Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

THE BEST MANGO FLOAT

Teringin sangat nak merasai dessert yang pada saya nampak mewah...rasanya  sudah semestinya sedap...bila tengok dalam blog dan rakan fb duk update dessert ni,,,hati saya dah tak sabar untuk cuba membuatnya sendiri...tapi bila tengok pada senarai bahan2nya ada sesetengah tu agak sukar utk mencarinya di Kelantan cthnya ,Nestle Cream maka hasrat tu dipendam je la...kebetulan  Chef Hanieliza Kamarudin ada kongsikan resipi ni dalam grup FB Masak Apa Hari Ini (MAHN) ...bila saya amati bahan2nya tk de pulak yang susahnya, so apalagi....misi diteruskan...kebetulan semasa singgah di Bukit Bunga saya sempat beli 3 kilo buah pauh mas hitey..ore kelate panggil...akhirnya setelah cukup semua bahan2nya berjaya juga saya membuat Mango Float ni...rasa sangat bangga weh buleh buat dessert ni....rasanya mmg tk dpt dipertikaikan lagi...mmg sedap sgt terutama kepada penggemar cheese...anak perempuan saya yang mmg hantu cheese mmg pulun makan dessert ni...siap bawa bekal  kat sekolah lgi nk suruh kengkawannya rasa..... apapun terima kasih yang tidak terhingga pada Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi yang marvelous ni...ada yang terlio tak...meh saya kongsikan resipinya

THE BEST MANGO FLOAT

Sumber: Fb Hanieliza Kamarudin (MAHN)
Olahan semula:Mamamia
Bahan2:
Sediakan spring foam @ loaf pan-lapik plastik,lebihkan satu inci tinggi dr paras loyang
Saya guna mangkuk kaca dan dialas plastik wrapp sb spring foam saya besar...nti tak padan dgn bahan yg digunakan...
1 cawan UHT whipping cream(yg sejuk dari peti ais)
250gm cream cheese-dilembutkan
3/4 cawan susu pekat manis 
2 biji mangga dipotong memanjang(saya guna 3 bji n potong dadu)
Biskut cream crackers secukupnya

Bahan2 yg diperlukan..mangga ,cream cheese,uht whipping cream,biskut cream crackers,susu pekat(tiada dlm gambar)
mangga dikupas kulitnya dan potong dadu
pukul uht whipping cream hngga kaku/kental

pukul cream cheese hingga lembut,kemudian masukkan susu pekat

masukkan uht whipping cream yg dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese
kaup balik kedua2 bhn ni hingga sebati
alas bks acuan dgn plastik wrap dan susun cream crackers hingga menutupi dasarnya
ratakan cream cheese keatasnya hingga menutupi keseluruhan cream crackers
susun mangga diatas cream cheese..ulang bahangian ini hingga selesai...iaitu cream crackers,cream cheese dan mangga
 bahagian atas sekali mesti berakhir dgn cream cheese...kemudian hancurkan 2 kpg  cream crackers dan tabur diatasnya..sejukkan dlm chilled room 8 jam @ semalaman..
 
 hiaskan dgn mangga yg dipotong dadu baru sedap dimakan...

Jom Try Buat...









Monday, 27 March 2017

PULUT SEKAYA a.k.a TOK AJI SERBAN


Pulut Sekaya ni merupakan makanan tradisi bagi negeri di sebelah pantai timur..terutamanya Kelantan dan Terengganu...tapi kalau di Teganu kite..pulut sekaya ni dipanggil dengan gelaran Tok Aji Serban...bunyi cam kelakar jer...tapi kuih ni siyes memang sedap...selalu saya beli jer kuih ni bila teringin nak makan...maklumlah kuih ni memang mudah didapati kat Kelantan  ni...ada dijual merata terutamanya pada waktu pagi ..so tak dak masalah la kalau termegidam nak makan kuih ni....kebetulan di FB ada seseorang telah kongsikan resipi Pulut Sekaya ni...cara nak buatnya pun nampak senang jer...lalu saya teringin nak mencubanya...nati kalau  dah pandai tk perlu beli lagi kalau teringin nak makan dokkk...tapi bergantung pada mood jugak...kalau dah mari penyakit M...beli jugak kesudahannya...
Pertama kali mencubanya sangat mengujakan kerana hasilnya sangat memuaskan...bahagian atasnya tidak lembik...selalu kalau buat kuih serimuka bahagian ni la saya selalu gagal...alhamdulillah tuan punya resipi ni tidak lokek untuk kongsikan resipi yang tepat dan menjadi ore kato...rasanya mmg sedap...my hubby n anak2 duk puji...cam kat kedai kata mereka...yuhuuuu sukanya hati mama bila masakan kita mendapat tempat di hati keluarga.... cumannya saya tidak berpuas hati apabila warna bahangian atas tu slow sgt kalernya...lenkali kena letak pewarna coklat skit nak kasi lagi cantik erk...gula melaka sekarang ni bukan ori cam dulu punya...yang sekarang ni mereka campur dgn gula pasir nak untung banyak n seje kijo ...apapun meh saya kongsikan resipinya bagi sesiapa yang berminat untuk membuatnya..

