetti Carbonara dalam blog muhammadmajduddin.Bila saya baca cara penyediaan yang simple  dan tak rumit sangat,... terus sediakan bahan2 yang diperlukan dan terus masak pada malamnya.Hasilnya sangat sedap sekali!!Ini kali pertama saya memasak Spaghetti Carbonara...sebab sebelum ni saya suka masak Spaghetti Aglio Olio dan Spaghetti Bolognoise saje....so nak try jugaklah sedap ko idok Spaghetti Carbonara nihhh...spaghetti ni sesuai sangat tuk budak2 sebab ia tak pedas . Anak2 makan sampai bertambah2 giteww.Terima kasih pada pemilik blog kerana share resipi yang simple dan sedap pulak nih....kepada pembaca yang ingin cuba masak Spaghetti Carbonara ni saya kongsikan resipi kat bawah ni yerrr..



SPAGHETTI CARBONARA SIMLPE DAN SEDAP
Sumber:muhammadmajduddin.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

300-350 gm spaghetti
1 tin sos spaghetti carbonara Prego-saya guna carbonara mushroom
1 tin cendawan butang
4-5 batang sosej
8-10 ekor udang saiz sederhana-saya letak 12 ekor
3-4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-saya letak 1 1/2 labu
1/2 cawan susu segar-letak 1 cawan
Serbuk lada hitam
1 biji lada benggala-saya tambah
Sedikit oregano leaves-saya tambah
Air dan garam secukup rasa
Sedikit minyak-saya guna minyak jagung



Cara-cara:
1.Rebus spaghetti dengan air secukupnya.Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air.Siap dan toskan.
2.Bawang besar,bawang putih di potong dadu.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4.Masukkan udang dan sosej.Biarkan seketika.
5.Masukkan sos carbonara Prego.Masukkan air secukupnya.
6.Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian.Masukkan cendawan butang serta lada benggala yang dipotong dadu.
7.Masukkan susu segar,garam,oregano leaves dan biarkan reneh seketika.Siap.
8.Untuk dihidangkan,tabur sedikit serbuka lada hitam ke atas hidangan.(Saya masukkan terus dalam kuah).

bahan2 yang perlu disediakan

bahan basah

tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan

masukkan udang


seterusnya masukkan sosej

gaul sebati dan biarkan seketika

 

masukkan sos prego

masukkan air secukupnya diikuti cendawan butang dan lada benggala

masukkan susu segar,garam dan reneh seketika...


siapppp...


wallla...enak tak terkata


Nota:
Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakkannya melekat.
Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian.Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat,saya tambah 1 cawan ++ air ketika mereneh sos.

Friday 28 August 2015

AGAR-AGAR LAPIS MARIE


Ketika singgah di dapurcikwan,saya berkenan sangat dengan resipi Agar-agar Lapis Marie... kerana menurut CW gabungan biskut marie dengan santan memang superb best...ermmm memang kena try buat nih.Balik dari sekolah saya singgah tuk beli barang-barang nak buat agar2 nih...simple sangat bahan-bahannya..biskut marie,agar2 serbuk, santan dan telur jer..cara nak buat pun sangat mudah.Hasilnya memang tak mengecewakannn...anak2 saya suka agar2 ni yang rasanya cam puding gitewww tambah2 bila dimakan sejuk....nak try buat tak..jom semak resipinya...


AGAR-AGAR LAPIS MARIE
Sumber:dapur cikwan
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

10 gm agar-agar serbuk
1000 ml air-saya guna 4 cawan air
200 ml santan-saya letak 1 cawan
250 gm gula
1 biji telur
100 gm biskut marie
1 sk pewarna kuning
Sedikit esen vanilla-saya tambah
Secubit garam-saya tambah

