Thursday 23 February 2017

JERUK MANGGA ASAM BOI

Sebenarnya dah lama saya buat jeruk mangga asam boi ni...cuma ari ni baru berkesempatan untuk update kat sini...disebabkan stok mangga yang banyak kat dalam peti ais tu tak terusik makanya saya buat la jeruk...kalau tak nanti mangga tu jadi lembik dan tak sedap lagi untukdimakan....bagi anda yang berhajat ingin membuatnya jom saya kongsikan resipinya..

JERUK MANGGA ASAM BOI
Olahan rasa:Mamamia Kitchen
Bahan-bahan:
6 biji mangga muda
15-20 biji asam boi putih
8-10 biji cili padi dipotong kecik2
2 cawan gula pasir
1 sdm garam halus
5-6 biji limau kasturi-dibelah 2 dan buang biji

Cara membuatnya:
1.Cuci bersih mangga,kupas kulitnya,belah 2 dan buang bijinya serta hiris nipis.
2.Masukkan mangga tadi kedalam bekas besar,letakkan gula pasir, garam,cili padi,limau kasturi(tk perlu perah airnya) dan asam boi...gaul rata.
3.Masukkan ke dalam bekas,(tk perlu letak air ye) simpan dalam peti ais selama 4-5jam barulah boleh dimakan.





Thursday 16 February 2017

NASI ala KAK WOK

Nasi Kak Wok ni sebenarnya begitu terkenal di Kelantan.Ia merupakan hidangan untuk sarapan pagi dan sekarang ni dah dijual tak kira masa....bukan setakat untuk sarapan pagi malahan menjadi pilihan untuk makan tengahari.Salah satu daya penarik Nasi Kak Wok ialah ayam gorengnya yang dipotong kecik2,digaul dengan garam kunyit dan dihidangkan panas2 bersama nasi putih dan gulai ayam yang biasanya menggunakan kaki ayam ataupun bahagian tulang2 sahaja atau oreng Kelantan panggil gulai "keropeh".Harganya yang murah..cuma RM3 sebungkus anda sudah boleh menikmatinya...Kenapa nasi ini dinamakan Nasi Kak Wok????kerana pengasasnya atau orang yang mula2 mengusahakan nasi berlauk ini bernama Wok...Walaupun beliau sudahpun meninggal dunia ,namun jenama Nasi Kak Wok masih terkenal hingga kehari ini...Saya sendiri sebenarnya tak pernah pun buat Nasi Kak Wok ni...selalunya hanya menikmati dikedai saja jika teringin bersarapan diluar bersama keluarga.Kali ini hubby mintak saya buatkan Nasi Kak Wok bila saya suarakan padanya dah jemu asyik menikmati masakan yang sama jer..dan bila kami sekeluarga menikmatinya ketika makan tengah hari ...rasanya mmg enak sekali...resipinya saya main agak2 berdasarkan pemerhatian saya ketika menikmati Nasi Kak Wok sebelum ni...cuma saya tukarkan gulai ayam kepada Dalca Daging dan tambah kacang panjang yang digoreng bersama telur yang merupakan kegemaran anak perempuan saya...jika pembaca diluar sana yang teringin nak mencubanya jom saya kongsikan resipinya:

NASI ala KAK WOK
Olahan rasa:MamaMia Kitchen

Dalca Daging
1/2 kilo daging dipotong nipis
4 cawan santan
1 biji terung dipotong serong-saya cuma ada stok terung je dlm peti ais(sayuran ni terpulang kepada citarasa msing2)
3 batang kacang panjang
3  sdm rempah dalca
5 ulas bwg merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
Kulit kaya manis,bunga lawang,buah pelaga untuk menumis
1 keping asam keping
Garam gula secukupnya
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga kekuningan bersama rempah penumis hingga naik bau.
2.Masukkan rempah dalca bersama sedikit air dan kacau hingga agak garing sedikit.masukkan daging dan kacau sebati bersama rempah dalca tadi.Apabila air daging hampir kering ,baru masukkan santan dan kacau sebati.
3.Masak guna api sederhana selama 10-15 minit hingga daging empuk.Masukkan gula garam,asam keping serta sayur-sayuran.Sesuaikan rasa,tutup api.

Ayam Goreng Kunyit
1/2 ekor ayam-(kalau keluarga besar gandakan )
Garam, serbuk kunyit,serbuk perasa(optional)
Potong ayam kecik2,gaulkan bersama garam,serbuk kunyit dan ketepikan.Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.Ayam ni seeloknya digoreng ketika anda ingin menikmati hidanga ye...baru sedap ...makan panas2...kalau suka letakkan beberapa potong bawang besar untuk menambahkan lagi keenakan ayam goreng ni..

