Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, 28 March 2016

AYAM MASAK BALI

 
Ayam merupakan menu wajib ada dalam hidangan kami setiap minggu.Sampaikan saya dah naik jemu tak tau nak masak apa lagi dengan  ayam ni...selalu saya buat Gulai Ayam,Sup dan yang paling senang sekali gak Ayam Goreng Kunyit le...sesekali tu teringin jugak nak ubah selera kan ....so tengok ramai blogger masakan yang duk tayang Ayam Masak Bali dan cakap sedap pulak tu....apalagi sayapun teringin untuk mencubanya.Resipinya saya ambil dalam fb Aida Shukor yang siap bagi step by step cara untuk membuatnya...alhamdulillah rasanya sangat sedap...bagi saya cam Ayam Masak Kicap tapi lagi sedap Ayam Masak Bali ni...seronok sekali tengok anak2 dan hubby makan nasi bertambah2...satu lagi...petua nak kasi lauk ni lagi sedap ialah..lebih sedap dimakan selepas semalaman...maksudnya kalau tuk makan tengahari sebelah  malam tu kita dah siap masak...pagi tu tinggal panaskan saja....teringin nak cuba...... lihat resipi dan langkah demi langkah kat bawah ni yerr..


AYAM MASAK BALI
Sumber:fb Aida Shukor
Olahan semula:MamaMia


Langkah demi langkah Ayam Masak Bali:

 1 ekor ayam dilumur garam kunyit.
 Goreng 3/4 masak.
 Bahan kisar:8 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,1 inci halia,sedikit belacan bakar,segenggam cili kering-saya gantikan dengan 5 sudu makan cili kering yg siap dikisar.

 Kisar sampai halus
 Gorengkan serai dalam minyak goreng ayam(ambil cukup2 untuk menumis saja tau) sampai separa coklat.Masukkan daun kari dan goreng sampai garing.
 Masukkan bahan kisar beserta cili kisar dan tumis sampai naik bau dan garing.
 Masukkan gula,garam dan renjis2kan kicap hingga warna meroon.Anggaran 1/2 cawan.Kacau supaya sebati.
 Masukkan ayam dan masak lagi selama 10 minit.Siap.Jangan terus makan lepas masak...biar dulu dalam 1/2 jam.Biarkan semalaman lagi sedap.
Sedia untuk dinikmati...


Jom try buat....

Saturday, 12 December 2015

AYAM PANGGANG HALIA

Seperti yang telah saya janjikan dalam entry Nasi Bukhari ,saya akan sertakan resipi Ayam Panggang Halia yang sangat sedap dimakan bersama dengan Nasi Bukhari... Resipi ini saya ambil juga dari blog Kak Ummi Home Sweet Home...bila beliau kata sedap..maka sayapun kena cubalah...memang betul pun enak sangat...anak2 saya tak cukup makan ngan nasi siap ratah lagiii...hubby pon duk puji sedap...menurut Kak Ummi resipi ini asalnya adalah air tangan Chef Hanieliza yang tersohor tu...ermmm patutlah sedap...bak kata Kak Ummi ayam ni memang sedap ...memang berbaloi...bahan senang,cara nak buat pun senang...lalu ke tekak tip top!!!! alahai...menurutnya lagi cara masak tu beliau buat cara express..sebab nak cepat...saya pun ikut cara Kak Ummi sebab menjimatkan masa....apapun terima kasih pada Chef Hanieliza dan Kak Ummi kerana telah berkongsi resipi yang sedap ni...pas ni memang masuk menu list untuk lauk pauk kat umah ni le.....jom lihat resipi kat bawah ni...


AYAM BAKAR/PANGGANG HALIA
Sumber:Chef Hanieliza @Majalah SAJI (Feb 2012) 
Dirujuk:Ummi@ Home Sweet Home
Olahan rasa:MamaMia Kitchen



Bahan utama:
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sdb kicap cair-saya guna kicap manis cap Kipas Udang
1 sk gula
1 sdb minyak masak
garam secukup rasa
serbuk perasa-saya tambah


Bahan kisar;
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah-(*akak letak 5 ulas)-saya follow KU jugak
1 sdb lada hitam (*akak letak 2sk yang dikisar)
1 sk serbuk kunyit (*akak guna 2cm kunyit hidup)-saya juga
3 tangkai cili merah


Cara memasak:

1.Ayam dipotong 4 dan dibersihkan.Toskan.Saya guna 1 ekor ayam dipotong 12.
2.Gaulkan kesemua bahan kisar pada bahan utama,perapkan ayam selama beberapa jam.Saya perap selama 2 jam.
3.Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak.Saya alas dengan aluminium foil.(*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam,masak hingga kuah agak pekat...kes nak cepat)...saya jugak ikut cara KU.
4.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing.(*akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
5.Hidangkan bersama salad dan timun.Saya makan bersama Nasi Bukhari.. 