PULUT SEKAYA a.k.a TOK AJI SERBAN

Sumber:Fb Tuan Adriana Arissa
Olahan semula:Mamamia
Bahan lapisan bawah:
300 gm beras pulut direndam 2 jam-saya letak 400gm kes nak habiskan stok beras pulut
1 1/2 cawan santan cair-anggaran pulut tu tenggelam skit bila campur santan.
1 sk garam
Sedikit tepung gandum untuk tabur atas pulut

Bahan2 lapisan atas:
5 bj telur gred A
1 cawan santan
1 sdb tpg gandum
2 ketul nise @gula melaka saiz sederhana
2 sdb gula
 1/2 sk garam
2 helai daun pandan
Sedikit esen vanila utk hilang bau hanyir telur-saya lupa letak aritu..tapi tk terasa hnyir

Cara membuatnya:
Kukus pulut bersama semua bahan selama 20 minit.Dah masak tekan pulut dan padatkan.Klu guna loyang sama alas loyang dgn plastik utk memudahkan keluarkan pulut nanti.
Dalam periuk lain,masak nise,gula bersama sedikit air (anggaran 1/2 cawan) bersama daun pandan hingga semua cair.Tutup api,sejukkan dan tapis.
Kacau telur,masukkan santan dan nise tadi.Taburkan sedikit tepung ke atas pulut utk melekatkan bhg atas dan bhg bawah dan tidak terpisah bila masak nanti.
Tuang bhg atas perlahan2 dan kukus selama 25 minit.Balut tudung kukusan supaya air tidak menitik.

Tips:
Pulut Sekaya ni perlu betul2 sejuk sebelum dipotong  untuk hasil yang terbaik.Saya buat malam..pagi baru potong..mmg puas hati...potong guna pisau plastik supaya potongan nampak kemas.

 


Tekan beras pulut supaya padat

alas loyang dengan plastik n masukkan santan.saya letak sehelai daun pandan nak kasi wangi

tekan pulut supaya padat

tuang bhan2 lapisan atas ke atas pulut yang telah dipadatkan

taraaaa...sedapnyaa

Jom Try Buat...











Tuesday, 29 March 2016

CONGO BAR


Bila saya tengok Azlina Ina wat tutorial kat fb cara nak buat Congo Bar ni nampak cam senang sangat....terus terlio plak nak makan Congo Bar ni....selepas ke kedai bakeri tuk beli bahan2 nya terus saya kelentung kelentang kat dapur tuk siapkan Congo Bar ni....cara nak buatnya sangat simple...bahan2 juga mudah didapati....bagi saya Congo Bar ni enak dimakan ketika panas2 sebab time tu coklat cip masih mencair lagi...bila dah sejuk Congo Bar ni...coklat cip juga mula mengeras....tapi anak2 saya sangat menggemarinya siap minta saya buat lagi ....terima kasih pada Azlina Ina atas perkongsian resipi yang simple dan sedap ni...



CONGO BAR
Sumber:fb Azlina Ina
Olahan:Mamamia


Bahan2:
1 3/4 cawan gula perang
3/4 ketul butter/ 150gm
1 sk esen vanila
3 biji telur gred A/B
3 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama
1 sk baking powder
1 cawan coklat cip
Sedikit badam keping

 Pukul butter ,gula perang dan esen vanila.Guna handwisk pun boleh hingga agak2 gula sebati...tapi saya syorkan guna mixer lagi cepat..

 Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
 Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul guna senduk.
 Masukkan coklat cip dan gaul sebati.Tinggalkan sedikit untuk tabur diatasnya.
 Ratakan dalam loyang saiz 7 x 7 atau 8 x 8 yang dialas baking paper.Tabur coklat cip dan kepingan badam.Badam tak perlu dibakar dahulu ye.Guna api atas bawah pada suhu 160C selama 40 minit.
 Siap dibakar

Enak dimakan ketika panas2 kerana coklat cip masih mencair....


Jom Try Buat

Sunday, 27 March 2016

PULUT MANGGA


Bila sana sini orang dok bercerita tentang keenakan Pulut Mangga ni membuatkan saya teruja untuk membuatnya sendiri....kalau nak cari yang orang jual rasanya susah skit la kat Kelate nih...kalau Pulut Durian saya  memang suka sangatlah....kalau beli durian tak sah kalau tak tanak pulut...hubby plak lebih gemar ratah cenggitu je...tapi semenjak saya duk jamu pulut durian ni nampaknya dia dah semakin menyukai Pulut Durian ...kebetulan time ni dah musim mangga atau ore Kelate panggil buah pauh....sebelum tu saya duk google cari resipi Pulut Mangga...akhirnya berkenan dengan Pulut Mangga Harum Manis by Resepi Bonda Team...nak cari Mangga Harum Manis kat Kelate ni jangan harap la...so saya gantikan dengan Pauh Mas Hitam..sebab isinya kaler oren dan rasanya sangat manis...setelah mencubanya...bagi saya Pulut Durian yang paling melekat dijiwa nih...tapi tak salah untuk mencubanya... lagi satu citarasa setiap manusia itu berbeza-beza kannnn..... kalau tak try camna nak bandingkan keenakannya dengan pulut durian dokk...oklah meh tengok camna nak buat Pulut Mangga nih..

PULUT MANGGA
Sumber:Resepi Bonda Team
Olahan:MamaMia

Bahan-bahan:(3-4 orang makan)

2 cawan beras pulut-rendam 3 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sk garam
1 sk tpg jagung
2 helai daun pandan simpulkan
3 sdm gula pasir
Mangga Harum Manis(apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)

Cara memasak:
1.Panaskan pengukus terlebih dahulu,kukus beras pulut hingga setengah masak.
2.Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.


Kuah santan:
1.Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan dan gula pasir.
2.Apabila tlh mendidih masukkan tpg jagung dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
3.Sendukkan pulut ke dlam mangkuk tuang santan dan hidangkan bersama hirisan mangga.


Pauh Mas Hitam.. walaupun kulitnya nampak cam hijau tapi dah masak ranum tau...


Jom Try Buat...

BROWNIES KACANG

Fenomena Brownies ni dah agak lama jugak rasanya  jadi viral kat fb dan juga blog...tapi masa tu saya tak de keinginan nak mencubanya plak.... sebab saya beranggapan rasanya mesti lebih kurang cam Kek Coklat saja huhuhu....tapi bila tengok kat fb Norhayati MohdRazali duk tayang Brownies Kacang membuatkan saya teruja untuk mencubanya...hasilnya memang heaven weii...sedap sangat....bagi saya satu adunan ni kecik jer...kalau yang keluarga besar saya syorkan anda double kan adunannya....cara nak buatnya senang sgt...meh try buat brownies....terima kasih pada tuan punya resipi ni jugak...izinkan saya kongsi disini supaya lepas ni kalau yg selalu beli tu leh blaja wat sendiri....


BROWNIES KACANG
Sumber:fb Norhayati Mohd Razali
Olahan:Mamamia

Bahan2:
3/4 cawan tpg gandum diayak bersama 1/2 sk baking powder
3/4 cwn gula perang
2 sdb gula halus
2 biji telur
1 sk esen vanila
1/4 cwn serbuk koko
1 sk nescafe
170 gm coklat masakan
6 sdb marjerin
Secubit garam
Kekacang/coklat cip
Cara membuatnya:
 Cairkan coklat masakan beserta marjerin,serbuk koko dan nescafe secara double boiler.Sejukkan.
 Dlm bekas lain,pukul telur bersama gula perang dan gula halus hingga larut.
 Masukkan esen vanila dan garam.Kacau sebati.
 Masukkan adunan coklat dan kacau lagi supaya sebati.
 Tuangkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
 Masukkan kekacang dan coklat cip.
 Tuang dalam acuan yg telah dialas dan disapu marjerin.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
Sejukkan dahulu baru curahkan sos coklat ke atasnya dan tabur lagi baki kekacang.



Jom Try Buat..

Friday, 25 March 2016

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Time cuaca panas cenggini tekak kita selalunya nak makan benda yang lembut dan sejuk jer...betul tak....so saya merajinkan diri buat Agar2 Milo Lapis Oreo yang memang menjadi salah satu desert kegemaran kami sekeluarga....sebab tu saya selalu simpan stok biskut Oreo...kalau teringin jer nak makan boleh terus buat...untuk resipinya boleh rujuk DISINI...saya cuma bagi langkah2 membuatnya saja...kot2 la ada adik2 kita yang nak cuba buat leh tengok proses membuatnya..tak de la blurr sangat...jom ke dapur

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
Oleh:MamaMia Kitchen


Buang krim biskut oreo dan patah2kannya..
Masak serbuk agar2 bersama air,gula dan susu cair ke dalam periuk kemudian didihkan.

Asingkan dua cawan agar2 tadi ke dlm periuk lain dan campurkan dengan milo dan kacau sebati supaya tidak berketul.
Ambil secawan agar2 milo tadi dan masukkan ke dlam acuan dan biarkan mengeras seketika...sori saya lupa nak snap pic step ni....bila lapisan milo dah mengeras baru masukkan  agar2 campuran susu tadi dan taburkan biskut oreo...biarkan mengeras tetapi jangan terlalu keras...
Akhir sekali baru dimasukkan baki campuran milo tadi....biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam fridge...
Enak dimakan sejuk....laju jer meluncur keanak tekak...

Thursday, 28 January 2016

HOMEMADE CARAMEL POPCORN

Sudah lama saya teringin untuk membuat popcorn.....bila  dengar orang cakap senang sangat nak buatnya...tapi asyik tertangguh jer dibawa angin lalu....secara kebetulan ketika membeli barang dapur bersama hubby saya terpandang jagung tuk buat popcorn ni,tangan laju jer sambar satu pek kecil....hubby cam tak berapa berkenan sebab dia rasa tak mungkin saya akan buat....mungkin baginya membazir je...dalam hati dah nekad...sampai kat umah mesti try buat jugak petang nih...so saya try google cari resipi popcorn ni, dan hati berkenan dengan resipi oleh Mat Boyot (dot) Com sebab disertakan dengan langkah demi langkah lagi memang very detail explanation....memandangkan semua bahan2 dah tersedia kat dapur tu..apalagi sayapun gigih kat dapur  sorang2 nak try buat popcorn nih...kebetulan hubby tengah tido...anak2 pulak ralit kat atas tengok tv..ermmm elok sangatlah...pasni kalau dah jadi buleh buat ..suprised..kat diaorang hihihi......akhirnya usaha saya tidak sia2...homemade caramel popcorn ni menjadi dan sedap pulak tu...kalah kat kedai sebab saya buat banyak karamel so memang menyaluti semua popcorn tu....bila hubby bangun tido saya terus tunjukkan kepadanya...nak kasi dia terkejut...baru dia tahu sape bini dia nih...ingat tak pandai ke...wakakaka...akhirnya hubby dan anak2 dok puji betapa sedapnya popcorn yang saya buat nih...sambil tangan memasing laju jer dok kunyah popcorn hasil airtangan saya nih......saya cuma buat 1 cawan jer takut tak jadi....hasilnya memang banyak....baru saya tahu betapa untungnya peniaga popcorn nih...kalau pembaca diluar sana nak try buat homemade caramel popcorn ni resipi kat bawah yer....tapi sebelum tu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Mat Boyot atas usaha gigihnya menunjukkan langkah demi langkah tuk buat popcorn ni.....saya tak sempat nak amik gambar langkah demi langkah..boleh lihat SINI  untuk lebih jelas lagi....


HOMEMADE CARAMEL POPCORN
Sumber: Mat boyot (dot) Com
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

2-3 sb minyak masak-saya guna 5 sb marjerin
Kuali yang ada penutup
2 genggam jagung kering-saya guna 1 cawan ( cawan periuk Noxxa)

Panaskan minyak.Bila dah panaskan campak 2 genggam jagung.Kacau sampai semua jagung kena minyak.Kecilkan api dan tutup kuali.Bila popcorn dah start meletup,rajin2kan diri gerak2kan kuali dari luar untuk pastikan semua popcorn meletup.Jangan buka tudung.Tunggu hingga tak ada bunyi letupan langsung.Tutup api dan alih ke bekas lain supaya popcorn tidak hangus.


Sos Karamel:

1 cawan gula perang
4 sdb salted butter-saya guna marjerin
1/2 tin susu pekat manis
1 sb esen vanila
1 sdt garam-saya tambah

Kacau semua bahan hingga gula dan butter cair.Bila dah nak mendidih,padam api supaya tidak hangus.Rasakan..kalau terlalu manis masukkan nescafe untuk balancekan rasa.Tuangkan sos karamel ke dalam pop corn dan gaul sampai rata.

Ratakan popcorn  diatas dulang yang telah dialas dengan baking paper.Agak2 kalau tebal sangat popcorn tu pakai 2 dulang sebab kalau layer nipis baru crunchy.

Panaskan oven selama 35-45 minit sampai popcorn nampak kering.Saya bakar cuma10-15 minit jer...sebab dah nampak garing.Guna suhu 160C dengan api atas bawah (saya guna suhu 200C supaya cepat garing).Setiap 10 minit keluarkan dari oven dan kacau guna senduk.Kalau melekat pisah2kan.

Masa baru angkat memang popcorn nampak lemau skit.Anginkan dibawah kipas sehingga popcorn tu crunchy.Simpan dalam bekas kedap udara...




Jom Try Buat..