Kacang Panjang Goreng Bersama Telur

1 ikat kacang panjang dipotong serong
2 ulas bawang putih dimayang
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
1 biji cili padi dihiris nipis
Gaul kacang tadi bersama sedikit serbuk kunyit.Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi,masukkan telur dan kacau biar hancur.Baru masukkan kacang bersama cili padi.Letakkan sedikit garam dan gula,sesuaikan rasa tutup api.Jangan goreng terlampau lama nanti kacang akan menjadi lembik.Goreng sekejap jer untuk mengekalkan kerangupan kacang panjang tu.

set hidangan nasi ala kak wok:nasi putih,dalca daging,ayam goreng kunyit dan kacang goreng


makan time panas2 memang kaww
dalca daging
kacang panjang goreng bersama telur

Jom Try Buat...


Thursday 2 February 2017

NASI LEMAK PANDAN

Antara menu sarapan pagi yang mendapat tempat dihati anak2 saya n hubby adalah nasi lemak....mereka boleh makan hingga ke tengah hari nasi lemak ni....ni yang saya suka sebab sekali masak jer...thari tu dah boleh relax..kali ni saya buat kelainan skit pada nasi lemak tu....saya tambahkan perahan air daun pandan...masa nasi ni tengah mendidih ..baunya memang wangi sangat....untuk lauknya  pula cam biasala saya masak sambal tumis ikan bilis n tambahan lauk lain iaitu sambal kerang...memang terangkatlah bila digandingkan bersama ayam goreng,telur mata n timun....rasanya tak perlulah saya kongsikan resipinya sebab semua orang dah tau cara nak masak sambal  bilis ni kannn....cara yang sama jugak untuk masak sambal kerang.....tips untuk bagi sedap sambal tu...saya suka masak pada waktu malam...pagi esok tu just panaskan saja....cara ini akan membuatkan sambal makin sedap sebab ikan bilis dah sebati dengan bahan tumiskan....



sambal kerang yang powerrr
 Jom Try Buat..




Wednesday 1 February 2017

MAKARONI GORENG CHEESE

Anak perempuan saya (Isya) tetiba  mintak saya buatkan Macaroni Goreng Cheese sebagai menu untuk sarapan pagi kami....selalunya saya lebih suka buat Makaroni Bakar jer kerana memang akan mendapat sambutan hangat penghuni dalam rumah ni...kiranya mmg ari tu tak masak nasi dah....kenyang dengan makan makaroni tu jer...orait gak....saya tak perlu masak banyak kali kannn...so bila Isya tunjukkan pada saya gambar2 makaroni goreng ni kat fb...uuikss saya juga ikut terliur sama....hihihi....apalagi terus pegi dapatkan bahan2nya ....then taraaaaa dah siappun...sekali sekala tukar menu baru ok gak ...
jom semak resipi pada anda yang teringin nak mencubanya

MAKARONI GORENG CHEESE
Sumber:Fb Ziera Johari
Olahan semula:Mamamia

Bahan-bahan:
500 gm makaroni direbus hingga lembut
2 tin Prego Cheese &Herbs
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji lada benggala dihiris
1 paket sosej-dihiris
2/3 ulas bawang putih diketuk
2 kiub pati ayam
Garam
*Kalau nak buat half makaroni,kurangkan separuh bahan untuk semua kecuali cendawan.Klu nak tambah ayam potong kecik2 boleh jugak...

 Cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih smpai bertukar warna,masukkan kiub ayam kacau sampai kiub hancur.
2.Masukkan sosej dan cendawan,goreng sekejap.
3.Tambah minyak skit kalau kurang.
4.Masukkan sos prego dan kacau sebati.Masak sekejap dlm 2 minit.
5.Masukkan makaroni yang telah direbus tadi.
6.Kalau kering sangat,masukkan 1/4 cawan air masak,kacau sebati dan tabur sedikit garam.
7.Masukkan lada benggala,klu nak lebih berkeju tambahkan sekeping cheddar cheese.
8.Tabur basil leaves untuk hiasan.




 sya tkde daun basil....taburkan parsley flakes je
bahan2 yg perlu disediakan
hiris nipis sosej n cendawan,potong dadu lada benggala
 toskan makaroni yg telah siap direbus
campuran prego cheese n bahan2 lain
 live from kuali
 hidangkan...

Jom Try Buat...