Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Saturday, 30 May 2015

SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL


Spaghetti Bolognese merupakan salah satu makanan kegemaran anak-anak saya....kalau ke Pizza Hut menu ini pasti menjadi pilihan mereka.Saya pula lebih sukakan Spaghetti Aglio Olio.Namun baru2 ini saya memasak spaghetti ni sempena hidangan makan malam sambil menonton perlawanan akhir Piala FA antara The Red Warriors  vs Lions Twelve...kononnya nak meraikan kemenangan pasukan TRW....apapun malam itu nasib tak menyebelahi pasukan Kelantan...huhuhu.... walaupun kecewa  namun anak saya memang pulun habis makan spaghetti ni...pendek kata malam tu jugak licinnnn....resipi ni saya ambil dalam blog Azie Kitchen...tapi saya tak ikut sepenuhnya....adalah beberapa penambahan yang saya buat....apapun terima kasih pada tuan punya resipi kerana telah membantu saya menyediakan resipi ini dengan jayanya.....mari kita lihat resipinya ..


SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL
Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

1 paket spaghetti-500 gm
1 paket meatball-digoreng separuh masak
1 botol sos prego-saya guna jenama Adabi
1 tin tomato puri
200 gm daging kisar
1 tin cendawan butang -hiris nipis
1 labu bawang  besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-dicincang
1 sdm oregano leaves
1 sdt serbuk lada hitam
3 helai daun bay
Minyak Zaitun untuk menumis
Lada benggala secukupnya-potong dadu
Gula,garam secukupnya



Cara-cara:

1.Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.
2.Goreng bebola daging sehingga separuh masak.Saya gunakan kuali pemanggang ajaib supaya tidak melekat.
2.Panaskan minyak zaitun,tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu,masukkan daging cincang dan masak hingga air daging kering sedikit.
3.Masukkan bebola daging,sos prego,tomato puri dan gaul sebati.Masukkan sedikit air jika kuah agak pekat.Reneh sehingga daging masak sempurna.
4.Masukkan lada benggala, cendawan butang,garam,gula dan gaul sebati.Biarkan kuah mereneh lagi lebih kurang 5-10 minit. Masukkan oregano leaves dan daun bay ,kacau sekejap,sesuaikan rasanya dan bolehlah ditutup apinya.
5.Letakkan spaghetti ke dalam pinggan dan tuangkan kuahnya.Sedia untuk dimakan.


rebus spaghetti hingga lembut dan toskan

bahan-bahan yang perlu disediakan

bahan-bahan yang perlu dihiris

goreng meat ball separuh masak

 panaskan minyak zaitun ...tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu



masukkan daging kisar dan kacau sehingga air daging hampir kering



masukkan meat ball

tuang sos pasta

masukkan tomato puri

renehkan selama 10 minit

masukkan cendawan butang dan lada benggala...renehkan lagi  selama 10minit

masukkan oregano leaves

masukkan daun bay

hidangkan

ermmmm....slurppp



Jom Try Buat...


Tuesday, 19 May 2015

MAKARONI BAKAR



Dah lama rasanya tak makan makaroni bakar nih....bila terpandang stok makaroni kat dalam kabinet tu hati dah berkira-kira nak masak petang ni tuk dijadikan dinner...tak payah makan nasi dah...anak2 saya kalau dah ada makaroni bakar ni memang tak makan nasi ...so senang kerja.Bila saya check kat dalam fridge tuk masak makaroni ni kiranya  boleh on la...walaupun tak de keju mozarella dan capsikum ...bahan2 tu cuma untuk menambahkan lagi keenakan makaroni dan nampak berseri jer....nak pegi kedai cari bahan tu rasa malas la plak...akhirnya lewat petang tu selesailah saya buat makaroni bakar ni dan sedia di ngap sebelah malamnya nanti....resipi makaroni bakar ni adalah hasil gabungan beberapa resipi yang saya ambil dari beberapa buah majalah masakan....bila diolah semula rasanya memang bestttt ...pendek kata malam tu jugak licinnnnn...tak sempat nak bawak bekal ke sekolah....ok jom kita lihat resipinya...


MAKARONI BAKAR
 Sumber:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

250 gm makaroni-rebus hingga lembut
200 gm daging/ayam cincang
3 biji ubi kentang-rebus hingga empuk dan lenyek
1 cawan susu cair
5 biji telur
1 labu bawang besar-potong dadu
3 ulas bawang putih-cincang
1 paket Sup Segera Campbell
3sdm sos tomato
1 sdt lada sulah
1 sdm oregano leaves
1 batang pokok saderi-cincang
Capsikum-potong dadu (optional)
Keju mozarella secukupnya (optional)


Cara-cara:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan daging cincang.Kacau sebati supaya daging empuk.
2.Masukkan susu cair,sup segera dan sos tomato.Kacau sebati.
3.Masukkan gula,garam dan ubi kentang yang telah dilecek,diikuti dengan makaroni,daun saderi,lada sulah,oregano leaves dan capsikum .Sesuaikan rasanya dan tutup api.
4.Pukul telur sebentar sebelum dimasukkan ke dalam adunan makaroni tadi.Gaul sebati.
5.Alas dasar loyang dengan aluminium foil dan sapu sedikit marjerin pada bahagian tepinya.Masukkan makaroni dan taburkan keju mozarella.
6.Bakar  guna api bawah selama 50 minit pada suhu 180 C.10 minit sebelum masa pembakaran berakhir guna api atas bawah.  



bahan2 yg diperlukan daging ayam kisar,ubi kentang,sup segera,bwng putih n bwg besar



susu cair,oregano leaves dan serbuk lada sulah


rebus makaroni hingga kembang

toskan sebentar..

sedia untuk di bakar..kalau ditabur keju mozaellla lagi sedap....

setelah siap dibakar...





sedia untuk di ngapppp.......





 Jom Try Buat....

Sunday, 17 May 2015

SPAGHETTI AGLIO OLIO


Spaghetti Aglio Olio ni saya buat sempena  sambutan birthday my hubby pada 11 Mei lepas.Masa kat sekolah lagi dah berkira-kira konon2nya nak wat surprised birthday untuknya....maka dok pikir nak masak yang special  tuk dinner nanti....akhirnya saya putuskan untuk masak spaghetti ni sebab lama dah tak pekena makanan  Itali nih....balik dari sekolah terus singgah di pasaraya untuk dapatkan spaghetti,capsikum dan minyak zaitun....yang lain-lain tu dah ready kat dalam kabinet....kemudian singgah kat Secret Recipe tuk belikan Kek Coklat Indulgence....alamak GST saja dah hampir RM5 uolls....tapi pejam mata jerlah sebab hubby punya pasal....sampai jer kat umah terus sembunyikan kek tu kat tempat tersorok...konon tak nak kasi hubby nampak....sekali masa nak potong kek tu...selepas sembahyang Maghrib....kek tu dah melurut turunnnn....waaaaaa terkejut la saya...pastu cepat2 suruh hubby letak kat tempat frozen tu sebentar ....anak2  saya merengek dah tak sabar nak potong kek tu....akhirnya kek tu berjaya juga diselamatkan walaupun rupanya dah cacat skit...tapi rasanya maintain.....so dinner kami malam tu ialah Spaghetti Aglio Olio....sebab dah lama tak buat kami semua cukup berselera sekali hingga semuanya makan sampai bertambah2  satu kuali tu tinggal skit jerr...Resipi ini saya ambil daripada Amir Said...memang terbaekkk la....sampaikan anak2 n hubby  cakap sebijik cam kat Pizza Hut....ermmm apalagi sengih sampai ke telinga la mamanya...Sebelum ni memang dah banyak kali saya buat Spaghetti Aglio Olio menggunakan resipi Amir Said ni ...sebab bagi saya rasanya hampir2 dengan yang kami makan kat Pizza Hut tu...terima kasih yang teramat sangat pada beliau atas perkongsian resipi yang sangat mabeles ni....izinkan pula saya share di sini untuk rujukan pembaca di luar sana ya....jom layan resipi kat bawah ni....


SPAGHETTI AGLIO OLIO
Sumber:Amir Said
Olahan rasa:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:(5-6 orang)

500 gm spaghetti
1kg seafood (udang,sotong dan kepah)-saya guna 1/2 kg udang
1 cawan minyak zaitun
3 ulas bawang putih dihiris-saya cincang halus
2 labu bawang besar dipotong dadu-saya tambah
3 sdb chili flakes
3 sdb oregano flakes
3 sdb parsley flakes
1 sk lada hitam-tumbuk halus
1 sk garam-ikut citarasa masing2
1 kiub pati ayam
2 biji capsikum-saya potong memanjang
3 biji cili padi-potong kecil (saya tambah)



Cara-cara:

1.Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.Dalam periuk lain,rebus seafood hingga hampir masak dan toskan.Jangan buang air rebusan seafood ini.
2.Panaskan minyak zaitun,tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.Jangan sampai hangit.Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3.Masukkan oregano,parsley dan chili flakes,lada hitam,cili padi, capsikum ,garam dan kiub pati ayam.
4.Masukkan spaghetti dan seafood.Rasakan masinnya....jika kurang masin tambahkan garam.Kacau hingga sekata.
5.Siap untuk dihidangkan.



bahan-bahan basah yang diperlukan

bahan-bahan kering

chili flakes

rebus udang  hingga hampir masak,toskan...airnya jangan dibuang

rebus spaghetti hingga lembut

toskan....


tumis bawang putih n bawang besar


masukkan air rebusan,oregano,parsley,chili flakes,lada hitam,cili padi,capsikum,garam dan pati ayam.Gaulkan bersama spaghetti...


taraaa....siap untuk dihidangkan


surprised birthday tuk  hubby...

Nota:
Spaghetti Aglio Olio ialah sejenis pasta tradisional Itali.Memang berminyak sikit tapi jangan risau,minyak zaitun ni bagus untuk kesihatan.


Jom Try Buat....