Cara-cara:
1.Masak serbuk agar-agar bersama air,gula dan pewarna kuning.
2.Susun lapisan agar-agar marie di dasar loyang.
3.Bila agar2 dah menggelegak,kecilkan api dan ambik 1/4 cawan(saya letak 1/2 cawan) dan curahkan perlahan-lahan ke atas lapisan biskut marie.
4.Ambil lagi 1/4 cawan (saya ambil 1/2 cawan) lagi adunan agar2 tadi dan ketepikan.
5.Masukkan santan yang telah dicampurkan dengan telur ke dalam periuk adunan agar2 tadi,serta esen vanilla dan secubit garam ... kacau sehingga masak.(saya blend santan dan telur).
6.Tuangkan agar2 bersantan ke dalam loyang.Susun biskut marie di lapisan atas.
7.Akhir sekali ambil baki 1/4 cawan agar2 dan tuangkan dengan perlahan2 sebagai lapisan atas.

*Untuk dapat layer yang cantik kena pastikan layer by layer tu betul2 sejuk baru cantik.


bahan2 yang diperlukan

susun biskut marie di dasar acuan

masakkan air,agar2 serbuk,gula dan pewarna kuning


 ambil 1/2 cawan agar2 tadi dan curahkan ke atas lapisan biskut marie


masukkan santan dan telur yg tlh diblend,...garam,dan esen vanilla


tuang agar2 bersantan ke dlm acuan dan susun biskut marie di lapisan atas

kemudian tuang baki agar2 yang1/2 cawan sbg lapisan teratas

tadaaa...siap

potong kecil2 senang anak2 nak ngappp...

ermmmm....enak dimakan sejuk....








Jom Try Buat...

JERUK BUAH SAMARINDA


Pernah makan buah samarinda tak?Saya pasti tak ramai yang mengetahui berkenaan dengan buah ini.Pertama kali saya merasa jeruk buah samarinda ini sewaktu bertugas di SMKI beberapa tahun yang lalu.Ketika itu rakan sejawat iaitu Puan Mahani yangberasal dari Kedah membawa jeruk samarinda ke sekolah..saya yang memang penggemar asam memang pulun habis jeruk samarinda ni.Rasanya yang rangup,masam2 manis dan seakan-akan buah "gemia"  jeruk kalau kat Kelantan nih...sebab rasa tak puas makan jeruk tu saya minta dia bawakan biji benih buah samarinda .....boleh tanam kat rumah dan buat jeruk banyak2 yea dakkk....hampir 3/4 tahun barulah buah samarinda mula mengeluarkan hasil...ermmm suke..suke sebab menjadi jugak tangan saya semai pokok ni kannn...so lepas ni bolehlah buat jeruk sendiri dan makan puas- puas...sebelum tu saya nak bagi info sikit berkenaan dengan buah samarinda ni hasil carian daripada encik google....kalau kat Kelantan memang amat jarang untuk menjumpai pokok ini,kalau ada pun bukan dipanggil buah samarinda tapi nama apa ntah lupa pulak nak tanya kawan...buah samarinda atau nama saintifiknya ialah Carissa Carandas L.Buah ini ditanam sebagai hiasan sudut halaman rumah,buahnya masam kelat ketika matang dan buah yang ranum berwarna merah kehitaman kelihatan seperti anggur hitam.Ia berbuah sepanjang tahun.Buah yang putik dan sudah matang sesuai dijadikan jeruk.Dikatakan buah samarinda ini mampu membantu merawat demam dan kecacingan.Buah ini juga dikatakan berasal dari India...itu saja serba sedikit info berkaitan buah samarinda yang saya tahu......saya rasa buah yang masak ranum  juga sesuai dijadikan jus macam jus roselle... nantilah lepas ni nak try buat...



JERUK BUAH SAMARINDA
Oleh:Mamamia Kitchen


buah samarinda yang telah matang

buah yang masak ranum...seakan2 anggur hitam kan....

bunganya yang cantik memang sesuai dijadikan pokok hiasan
berbuah sepanjang tahun

saya tanam ditepi rumah sebagai hiasan


Sekarang saya nak tunjukkan cara2 nak memproses buah samarinda ni tuk dibuat jeruk.

