Monday 2 November 2015

CUCUR JAGUNG SEDAP SANGAT

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Ketika BW, saya singgah diblog  duniacikguwan...maka berkenan sangat dengan CucurJagung nih... tambahan pulak apabila cikguwan mengatakan sedap sungguh cucur jagung ni dan menjadi kegemaran mereka sekeluarga.Lantas sayapun berkira2 nak buat jugak la..tapi bahan utamanya  pulakyang tak de iaitu jagung segar.Keesokannya balik dari sekolah terus singgah di Pasar Besar TM untuk mendapatkan daun kucai dan jagung segar...namun hampa kerana memang tak de satupun peniaga yang menjual jagung segar.Memula tu cadang nak guna jagung dalam tin jer..tapi tetiba ubah fikiran nak pegi beli di Kg Paloh yg mna lokasinya terletak di Jln Pasir Mas-Tanah Merah yang merupakan pusat jualan jagung serta pelbagai jenis ubi sepanjang tahun.Walaupun jaraknya lebih kurang 7km dari bandar TM demi nak melangsaikan misi buat Cucur Jagung ni saya tak kisah..huhuhu.......Akhirnya petang tu berjaya juga saya buat Cucur Jagung ni...rasanya of coz la sedap sebab letak banyak jagung..sebenarnya pada pendapat  saya, rasa Cucur Jagung ni  lebih kurang "jjeput mmalah"  jer kalau di Kelantan.Bezanya "jjeput mmalah" cuma dimasukkan kangkung,bawang besar, ikan bilis serta yis ataupun serbuk penaik manakala Cucur Jagung ni pula diletakkan jagung yang banyak......Apapun yang penting kita boleh mempelbagaikan resipi aneka cucur...Oleh kerana agak banyak juga bancuhan ini maka saya simpan separuh kat dalam fridge ..esok cadangnya nak bawak bekal kat sekolah.Bila dah ramai yang try cucur ni ada pulak yang berminat nak mintak resipinya...ermmm tu tanda sedap la kannnn...Cucur Jagung ini juga sebenarnya mengingatkan saya kepada nostalgia semasa belajar kat Penang dulu.Roomate saya orang Bukit Mertajam...so tiap kali family datang melawatnya pasti dibawanya Cucur Jagung ni...apalagi sayapun tumpang sekaki la bedal cucur tu....pastu rasa sayu jer...ingatkan family kat kampung....nak datang melawat nun jauh di Pantai Timur...sobsobsob......errkk dah melalut pulak kali ni...ok lah sebelum kita semak resipi ni ,saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada cikguwan kerana berkongsi resipi yang mudah disediakan dan sedap pulak tu...izinkan pula saya panjangkan resipi disini pulak yerrr...



CUCUR JAGUNG SEDAP SANGAT
Sumber:duniacikguwan
Olahan semula:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

1 paket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang-saya guna 4 tongkol 
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 genggam ikan bilis@udang kering ditumbuk halus
1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar-saya guna 10 ekor
1 biji cili merah/1 biji cili kering dihiris halus-saya guna cili merah
3 tangkai daun kucai dipotong pendek-saya guna segenggam
3-4 cawan air suam panas +pewarna kuning @ kunyit +2 sk garam + 1 sdb gula-saya guna 2sdb gula




Cara-cara: 
Bahan-bahan yang perlu disediakan.

Jagung segar yang perlu disagat terlebih dahulu.

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.Masukkan air suam dan kacau sebati.Saya biarkan selama 1/2 jam sebelum digoreng.
Goreng dalam minyak penuh.

Bila dan berwarna keemasan bolehlah diangkat dan toskan.

Sangat sedap dicicah dengan sos pencicah.

Sedap dimakan time minum petang bersama secawan teh o.....




Jom Try Buat...

No comments: