Wednesday 19 August 2015

KUAH KACANG MUDAH DAN SEDAP


Kuah kacang merupakan masakan yang jarang sekali saya buat.Sebab selama ni saya cuma makan yang emak buat saja dan takde keinginan untuk cuba memasaknya sendirinya.Namun segalanya telah berubah apabila anak lelaki saya yang ketiga begitu suka sekali kuah kacang yang dimakan bersama nasi himpit nih.So mama kenalah belajar buat kuah kacang ni kan ...dalam tercari-cari resipi yang mudah untuk membuat kuah kacang ini saya terjumpa resipi kuah kacang yang mudah dan senang dalam blog Azie Kitchen yang menurutnya diambil dari blogger popular iaitu Kak Jee yang merupakan resipi turun temurun keluarga beliau yang berniaga satay suatu masa dahulu.Ini kali yang kedua saya membuat kuah kacang yang sememangnya mudah dah sedap...terima kasih pada anda berdua atas kesudian berkongsi resipi ini...


KUAH KACANG MUDAH DAN SEDAP
Sumber:Azie Kitchen,Kak Jee
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
600 gm kacang tanah-disangai
5 ulas bawang besar-saya guna 2 ulas jer*
6 ulas bawang merah*-saya tambah
2 ulas bawang putih*-saya tambah(kisar halus)
2 batang serai diketuk-saya tambah
1/2 cawan cili kisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir-saya tambah lebih sikit
1 cawan minyak mazola-saya guna minyak masak
2-3 cawan air
Garam


Cara-cara;
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai.Dibuang kulit dan disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar.(saya skip step ni)cuma buang kulit sahaja.Separuh saya kisar halus dan separuh lagi saya tumbuk kasar.
sangai kacang tanah hingga masak

buang kulitnya

separuh kacang tu di tumbuk kasar

separuh lagi saya kisar halus
 Tumis bahan yang dikisar bersama serai hingga naik baunya
tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi

masukkan cili kering kisar
 Masukkan cili kering kisar  dan kacau hingga pecah minyak
 masukkan kacang yang dikisar halus 
 Masukkan kacang yang dikisar halus dan gaul sebati.
masukkan air secukupnya
 Masukkan air secukupnya.Kacau sebati
masukkan kacang yang ditumbuk kasar
 Seterusnya masukkkan kacang yang ditumbuk kasar.
sesuaikan rasa...tutup api
 Bila sudah mendidih masukkan gula melaka,gula dan garam.Kuah kacang mesti ada rasa manis sedikit.Kuah akan menjadi pekat apabila sejuk.Jadi pandai-pandailah adjust banyak mana air yang perlu dimasukkan ye...


rebus nasi himpit segera cuma 20 minit jer dengan periuk noxxa...menjimatkan






Nota:

Kuah kacang yang saya buat ini tidak mengikut 100% resipi daripada Azie Kitchen.Saya telah membuat beberapa penambahan bahan2 mengikut resipi yang saya lihat daripada beberapa blog masakan yang lain.Terpulang kepada anda untuk memilih resipi yang mana satu...


Jom Try Buat...

No comments: