Hidangan tengahari kami sekeluarga Bubur Nasi,Kangkung Goreng Belacan dan Sambal Totok pembuka tirai tahun baru 2016...semuanya gara-gara si bongsu saya ..Damia merengek minta dibuatkan bubur nasi a.k.a nasi air .Sebelum ni hubby telah membawa kami menikmati nasi air di Wakaf Che Yeh yang boleh dikatakan ok jugaklah pada tekak kami sekeluarga.... lepas tu bila balik ke TM beli pulak nasi air ni.... kira cam ketagih nasi air la pulak.....selang dua tiga hari dia dok minta saya buatkan nasi air lagi...walaupun saya dah tahu resipi nasi air ni serta pernah terbuat nasi air yang tak sengaja lihat SINI..tapi kali ni saya nak buat kelainan skit...makan bersama kangkung goreng belacan dan sambal totok....kerana saya telah berkenan dengan resipi bubur nasi dalam blog yatie memories...cuma saya tambahkan kuah sup ayam serta isi ayam yang dicarik2 kecil...dan ternyata sangat ummph....sampaikan meriah sungguh anak2 saya dan hubby di meja makan dok mengulas nasi air yang sedap dan ternyata ada kelainannya...terutamanya sambal totok yang sangat sesuai dimakan bersama bubur nasi ni...bukan nak puji diri sendiri tapi bubur nasi yang saya buat kali ini jauh lebih sedap daripada yang kami nikmati sebelum ni....terima kasih daun keladi pada yatie memories atas kesudian beliau berkongsi resipi yang ternyata.... pasni akan dibuat lagi dan lagi....
Sumber:yatie memories
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan untuk Bubur Nasi
2 cawan beras
10 cawan air-boleh tambah lagi kalau terlalu pekat-saya guna 14 cawan sebab guna beras Siam
Sedikit garam
1 ketul kiub ayam Knorr-saya skip
2 biji kentang dipotong dadu-saya tak letak
Cara-cara:
1.Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air,sedikit garam dan kentang yang didadu.
2.Setelah hampir kering airnya,masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata.Masak sehingga menjadi bubur.Kalau kurang lembut,boleh tambah air lagi.
3.Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sambal totok dan kangkung goreng...serta aksesori yang lain...saya tambah isi ayam yang direbus dan dicarik halus,telur dan telur masin.
Kangkung Goreng Belacan
2 ikat kangkung
segenggam ikan bilis*-buangkan kotoran
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
1 tangkai cili merah *
8 biji cili padi merah/hijau*-saya skip
Garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara2:
1.Potong sayur kangkung ikut suka,cuci bersih dan toskan.Ketepikan dulu.
2.Tumbuk bahan2 yang bertanda * sehingga lumat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4.Masukkan kangkung dan gaul rata,masukkan garam,gula,serbuk perasa dan gaul lagi.
5.Masukkan sedikit air dan tutup kuali sebentar dalam 3 minit.Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
6.Bila dah masak tutup api dan hidangkan.
Sambal Tumbuk/Sambal Totok
3 tangkai cili merah-saya guna 4 biji
10 biji cili padi merah-saya skip
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis-dibersihkan kotoran,cuci can toskan
secubit garam dan gula
serbuk perasa-saya tambah
Cara menyediakannya:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat dan toskan.
2.Goreng pula bawang putih,angkat dan toskan.
3.Goreng pula lada dan cili merah.Tutup kuali dgn tudung periuk masa ni dan kecilkan api supaya cili tak meletup.Goreng dalam 3 minit jer.Angkat dan toskan.
4.Tumbuk cili merah,cili padi,bawang putih dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur.Masukkan secubit garam dan gula.
5.Masukkan pila ikan bilis yang selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
6.Setelah siap,gaul rata dan letakkan dalam mangkuk.Sedia untuk dihidangkan bersama bubur nasi.
.
Sup Ayam Simple
Rebus 2 ketul dada ayam bersama kaki dan tengkuk ayam serta 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih yang diketuk,1 ketul kiub pati ayam maggi,sup bunjut,1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga dan 1 batang kayu manis.Bila mendidih angkat isi ayam dan carikkan kecil2.
Mayang 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dan tumis bersama sedikit minyak hingga garing dan masukkan ke dalam sup yang sedang mendidih...tambahkan garam dan gula...biarkan mendidih sebentar dan tutup api.Taburkan daun sup dan bawang goreng .
Jom Try Buat..
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Tuesday, 5 January 2016
Wednesday, 18 November 2015
BUBUR CHA CHA
Salam semua.....Bubur Cha Cha kat atas tu buatnya minggu lepas...hari ni baru nak share resipi kat sini.Entah kenapa masa pegi pasar hari tu tiba2 jer terpandang bubur chacha segera ni.Laju jer tangan capai 1 paket...pastu hubby tanya nak buat apa dengan benda "tu"....buat bubur cha cha ler saya jawab.Sebenarnya hubby tak pernah lagi makan bubur cha cha yang ready made dan warna warni ni.Sebab kalau kat Kelantan terutamanya pada bulan posa bubur chacha yang dijual tu tak berkaler2 camni.Saya sendiripun sebelum ni tak pernah makan bubur chacha yang kaler2 ni..reti makan bubur ni masa belajar kat Penang dulu.Housemate yang luar dari Kelantan le yang ajar saya camna nak buat bubur chacha ni.Maklumlah balik kuliah ni perut sentiasa lapar, so caranya buatlah bubur ni...lagipun kosnya murah jer....kena berjimat cermatlah skit nanti tak cukup pulak duit pinjaman JPA tu...kikiki.Untuk memeriahkan lagi bubur cha cha ni saya letakkan ubi keladi dan ubi keledek.Kalau nak kasi cantik bubur cha cha tu guna ubi keledek yang kaler purple tu...tapi saya cari tak jumpa la plak...so guna mana yang ada jer lah...tak sangka pulak hubby dan anak2 saya suka bubur cha cha ni walaupun kali pertama mereka merasanya....kalau ada berminat nak try bubur chc cha ni lihat resipi kat bawah ye....
BUBUR CHA CHA
Oleh:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
100 gm cha cha segera-direbus hingga lembut
300 gm ubi keladi dipotong dadu
2 ketul ubi keledek oren dipotong dadu-saya punya kecik jer so potong bulat2 jer la
2 ketul ubi keledek kuning dipotong dadu
4 cawan santan sederhana pekat-boleh tambah jika suka kuah lebih
2 keping gula melaka
Gula pasir -optional (saya tak guna sebab gula melaka tu dah cukup manis)
1 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2 dan disimpul
Cara membuatnya:
BUBUR CHA CHA
Oleh:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
100 gm cha cha segera-direbus hingga lembut
300 gm ubi keladi dipotong dadu
2 ketul ubi keledek oren dipotong dadu-saya punya kecik jer so potong bulat2 jer la
2 ketul ubi keledek kuning dipotong dadu
4 cawan santan sederhana pekat-boleh tambah jika suka kuah lebih
2 keping gula melaka
Gula pasir -optional (saya tak guna sebab gula melaka tu dah cukup manis)
1 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2 dan disimpul
Ubi keladi,keledek yang siap dipotong
Ni la rupa cha cha kering ..kot2 ada yang tak kenal kan
Gula melaka,santan dan daun pandan
Rendam cha cha kering ni dalam air sejuk selama 10 minit sebelum di rebus.
Rebuslah cha cha ni hingga kembang dan lembut. Bila dah lembut angkat,masukkan ke dalam penyejat dan lalukan dibawah air paip sebelum ditoskan.
Rebus ubi keladi dan keledek hingga 3/4 masak.Kalau boleh rebus ubi keladi dulu,angkat, barulah rebus ubi keledek sebab ubi keladi ni cepat empuk.Jika terlalu empuk rupanya tak cantik la...
Satukan santan ,gula melaka ,garam dan daun pandan kedalam periuk.Masak guna api sederhana hingga mendidih.
Kemudian masukkan cha cha dan kesemua ubi yang telah direbus tadi.Sesuaikan rasa.Biarkan mendidih sekali lagi selama 5 minit.Tutup api.
jom pekena Bubur Cha Cha barang semangkuk...
J
J
slurrpppp....bestnyerrr
Jom Try Buat
Monday, 21 September 2015
BUBUR JAGUNG GULA HANGUS
Dah lama teringin nak cuba buat Bubur Jagung Gula Hangus ni bila terlihat dalam blog zulfadreamland ...tapi asyik tertangguh jer...nak tau jugak beza antara bubur jagung biasa dengan bubur yang guna gula hangus nih.Akhirnya berjaya jugak buat selepas borong jagung mutiara kat Cameron aritu...dah puas makan jagung rebus kita try la pulak wat bubur.Ermm memang ada kelainan bubur ni sebab rasa cam pahit2 skit...kalau nak kelainan tu bolehlah cuba tapi anak2 saya tak berapa suka...diorang lebih suka bubur jagung yang guna nise berbanding gula hangus ni, diorang ceduk isi jer kuahnya tak amik...tapi saya ok jer... memang suka sangat nak try resipi yang lain dari yang lain....pastu sekadar nak rasa..kan kalau tak cuba, tak tahu camna rasa erkk...saya cuma buat 3 tongkol jer untuk percubaan...tapi habis jugak akhirnya....saya ler yang tukang perabihnya kikiki...kalau pembaca diluar sana nak try camna rasa gula hangus bila dibuat bubur ni resipi kat bawah yer....citarasa orang tak sama kan..sebab sedap itu subjektif ....
BUBUR JAGUNG GULA HANGUS
Sumber:zulfadreamland.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
1 cawan gula -dihanguskan sehingga warna perang gelap tapi bukan hangit.Masukkan 1 cawan air mendidih perlahan2.Gunakan senduk kayu untuk kacau gula hingga cair.
5 tongkol jagung-saya guna 3 jer (hiris nipis)
5 cawan santan-guna 3 cawan jer
1/2 cawan sagu dibasuh dan toskan- saya letak 2 sdm
1 helai daun pandan dicarik dan simpul
Sedikit garam
Cara2:
Satukan semua bahan.Masak hingga mendidih.Kacau selalu agar santan tak pecah minyak.Rasa manisnya.Jika kurang manis boleh tambah gula secukup rasa.
| jagung mutiara yang saya borong kat Cameron |
Jom Try Buat...
Sunday, 16 August 2015
NASI SUDAH MENJADI BUBUR!
Bubur nasi atau lebih dikenali sebagai Nasi Air di Kelantan adalah kejadian yang tak disengajakan sebenarnya.Niat asal saya adalah untuk membuat nasi himpit,namun disebabkan kesilapan teknikal..huhu maka terjadi lah bubur nasi nih.Oleh kerana nak jimat..saya cuba isikan sendiri beras kedalam beg plastik untuk membuat nasi himpit ni...tu la padah tak nak beli yang dah siap jual kat kedai!Maka saya pun rebus nasi himpit ni dengan periuk Noxxa selama 20 minit.Bila saya bukak periuk tengok2 nasi himpit saya kelihatan sangat lembik...ermmm dah sah-sah ni tak menjadi ler nasi himpit jawabnya....oleh kerana sayang nak buang ...tiba2 mai idea untuk buat bubur nasi.Saya rebus dada ayam 1 ketul bersama beberapa batang tengkuk dan bahagian tulang ayam untuk dijadikan sup,saya masukkan 1 ketul kiub pati ayam,ketuk bawang putih dan halia...siap pun sup ayam .Ambik dada ayam tu saya siat-siatkan macam nak makan dengan mi soto.Saya goreng ikan bilis,rebus telur masin,potong cili padi dan saya masukkan beberapa sudu kicap manis kedalam potongan cili padi tu dan taburkan bawang goreng.... ermmmm enak tak terkata.....akhirnya selamatlah nasi himpit saya daripada terbuang begitu sajaaa....yang kelakarnya anak-anak saya suka sangat bubur nasi ni...sampai siap pesan suh buat lagi lenkali...
Oleh:MamaMia Kitchen
Jom Try Buat..
Subscribe to:
Posts (Atom)