 Cuci bersih buah yang telah matang dan dibelah dua.Buang bijinya.Proses nak buang biji ni memang agak mencabar sikit sebab buahnya kecil2 so memang makan masa...kalau buat sorang2 boleh tertidur kat depan besen buah tu...satu lagi buah ni juga kuat getahnya memang melekat2 kat tangan...kena sental dengan berus bila nak cuci tangan tu...saya syorkan simpan buah tu dalam fridge selepas dipetik selama dua/tiga hari supaya getahnya kering sedikit..
Kemudian rendamkan buah samarinda yang telah dibuang bijinya ke dalam larutan air garam selama semalaman.Sukatan garam tu saya tak boleh nak bagi sukatan yang tepat sebab main boh camtu jer...so pandai2 agaklah yerrr..


Selepas semalaman toskan buah samarinda.Masak gula pasir bersama air hingga mendidih dan biarkan sejuk.Masukkan buah samarinda ke dalam air gula dan simpan dalam peti ais untuk mengelakkannya berkulat.Selepas 3/4 hari dah boleh makan.....

Saya selalu membawa jeruk buah samarinda ni ke sekolah tuk bagi kengkawan rasa....dan sememangnya mendapat sambutan hangat ....ermm terlajak larisssss.. Oleh kerana buahnya yang unik dan jarang ditanam di Kelantan ramai kengkawan saya yang ambik biji benih buah samarinda setiap kali mereka datang rumah.





Jom Try Buat..

Wednesday 26 August 2015

KEK MARBLE LEMBAB


Sudah sekian lama saya teringin untuk membuat kek marble ni...namun asyik tertangguh jer....bila melihat kek marble ni dalam blog Azie Kitchen,blog Damai qalbu dan blog Azlita masam manis membuatkan saya dah tak tahan lagi untuk merasai sendiri kegebuan kek ini yang juga dikatakan sangat moist bila disimpan semalaman....kebetulan ketika Ramadan yang lalu saya  membeli beberapa ketul Buttercup di Tesco kerana harganya yang sangat murah!...memandangkan harga di sini agak mahal sedikit membuatkan saya tidak berfikir panjang terus membelinya.Hajat dihati nak bikin kek time raya Aidilfitri nanti, tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan saya tak sempat nak bikin satu kek pun huhuhu....maka dok bertapalah buttercup tu kat dalam fridge..nak tunggu raya haji lambat lagi..kebetulan pulak ketika ini saya dah banyak relax.. lepas waktu sekolah petang2 bolehlah dok mengadap lappy mencari resipi2 yang menarik tuk dicuba.Kek marble ni saya buat  lewat petang semalam menggunakan resipi dari blog Azie Kitchen...bila dah masak tu saya biarkan sekejap sebelum proses "shooting"...pastu terus potong2 n simpan dalam bekas tupperware..anak2 mintak nak makan pun saya tak bagi...siap cakap makan pagi esok lagi sedappp...sib baik diorang dengar cakap.Keesokannya kami semua makan tuk bekpes sebelum ke sekolah...ermmm memang sedap banget...my hubby yang tak berapa suka makan kek ni pun puji akan keenakan kek marble ni...anak2 siap suruh tapau tuk bawa bekal ke sekolah...saya juga mengambil beberapa potong untuk dicuba kepada kengkawan......seperti yang dijangka mereka memuji akan kegebuan kek marble ni......lepas ni kalau nak buat kek marble saya akan kekal dengan resipi ni dah...terima kasih pada Azie Kitchen atas perkongsian resipi yang sangat mebeles nih....jom lihat resipinya




KEK MARBLE LEMBAB
Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

250 gm butter jenama Anchor-saya guna Buttercup

2 cawan tepung naik sendiri-saya gantikan dengan 250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sdt baking powder

220 gm gula kaster-sya guna  200gm  je  sb  tk  mau  kek  manis

4 biji telur gred A-saya guna saiz sederhana

1 sdb ovellate

1 sdb esen vanila

2 sdb susu segar-saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb/boleh juga  gunakan  susu  cair

1 sdb choc emulco-tak letak

1 sdb serbuk koko-saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas

Sedikit pewarna pink-tak letak


Cara-cara:

1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.

2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.

3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna pink(saya tak buat sebab gunakan warna asal)Manakala untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).

4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.

5.Bakar selama 45 minit pd suhu 170-180C sehingga masak bergantung pada oven.20 minit  terakhir  guna  api  ats  bwh,bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.











Jom Try Buat...

Tuesday 25 August 2015

KUIH CARA MANIS


Buat Kuih Cara Manis  tuk bekpes ni sebab nak try acuan baru yang bentuk munge2 nihh...sebenarnya acuan ni hampir 3 bulan dok terperap kat dalam kabinet,bila ngemas barang2 tu baru jumpa benda alah ni elok jer dok dalam bungkusan plastik.Saya dah lama berkenan dengan acuan bentuk munge nih...bila tengok banyak blogger yang guna acuan ni tuk buat kuih cara, hati dah tak sabar nak dapatkannya jugak.Kebetulan kami sekeluarga pegi jenjalan kat Pekan Rantau Panjang...tak tau nak beli ape sebab tak plan pun sebenarnya nak pegi sana.Last2 saya rembat acuan ni dan satu lagi acuan tuk buat kuih bahalu kemboja/akok... sebelum ni saya penah buat kuih cara ni tapi guna acuan yang bentuk cam kuih bahulu...resipinya pun dah lupa.Kali ni saya menggunakan resipi daripada yani@myr sebab ramai blogger dok puji sedap...so kena try  la kan.Ermmm patutlah dapat pujian ramai sebab memang sedap betoii....saya buat setengah adunan daripada resipi asal..dapatlah 27 biji....cukup tuk kami anak beranak bekpes....terima kasih pada yani@myr semoga mendapat pahala yang berganda atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ni...bagi pembaca yang ingin mencuba resipinya seperti di bawah.....



KUIH CARA MANIS
Sumber:yani@myr
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan2:

2 cawan tepung gandum-1 cawan
3 cawan santan-1 cawan
2 biji telur-1 biji
3 helai daun pandan-blend bersama santan-1/2 cawan air pandan
Secubit garam
Sedikit pewarna epal hijau-saya tambah
Gula pasir secukupnya


Cara2:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali gula.Gaul sebati.
2.Panaskan acuan,sapukan minyak dan tuang adunan.Masukkan gula dan tutup.
3.Biarkan 2-3 minit.Angkat.


guna api kecik sekali supaya tidak hangus bhg luarnya...

carilah penutup yang ngam dgn acuan tu..saya guna penutup vision...ngammm sangattt

taraaa....dah siap




Nota:
Saya campurkan semua bahan ke dalam adunan dan blend sampai halus..senang keje
Guna daun pandan untuk sapukan minyak pada acuan.




Jom Try Buat


Monday 24 August 2015

MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU


Hari minggu baru2 ni sewaktu pergi ke pasar untuk membeli lauk pauk saya melihat banyak pucuk paku yang sangat segar.Terus terfikir untuk masak lemak cili api, pasti kaw...digandingkan pulak dengan ikan masin goreng serta ulam-ulaman yang lain memang membuka selera tuk makan tengahari nanti.So saya rembatlah 2 ikat pucuk paku ni.Sebab dah agak lama tak pekena masak lemak cili api ni makan sampai bertambah2 ler....terima kasih la pada tuan empunya resipi ni iaitu norhayatisaad71.blogspot..resipi asal menggunakan pucuk ubi.. kali ni saya pula gantikan dengan pucuk paku pulak .....sebelum ni saya dah cuba masak menggunakan pucuk ubi, bagi saya kedua-duanya sangat sedap ............jom semak resipinya

MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU
Sumber:norhayatisaad71.blogspot
Olahan rasa:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan;
1 ikat pucuk paku-dicuci dan dipotong kecil
Segenggam ikan bilis-cuci dan perah sedikit
2 cawan santan-boleh tambah kalau mahu kuah lebih
5 biji cili api-saya gantikan dengan  2 biji cili merah supaya tidak terlalu pedas
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai dititik-saya tambah
1 keping asam gelugor-saya tambah
Garam,gula secukup rasa

Cara2:
1. Tumbuk cili api,kunyit dan bawang merah secara kasar.
2.Ikan bilis juga ditumbuk kasar.
3.Satukan pucuk paku dengan bahan yang ditumbuk,santan,garam,gula serta asam keping.
4.Masak hingga mendidih,sesuaikan rasa.Tutup api.

