Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Wednesday, 22 March 2017

CENDOL DURIAN

 Saya teringin sangat nak merasa cendol durian ni apabila tengok rakan2 di fb pakat duk tayang dekat wall.Kebetulan sewaktu balik dari bercuti di Colmar Tropicale saya sempat singgah di Batu 3 Off Jln Lipis Raub untuk merasai Cendol Durian Musang King...memang rezeki sungguh la..namun gerai yang saya singgah tu dah habis stok durian Musang King,,yang tinggal cuma durian D24...ermmm order jugaklah 3 bekas...satu bekas reganya RM12..klu letak Musang King RM30 satu...oppssss...memang terkezut beruk woiii...lepas pekena cendol durian tu terjumpa lagi satu gerai yang jual Cendol Durian Musang King dan buahnya sekali...so my hubby yang hantu durian terus amik keputusan nak makan durian kat gerai tu jugak...rezeki kami cuma tinggal 3 biji jer durian musang king...tu pun kecik2...ermmm malas nak cari tempat lain..reganya RM35 sekilo..lepas timbang 3 biji tu..reganya RM87...terus kopek kat situ n kami semua berebut2 nk menikmati durian Musang King ni...pergghhh sedap nya mak oiii...kejap je dah habis dihentam kami 6 beranak mmg tak cukup la 3 bj tu...

 gerai cendol durian yang kami singgah..Batu 3 Off Jln Lipis Raub..dekat dengan jirat cina
 cendol durian D24..RM 12 satu bekas...boleh makan 2 orang sebab banyak
 Musang King RM35 sekilo
 my hubby sampai pejam mata...asyiknya menikmati Musang king
tengok ulasnya pun dan geram nak ngapp

yg ni hasil air tangan sendiri...ala2 musang king la...kita punya musang kong....hihihiiihi
resipinya ikut terlintas dalam kepala saya..klau nk cuba leh try ye

Cendol Durian Mamamia

Bahan2;

Durian secukupya..nk power guna Musang King,saya guna yang biasa2 jer(tak dak jenama tapi isinya tebal n sedap gak)
1 tin kacang merah yang siap direbus...saya guna Ayam Brands-toskan airnya
1 paket cendol-500gm(toskan airnya)
5 cawan santan segar
3 keping nise dimasak bersama 5 sdb gula pasir n 1 helai daun pandan bersama sedikit air-anggaran 1/2 cawan,dah masak sejukkan dan tapis.
1 sdt garam-nk kasi lemak
Campurkan semua bahan tu dalam mangkuk besar...sesuaikan rasanya nk manis ka,,terpulang la,sejukkan dalam peti ais.Nak makn baru letakkan durian..jumlah nya ikut suka korang la...lagi banyak durian lagi sedap kannnn,,,,klu suka boleh tambah ais lagi enak...

Jom Try Buat...

Wednesday, 10 February 2016

PENGAT DURIAN

Tekak saya tiba2 buat hal....teringin nak makan Pengat Durian...ermmm mengalahkan orang mengidam ni...nak tunggu musim durian lambat lagi....bila saya bagitahu hubby,  dia cadangkan supaya saya gunakan durian frozen yang ada satu tupperware kat tempat freezer....hubby ni saya panggil hantu durian....sebab dia memang peminat no.1 buah durian ni...tu pasal dia suka simpan durian  frozen...bila nak makan cuma defrost saja dahh boleh makan....dia suka letak durian ni dalam budu dan cicah dengan ulam-ulaman...tak pun di campur dengan sambal lada...makan nasi sampai berpinggan-pinggan huhuhu..... Pengat Durian ni sebenarnya sedap dimakan bersama pulut..tapi sebab tak de  stok beras pulut saya cicah dengan roti Gardenia....sedap sangat....kalau nak try meh tengok resipi kat bawah ni...



PENGAT DURIAN
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

7-8 ulas durian
2-3 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka-saya guna yang besar
2 sdm gula pasir-boleh tambah /kurangkan
1 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2kan dan simpul


durian yang difrozenkan....keluarkan dari freezer dan biarkan pada suhu bilik

Satukan santan,gula melaka,daun pandan,garam dalam periuk.Masak hingga hampir, kemudian mendidih masukkan durian.

Bila sudah mendidih,sesuaikan rasa dan tutup api.

Enak dicicah dengan roti....




Jom Try Buat...

