Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

UDANG BLACKPEPPER

Bila tengok udang kat freezer ni otak ligat dok fikir nak masak apa...nak buat Sambal Udang dah jemu...gulai ngan nenas pun dah puas makannya....maka saya terus bertanyakan pada en.google ....akhirnya terjumpa resipi Udang Blackpepper ni kat blog Dapurku Sayang....bila saya amati bahan2 dan cara membuatnya yang sangat mudah ...terus decide nak masak lauk ni tuk makan thari nanti...alhamdulillah memang sedap Udang Blackpepper ni...hubby dan anak2 ratah camtu jer..hubby siap bagi cadangan ...suruh masak sotong pulak camni....kiranya Udang Blackpepper ni dah masuk list lauk pauk pilihan kami sekeluarga ..terima kasih bebanyak la pada Dayang Jack kerana berkongsi resipi yang sedap dan mudah pulak cara membuatnya...meh lihat resipinya....


UDANG BLACKPEPPER
Sumber:Dapurku Sayang
Olahan rasa:MamaMia Kitchen

 Bahan-bahan:
1/2 kg udang segar dibersihkan
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 cm halia dihiris
1 labu bawang besar dimayang
1-2 sk serbuk lada hitam
1-2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sdm sos cili
Sedikit hirisan daun ketumbar
4-5 biji cili padi diketuk
1 sb madu + 50 ml air (lebih kurang 1/4 cawan) +1 sb jus lemon (saya guna jus limau nipis) dibancuhkan
Sedikit garam-saya tambah
Sedikit gula-saya tambah
Sedikit serbuk perasa -saya tambah



Cara menyediakannya:
1.Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat.Perapkan selama 30 minit.
2.Panaskan sedikit minyak didalam kuali.Tumis bawang putih dan halia hingga perang.Masukkan bawang besar dan sos tiram.Kacau hingga sebati.
3.Masukkan udang,kicap manis,cili padi,sos cili dan daun ketumbar.Gaulkan supaya sebati.
4.Setelah udang 1/2 masak,tuangkan madu tadi.Kacau hingga masak.Boleh tambah garam jika perlu.





Jom Try  Buat..

Tuesday, 24 November 2015

RENDANG DAGING

Rendang Daging ini saya sediakan sempena anak lelaki saya Zaim berkhatan baru ini .Saya masak sebanyak 2 kilo daging lembu untuk dimakan bersama dengan pulut kuning, untuk resipi pulut kuning sila rujuk disini....saya jarang masak rendang kalau hari biasa..hanya buat time tertentu jer...tapi rasanya tetap sedap walaupun jarang2 buat...huhuhu....anak perempuan saya berulang2 kali makan pulut kuning ni cicah rendang daging...kebetulan adik ipar yang bekerja di KL pulang bercuti dan bertandang ke rumah kami.Sempatlah mereka menjamu selera dengan rendang dan pulut kuning yang saya buat ni...sebelum mereka  pulang  saya bekalkan juga untuk MIL.
Rendang daging yang saya buat ni tak ikut mana2 resipi pun...main letak jer bahan2nya ikut terlintas dalam kepala..sebab dah boleh agak bahan2 asas untuk masak rendang ni.... walaupun saya buat 2 kilo daging tapi resipi kat bawah ni untuk sekilo daging jer tau...kalau nak masak lebih cuma gandakan sahaja bahan2nya...jom semak resipi rendang yang saya masak ni


RENDANG DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu dipotong kecil
1 kg santan 
15 ulas bawang merah*
5 ulas bawang merah*
15 biji cili kering-potong kecil dan rendam air panas sekejap*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 batang serai*
kisar halus bahan yang bertanda *
2 sdm biji ketumbar
1 sdm jintan putih
1 sdm jintan manis
Sangai ketiga2 bahan diatas hingga wangi kemudian kisar halus
4 helai daun kunyit dihiris halus
5 helai daun limau purut dicarik2kan
1 keping asam gelugor
1 keping gula melaka
5 sdm kerisik
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara menyediakannya:

Potong kecil2 daging,cuci dan toskan.

Sangai biji ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga wangi dan kisar halus.

Bahan2 yang telah dikisar halus.

Panaskan minyak dan tumislah bahan kisar hingga wangi.

Kemudian masukkan daging dan kacau sebati.

Masukkan bahan2 rempah ratus yang dikisar tadi.Masaklah hingga keluar air daging.

Bila daging sudah kecut dan airnya hampir kering barulah dimasukkan santan.Kacau sebati...masukkan asam keping,gula melaka,garam gula,serbuk perasa dan masaklah selama 20 minit.

Bila rendang dah agak pekat masukkan daun kunyit,daun limau purut dan kerisik.Gunakan api yang kecil dan biarkan merenih selama 30 minit hingga kuahnya agak kering sedikit.Time ni perlu sentiasa kacau rendang supaya tidak hangit tau...
 
Sesuaikan rasa...agak2 dah hampir kering kuahnya tutup api.Saya sukakan rendang yang basah2 skit...kalau nak rendang yang kering kacau lagi hingga menepati citarasa masing2.

Dah siappp..
Wallla....memang ngam sangat makan dengan pulut kuning....



Jom Try Buat...