Makan dengan nasi panas2...tambah pulak ada sambal belacan dan ulam-ulaman...sampai berpeluh2 youuu...

Nota:
Jika menggunakan pucuk ubi kayu perlu dicelur terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan tumbuk.


Jom Try Buat...

Sunday 23 August 2015

PUTERI MANDI


Kuih Puteri Mandi ini terhasil kerana ketidakpuasan hati saya sewaktu membeli kuih ini sebagai juadah untuk berbuka puasa pada Ramadan yang lepas.Bila bulan posa  tekak teringin nak makan kuih ni.Nak buat sendiri rasa cam tak berbaloi  pulak sebab hanya saya sorang saja yang suka makan kuih klasik camni...anak-anak dan hubby lebih gemarkan kuih ringkas jer cam murtabak dan popia goreng....so bila balik sekolah tu saya singgah di satu gerai berhampiran rumah yang menjual pelbagai jenis kuih muih tradisional ni...dan saya berkenanlah dengan puteri mandi sebab tengok nampak cam sedap jer...hati dah tak sabar nak menikmati kuih ni...namun saya sangat kecewa kerana rasanya sangat tidak menepati citarasa saya sepertimana yang  saya  harapkan.. rupa jer mengguda tapi dari segi rasanya hancuss...oleh kerana perasaan kecewa yang teramat sangat membuatkan saya berazam untuk menghasilkannya sendiri..sebelum ni saya selalu tolong mak buat kuih ni tapi tukang gentel jer...sukatan untuk adunan kuih tu saya tak ambil tahupun...maka saya bertanya encik google dan dapatlah resipinya.Saya memilih resipi daripada Azie Kitchen sebab resipinya lebih kurang macam mak saya buat ..cuma saya tambah air daun pandan untuk adunan kuih  dan menggunakan gula melaka untuk kuahnya......dan hasilnya memang superb...sebijik cam mak saya buat...terima kasih pada Azie Kitchen atas perkongsian ilmu ini ...jom lihat resipinya.......


PUTERI MANDI
Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Air daun pandan secukupnya(kisar4 helai daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya)-saya tambah
Sedikit pewarna hijau epal

Cara-cara:
 Kisar daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya.
 Tepung pulut dicampur dengan air kapur.Tambahkan air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tepung tidak melekat di tangan dan pada bekas adunan.Jangan masukkan air pandansekaligus ye...jika tidak cukup boleh tambah air .

Ambil sedikit doh dan gentel bulat sebesar ibu  jari dan tekan sedikit ditengah-tengahnya.

Didihkan air dalam periuk sehingga mendidih.Masukkan doh ke dalam air mendidih.Doh akan timbul bila sudah masak.


 Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkannya melekat.


Bahan kuah:
1/2 cawan gula pasir-boleh dikurang atau ditambah
2 keping gula melaka
1/2 cawan air
2 helai daun pandan-saya letak 1 helai jer
1/2 cawan kelapa parut-yang muda tau!
Garam


Cara-cara:


bahan-bahan untuk kuahnya

 Toskan doh yang direndam dalam air sejuk tadi.
Masakkan air,gula pasir,gula melaka,daun pandan dan garam hingga semuanya larut dan sebati.Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat dan sesuaikan rasanya.

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau sebati.Biar agak pekat dan matikan api

taraaaa.....sedia untuk dinikmati



Nota:
Resipi yang saya buat ini tidak mengikut 100% resipi Azie Kitchen.Kalau pembaca diluar sana yang ingin melihat resipi yang sebenar bolehlah ke blog beliau yea..



JomTry Buat..