Monday, 8 February 2016

PUDING ROTI NUR QASEH YANG SEDAP

Memandangkan roti yang hampir expired masih banyak lagi bersisa kat dapur ni..maka saya terfikir untuk membuat puding roti.Bebudak ni kalau dah jadi puding baru berebut-rebut nak makan.Tambahan pula telah lama saya menyimpan resipi Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap dari blogger terkenal iaitu Azie Kitchen....cara membuatnya pun simple sangat serta bahan2 nya juga memang sentiasa ada didapur kita...puding roti ni memang sedap dimakan begitu sahaja dah tak perlu disediakan sos kastard menurut kata Azie.Memang seperti yang dikata rasanya memang sedap...manisnya sedang elok jer...cuma untuk satu adunan ni bagi keluarga saya yang agak ramai jugak (6 orang) memang tidak cukup...lepas ni kena gandakan resipinya baru ler tak kempunan sangat....jom semak resipinya....

Sumber:Azie Kitchen
Olahan:MamaMia Kitchen


 Bahan-bahan:
6 keping roti Gardenia dipotong kiub-saya letak 7 keping
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster-saya letak gula pasir
1 sdb mentega
1/4 sk garam
2-3 biji telur dipukul ringan-saya letak 2 biji
1 sk esen vanila
Sedikit serbuk kayu manis-tak letak
Sedikit kismis
Sedikit ceri merah dan hijau-saya tambah

Cara membuatnya:
1.Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih,bolehlah diangkat.Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
2.Masukkan mentega,garam dan gula.Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
3.Akhir sekali masukan telur dan esen vanila.Kacau rata.Jika suka masukkan sedikit kismis.
Tuang ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah disapu dengan sedikit mentega.Masukkan loyang kedalam  bekas besar yang diisi air panas untuk membakar secara steam bath.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam.


 Roti dipotong kiub
 2 biji telur dipukul ringan
 Masukkan roti,mentega,garam dan gula ke dalam susu yang telah dipanaskan seketika
 Bila adunan agak sejuk baru masukkan telur
 Taburkan kismis
 Masukkan ke dalam loyang dan taburkan sekali lagi kismis dan ceri
 Bakar pada suhu 180C secara steam bath
taraa...dah masak
sedia untukdihidangkan..



Jom Try Buat..

Tuesday, 24 November 2015

PENGAT PISANG KELAT LEGA

 Pisang Awak atau  lebih dikenali dengan panggilan Pisang Kelat Lega oleh kami di Kelantan berbuah lebat diluar pagar rumah saya.Kedua2 pokok mengeluarkan buahnya serentak...bila dah matang saya suruh hubby tebang dan diperam .Memang tak habis kalau kami sekeluarga makan ni... kebetulan adik ipar datang kerumah , dapatlah hubby kirimkan pada keluarganya...Saya pulak teringin nak makan pengat pisang sebab dah lama tak buat pengat ni...tambah2 berlambak  pisang kat depan mata ni...apalagi jom kedapur la sediakan pengat pisang yang enak ni....


PENGAT PISANG KELAT LEGA
Oleh:MamaMia Kitchen



 Bahan-bahan:
12 biji pisang kelat laga dibelah dua
4 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
2 sdm gula pasir
1 sdm biji sagu direndam dalam air panas sekejap,kemudian toskan
2 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2 dan disimpul


Inilah rupa Pisang Kelat Lega bagi pembaca yang masih blurrr ngan rupa pisang nih...


Cara membuatnya:
Pisang dibelah dua..

Satukan semua bahan didalam periuk dan panaskan hingga gula melaka hancur.Kemudian masukkan pisang dan kacau sekali sekala hingga mendidih...sesuaikan rasa....biarkan selama  8 minit dan tutup api.

Siap...pengat pisang tak perlu dibiarkan mendidih terlalu lama ..nanti pisang akan lembik.Pisang akan masak lagi walaupun api telah dipadam kerana proses pemanasan masih berterusan....tu pasal biarkan ia mendidih sekejap jer....barulah pisang tu elok jer..

Pekena semangkuk best gak...


Jom Try Buat...

Tuesday, 20 October 2015

AGAR-AGAR SANTAN


Agar-Agar Santan ni saya buat untuk dibawa ke sekolah sempena pot luck.Saya memang suka menyediakan dessert  berbanding memasak lauk pauk kerana ianya mudah disediakan dan tidak memakan masa yang lama.Biasanya saya akan buat pada waktu malam...pagi tu tinggal nak potong2 jer....selain itu saya juga ingin mencuba blender yang saya baru beli tu...kalau sebelum ni kena tapis air pandan....bila dah guna blender yang baru ni tak perlu tapis lagi...masukkan daun pandan,telur dan santan...pastu blend selama 2 minit...memang hancur terus tak perlu tapis lagi dah....terus masukkan dalam periuk.Memang berbaloi sungguh guna Blender Cosmos Soylove II nih...hasilnya sangat memuaskan...agar2 ni berbau sangat wangi berbanding yang saya pernah buat guna air daun pandan sahaja sebelum nih.Aromanya sungguh wangi sampai satu bilik guru dipenuhi dengan bau pandan....Daun pandan ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat...salah satunya dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetis...So apalagi jom lihat resipinya...