 Perap ayam bersama bahan kisar selama 2 jam

 Selepas ditumis bahan2 kisar bersama ayam hingga kuah agak pekat..baru susun dalam dulang pembakar

 Saya bakar selama 1 jam sambil dibalik2kan dan guna api atas bawah...

 Gandingkan bersama Nasi Bukhari n the gang....





Jom Try Buat....

Friday, 20 November 2015

GULAI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP

 Gulai ayam merupakan lauk kegemaran kami sekeluarga.Boleh dikatakan dalam sebulan tu 3/4 kali jugak la saya masak.Sebagai wanita yang bekerja kita kenalah rancang masa untuk memasak...sebab saya jarang sangat beli lauk diluar.Seboleh2nya saya akan cuba jugak masak untuk makan tengah hari.Sebab tu saya suka masak lauk pauk cam gulai ayam ni waktu malam...selalunya selepas solat Maghrib.Pagi tu saya masukkan ke dalam fridge..bila balik sekolah tinggal cuma panaskan saja lauk ni.Bagi saya kalau lauk pauk macam gulai ke,kerutuk ke sesuai dimasak semalaman sebab rempah yang kita tumis tu akan menyerap masuk sampai ke dalam isinya.Tapi ada jugak sesetengah kawan2  cakap tak boleh makan lauk semalaman nanti sakit perut...tapi alhamdulillah... keluarga saya pulak tak de masalah .Kalau gulai ayam ni biasanya  saya padankan dengan ikan goreng kunyit dan sedikit ulam-ulaman serta sambal belacan .Kalau tak habis makan ..simpan kat tempat sejuk beku...bila nak makan tinggal panaskan saja...yang ni lagi sedap sebab kuahnya semakin pekat...memang terangkat la...tambah2 makan dengan nasi panas2...jom lihat resipinya


GULAI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan2:
3/4 ekor ayam-potong ikut suka
2 biji kentang dipotong 4
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 " halia dimayang
1 liter santan sederhana pekat
3 sudu makan serbuk kari ayam-saya guna jenama Babas
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum  bunga lawang
1 keping asam gelugor
Garam ,gula
Serbuk perasa


 Mayang bawang merah,bawang putih n halia.

 Cuci bersih ayam.

 3 sdm rempah kari dibancuh dengan air panas...

  1 liter santan yang sederhana pekat.

Cara menyediakannya:

 Pansakan minyak,tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Kemudian masukkan semua bahan yang telah dimayang dan goreng hingga bawang kekuningan dan sedikit garing.

 Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau hingga sebati.

 Rempah kari ni perlu dimasak lama sedikit supaya betul2 masak (lebih kurang 10 mini)t dan perlu dikacau selalu supaya tidak hangit...inilah rahsia bagaimana nak menyedapkan gulai kita tu.Boleh tambahkan sedikit air (1/2 cawan) jika agak kering.

 Kemudian masukkan ayam dan gaul hingga rempah tadi menyaluti keseluruhan bahagian ayam.

 Masukkan ubi kentang dan gaul rata.

 Barulah dimasukkan santan.Kacau seketika dan masukkan asam gelugor,garam, gula dan serbuk perasa.Biarkan mendidih dan masaklah  lagi selama 10 minit.

 Bila gulai dah pecah minyak ...sesuaikan rasanya, dan tutup api.

 Sesuai dimakan dengan nasi ataupun dicicah dengan roti...




Jom Try Buat...

Monday, 26 October 2015

RENDANG AYAM SIMPLE

Salam semua...
Rendang Ayam Simple ni saya buat bersama2 dengan Pulut Kuning baru-baru ini, cuma tak sempat nak jadikan entry sebab bizi skit sehari dua ni.Ari ni baru rasa lega skit ,so bolehlah kongsi resipi dengan anda semua.Lama jugak tak buat rendang ni...selalunya masak untuk hari istimewa jer cam hari raya...tapi raya baru ni pun tak sempat nak merendang gak....Untuk kali ni saya buat dua ekor ayam untuk dimakan bersama pulut kuning.Saya sengaja buat rendang berkuah skit sebab nak cicah dengan pulut baru ngamkannn.Saya tak menggunakan resipi yang khusus...apa yang terlintas dalam kepala dan ada kat dapur tu jer la bahan yang saya guna ....walaupun resipi main bantai jer...tapi hasilnya power ahhh...jom semak resipinya.....


RENDANG AYAM SIMPLE
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

2 ekor ayam dipotong kecil
1 liter santan
15 ulas bawang merah*-kisar halus
4 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
2 sdm biji ketumbar*
1 sdm jintan putih*
1 sdm jintan manis*
3 senduk cili kering yang dikisar
2 keping gula melaka
2 keping asam gelugor
4 helai daun kunyit dihiris halus
5 sdm kerisik
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:


Tumis bahan yang dikisar serta cili kering hingga wangi.

Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dan.
 
Apabila ayam sudah kecut masukkan santan.

Masukkan kerisik,asam gelugor,gula melaka,gula pasir,garam, serbuk perasa dan gaul sebati.

Seterusnya masukkan daun kunyit
Sesuaikan rasa.Tutup api.Jika tidak mahu rendang agak berkuah, bolehlah masak sehingga rendang agak kering sedikit.

Siapppp...

Jom pekena rendang ayam ngan pulut kuning seround....




Jom Try Buat...

Tuesday, 20 October 2015

AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam Goreng Berempah ni adalah gandingan bersama Kerutuk Daging yang telah saya jadikan entri sebelum nih....rasanya sangat sedap sebab saya perap ayam selama 5 jam...resipinya saya main campak2 jer rempah ratus yang ada kat dapur tu.Anak2 saya ratah camtu jer.....kalau nak try buat saya sertakan resipinya disini..


AYAM GORENG BEREMPAH
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

8 ketul ayam dibersihkan
1 sdm ketumbar*
2 batang serai*
1/2 labu bawang besar*
Halia sebesar ibu jari*
Kunyit hidup sebesar ibu jari*
4 ulas bawang putih*
1/2 sdm jintan putih*
1/2 sdm jintan manis*
1 sdm garam*
1 sdm gula pasir*
1sdt serbuk perasa
1 sdm serbuk kari daging

Kisar semua bahan yang bertanda*  .


Cara-cara:


Bersihkan ayam dan kelar2 sikit supaya rempahnya meresap dengan sempurna.

Gaulkan bahan yang dikisar halus ,serbuk kari dan serbuk perasa hingga menyaluti keseluruhan ayam.Perap selama 5 jam jika inginkan hasil yang sempurna.

Goreng hingga kekuningan.

Ni le gandingan mantap yang telah saya sediakan tuk makan tengah hari...Kerutuk Daging,Nasi Minyak,Ayam Goreng Berempah,Acar Mentah dan Sambal Belacan...



Jom Try Buat..

Monday, 7 September 2015

AYAM MASAK PADANG


Setakat ni banyak sangat resipi2 yang saya copy dalam blog masakan, tapi belum berkesempatan untuk mencuba kesemuanya lagi....rasanya beratus2 resipi dalam simpanan saya sedang menunggu giliran .....so kali ni barulah ada mood untuk cuba masakan padang ni iaitu Ayam Masak Padang...Kali pertama mencubanya memang saya suka sangat dengan ayam nih.Anak2 siap makan bertambah2 lagi.Hubby plak tak cukup makan dengan nasi...dicicah pulak dengan roti....ermmm memang terangkat habissssss....siap puji lagi dan cakap suh buat lagii...bila saya tayang dalam WA ramai kengkawan mintak resipi ni...memang terguda habisss u...lum makan lagi tengok gambar dah terliur hehehe...terima kasih kepada penyumbang resipi ni iaitu dinaz-asamgaramkehidupan.blogspot kerana telah berjaya menarik mood saya untuk cuba masakan padang nih....jom lihat resipinya

AYAM MASAK PADANG
Sumber:dinaz-asamgaramkehidupan.blogspot
Olahan semula:MamaMiaKitchen

Bahan-bahan:

1 ekor ayam -buang kulit dan potong kecil-(saya guna tak sampai 1 ekor)
5 helai daun limau purut-koyakkan( 1 helai saya masukkan ke dalam bahan kisar halus)
2 batang serai diketuk
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
10 biji cili api-biarkan sebiji2(saya letak 3 biji jer)
2 biji tomato-belah 4
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ayam -saya tambah
Minyak,garam,gula,serbuk perasa

Bahan2 dikisar halus:
10 biji cili api-letak 5 biji jer
10 tangkai cili kering dikisar-(saya gantikan dengan 2 biji cili merah)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah-saya letak 7 ulas
4 ulas bawang putih-saya letak 3 ulas
3 biji buah keras-saya letak 2 biji



sediakan bahan2nya

buang kulit ayam dan potong kecil
Cara-cara:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai yang diketuk.

2.Bila dan pecah minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap

3.Masukkan santan.Kacau sebati.
4.Masukkan daun limau purut,tomato,asam keping,kiub pati ayam dan cili api.Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak serta kuahnya agak pekat sedikit.Tutup api

siapppp...ngam dimakan dengan nasi putih dan juga dengan roti



Jom Try Buat..