AGAR-AGAR PANDAN
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan2:
20 gm agar2 tali
5 cawan air
2 cawan santan
4 helai daun pandan-dipotong kecil
1 biji telur
Gula secukup rasa
1 sdt garam
Sedikit pewarna hijau epal-optional


Cara2:



Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur.Bila agar2 hancur masukkan gula.

Masukkan daun pandan dan telur ke dalam blender.

Seterusnya masukkan dua cawan santan.

Kisar kesemua bahan tersebut selama dua minit.

Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk agar2.Masukkan garam,pewarna hijau dan kacau hingga sebati.Sesuaikan rasa manis dan masin sambil mengacau agar2.

Petua untuk dapatkan lapisan santan dan agar2 yang sama tebal ialah setelah agar2 mendidih...besarkan api selama 3-4 minit...pastu baru tutup api.Masukkan ke dalam acuan.Bila dah sejuk masukkan  ke dalam fridge.
Hasilnya  akan dapat lapisan yang sama tebal...

Rasanya yang lemak manis ...memang terbaek laaa

Dah siap potong nak bawak gi sekolah....



Nota:
Bagi anda yang tak de blender ni...boleh gunakan air daun pandan sebanyak 2 cawan.Maksudnya daripada 5 cawan air tadi....3 cawan gunakan air biasa dan 2 cawan lagi gunakan air daun pandan.

Jom Try Buat

Saturday, 3 October 2015

PUDING KASTAD JAGUNG


 Assalamualaikum wbt....hari ni saya nak kongsikan satu resipi yang tersangat ler senang....iaitu Puding Kastad Jagung.Minggu lepas terasa  sangat nak makan puding jagung...tapi tak nak yang letak agar-agar...nak makan puding jagung yang lembut dan lemak2 giteww...sebelum ni dah beberapa kali saya membuatnya tapi tak sempat nak snap pic...kali ni baru berkesempatan untuk dimuatkan dalam blog ini.Resipinya saya ambil dalam blog jugak..tapi mintak maaf tak sempat nak catat  blog sape punye resipi nih...tapi saya telah ubahsuai resipi ini mengikut citarasa saya le...nak buatnya tak susah pun...campur semua bahan...kacau hingga pekat dan mendidih...siap... letak dalam fridge makan time cuaca panas ni...fuhhh enak banget....hubby dan anak2  pun suka  puding nih.......kalau adik2 yang baru nak belajar memasak ni...elok sangatlah try resipi nih...jom semak resipinya

PUDING KASTAD JAGUNG
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

1 tin jagung-yang berkrim tau
1 1/2cawan tepung kastad
3 cawan santan
3/4 cawan gula-buleh tambah/kurang
1 sdt garam

Cara2:

1.Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga tepung kastad hancur.
2.Barulah letak atas dapur menggunakan api yang kecil.
3.Sentiasa kacau untuk menggelakkan tepung kastad hangit.
4.Bila dah pekat,berkilat dan meletup2 kecil...tutup api dan masukkan dalam acuan.


  saya guna acuan kecik2 ...senang nak makan tak perlu potong dahh...


enak dimakan sejuk..

pekena satu ni mana cukupppp....


Jom Try Buat...

Wednesday, 16 September 2015

SIRA PISANG NANGKA


Dua hari lepas hubby membawa pulang sesikat pisang nangka yang diambil disekolahnya.Dalam hati saya dok  berkira2 nak masak apa erkk...memula tu ingat nak buat pengat tapi santan plak takde...malas nak kuar pegi beli...so saya buat sira jer lah...bila saya check cuma 4 biji jer yang sudah masak yang lain masih keras lagi buahnya....oleh sebab buahnya besar buat 4 bijipun dah banyak....bila dah masak anak2 suka sangat ...sekejap jer dah licin...sebenarnya nak buat sira pisang ni ada bermacam versi...ada yang kena masak air gula dulu pastu baru masukkan pisang...versi saya ni pakai letak semua bahan dalam periuk sekaligus pastu masak dengan api perlahan....siap...nak tengok resipinya ....tu kat bawah nooo

SIRA PISANG NANGKA
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji pisang nangka-dibelah dua dan potong
6 sdb gula pasir-boleh tambah/kurang jika suka
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan-carik dan simpul
Sedikit pewarna kuning
1 sdt garam
3/4 cawan air-bacuh bersama pewarna kuning

Cara-cara:

1.Pisang dibelah dua dan potong kepada 2 atau 3 bahagian.

2.Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masaklah menggunakan api yang perlahan selama 10-15 minit hingga masak.Air dimasukkan kemudian sekali supaya menutupi keseluruhan pisang untuk warna yang cantik dan sekata.

siapppp......


Jom Try Buat...

Sunday, 13 September 2015

AGAR-AGAR PELANGI


Salam semua....sebenarnya dah seminggu lebih saya drafkan Agar-agar Pelangi ni untuk dijadikan entry..tapi disebabkan minggu ni bz skit so hari ni baru berkesempatan untuk update blog...ermmm citer pasal Agar2 Pelangi ni memang mendapat sambutan yang hangat setiap kali saya membuatnya....kiranya Agar2 Pelangi ni menjadi salah satu kegemaran anak2...kalau untuk tempahan pun agar2 ni memang menjadi pilihan...mungkin sebab warnanya yang menarik selain rasanya rasanya yang sedap...tambah2 bila dimakan sejukkk...terima kasih pada Hasue yang  kerana telah berkongsi resipi ni siap tunjuk step by step lagi camna nak buat Agar2 Pelangi nih. Menurut Hasue dia mendapat resipi ni daripada Alma@myr...sebelum ni saya pun blurr jugak camna la buleh jadi cantik camni...bila tengok dalam blog Hasue barulah faham dan berjaya hasilkan agar2 yang cantik camni....semoga kalian mendapat ganjaran  pahala yang berlipat kali ganda dari Allah SWT...Kali ni saya buat Agar2 Pelangi ni sebagai buah tangan untuk  majlis naik rumah baru rakan sejawat yang kini telahpun bertugas di sekolah baru..jadi saya telah gandakan adunan ini ...bagi anda yang ahli keluarga kecil boleh buat satu adunan jer...jom semak resipinya


AGAR-AGAR  PELANGI
Sumber:Hasue,Alma@myresipi.com
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
10 gm agar2 serbuk
650 ml air-saya guna 4 cawan air
200 gm gula pasir (boleh tambah atau kurangkan)
60 gm mentega-saya letak 2 sdm marjerin
1 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sdm tepung kastard
1 sdm serbuk koko
1/2 sdt esen vanila
pewarna merah,hijau secukupnya
pewarna coklat-saya tambah
Secubit garam


Cara-cara:



1.Masak agar2,air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.

2.Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung kastard dan kacau hingga adunan ini sebati kemudian tapis.
3.Setelah ditapis,satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata,serta masak semula hingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan esen vanila dan kacau rata.Tutup api.

4.Bahagikan adunan kepada tiga  mangkuk (sama banyak)kena sukat la ye.Bubuh serbuk koko yang telah dibancuh dengan sedikit air panas ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau rata.Adunan yang dalam dua mangkuk lagi diletakkan pewarna merah dan hijau.

5.Sengetkan loyang/bekas acuan.Biar satu hujung tu tinggi.Saya lapik dengan kain tuala untuk tinggikan bekas acuan.
6.Mula2 tuangkan satu senduk adunan warna hijau ke dalam loyang (dihujung yang paling rendah tu ler).Adunan akan menggolongsor turun ke bahagian rendah dengan kuasa graviti..

7.Susuli pula dengan menuang adunan warna merah dan coklat dari atas/tengah loyang dengan perlahan2..

8.Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.Bila  adunan hampir habis,takde tempat nak "gelongsorkan" adunan tu kat lantai loyang...jadi "gelongsorkan" dari dinding loyang pula...ini untuk memastikan ia tetap membentuk pelangi.Kalau buh direct kadang2 warna tenggelam...yang menitik2 tu boleh je kemaskan kemudian ye....dah siap letakkan semula loyang ke kedudukan asalnya.Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

taraaa....siap


enak dimakan selepas kuar dari fridge....


Nota:
1.Saya gunakan senduk yang sama besar supaya sukatannya sekata.
2.Saya letakkan sedikit pewarna coklat ke dalam adunan yang bercampur serbuk koko supaya warnanya cantik.
3.Perlu dibuat berhati2 untuk mendapatkan rupa yang menawan...


Jom Try Buat