Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Monday, 9 November 2015

APAM BERAS KELANTAN

 Sudah agak lama juga saya tidak membuat Kuih Apam Beras......kalau teringin nak makan saya lebih suka beli saja sebab yang jual kat gerai tu pun dah cukup sedap....dengan lembutnya,manis sedang elok dan yang pasti merekah dengan elok sekali...namun kunjungan bekas pengasuh anak sulung saya baru2 ini meminta saya sediakan kuih kosui dan apam beras  untuk dihidangkan pada rombongan meminang anaknya nanti, membuatkan saya menggelabah seketika....kalau kuih kosui takde masalah sebab saya memang selalu sangat buat.. tapi kalau apam beras tu risau gak ..takut nanti tak jadi kang...malu besar weiii.... dah la nak sambut orang jauh......untuk menolaknya saya tak sampai hati pula sebab dia sangat baik dengan kami sekeluarga....akhirnya pada minggu lepas saya  google resipi apam beras ni dan rasa berkenan pulak dengan Apam Beras Kelantan dalam blog duniacikguwan...so apalagi terus carik bahan2 untuk menerainya....alhamdulillah apam ni jadi ngan elok sekali...rasanya yang gebus,manis sedang elok membuatkan saya pilih resipi ni untuk masa akan datang......tambahan pulak juri tetap kat umah ni (hubby) cakap ok sangat resipi ni.......terima kasih yang teramat sangat pada cikwan kerana telah berkongsi resipi apam beras ni...sebab kalau kita tanya pada mereka yang mahir buat kuih apam ni macam tak ikhlas jer nak berkongsi resipi  dan sukatan pulak tidak diberi secara detail...... ok lah..jom semak resipinya..


APAM BERAS TRADISIONAL
Sumber:duniacikguwan
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Sebelum membuat Apam Beras ni kita perlu sediakan tapai nasi dulu...mengikut cikwan kalau takde tapai nasi ,tapai pulut juga boleh digunakan.Saya buat tapai nasi sendiri ...mengikut resipi sepertimana yang dinyatakan oleh beliau.

Bahan2:
(Untuk 1 cawan tapai)
Lebih kurang 2 cawan nasi sejuk
1/4 biji ragi
Sedikit gula-saya letak 1 sdt

Cara2:
1.Nasi sejuk diramas lembut untuk meleraikan biji nasi.
2.Ratakan nasi didalam bekas yang leper.Saya guna dulang.
3.Panaskan ragi-saya letak ragi di atas periuk nasi yang sedang dimasak.Letak tepi dapur pun boleh.Hancurkan ragi.
4.Masukkan ragi  ke dalam penapis teh dan goyangkan di atas nasi tadi sekadar satu lapisan nipis serbuk ragi ke atas nasi.
5.Taburkan gula sekadar satu lapisan gula yang nipis di atas nasi.
6.Kaup balikkan nasi.
7.Ulang proses5 dan 6.
8.Gaul rata nasi tadi dan masukkan dalam tupperware.Tutup kemas dan simpan ditempat kering.
9.Boleh digunakan selepas 2 hari.

Bahan untuk apam:


 3 cawan tepung beras

 1 cawan gula

 1 cawan tapai nasi

 2 cawan air


Bahan lain:
1 sudu serbuk eno-saya letak 1 sdt (pastikan guna eno yang kaler biru )
Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam (kukus sebentar supaya tahan lama)


Cara membuatnya:


 Mesin semua bahan menggunakan blender hingga lumat kecuali eno.

 Perap selama 8 jam.Saya bancuh pukul 9 malam...jam 7 pagi saya mula mengukus.15 minit sebelum dikukus masukkan eno dan kacau sebati.

 Bahagikan kepada beberapa warna yang digemari.Saya buat 5 kaler termasuk warna asal.
 
 Acuan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan.Saya juga sapu sedikit minyak pada acuan.Balut tudung kukusan dengan tuala dapur.Kukus selama 15 minit menggunakan api besar dan jangan buka tudung sebelum mencapai masa 15 minit.Bila apam dah merekah dan kembang boleh diangkat.

 Hidangkan dengan kelapa parut...

Suka sangat sebab apam ni merekah dengan elok sekali...



Jom Try Buat.

Tuesday, 7 April 2015

APAM HARUM MANIS


Resipi Apam Harum Manis ni saya dapat semasa singgah kat blog Liza@Intai Dapur...sebelum ni dah nampak kat blog Yatiememories dan blog Citarasawan...dalam hati berbisik mesti sedap nih...so sayapun cubalah godek-godek resipi ni...saya buat 1/2 adunan jerrr sebagai permulaan...hasilnya memang sedap, manisnya sedang elok,kembang dan gebu jer serta baunya pun harum hasil gabungan rasa pisang n gula karamel tu...terima kasih kepada penyumbang resipi nih...izinkan pula saya kongsikan di sini pula ya....




APAM HARUM MANIS

SUMBER:Liza@Intai Dapur,Yatiememories,Citarasawan
Olahan Rasa:Mamamiasanasini.blogspot




Bahan-bahan:

300 gm gula melaka* (dimasak dan sejukkan)
350 ml air*
3 biji telur
200 gm gula halus
350 gm tepung gandum di ayak bersama 1/2 sdt baking powder dan 1 sdt soda bikarbonat + sedikit garam
1 sdt esen vanila
50 gm marjerin/butter-dicairkan (saya guna minyak jagung)
8-9 biji pisang raja/berangan/emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm-(saya guna pisang berangan)



Cara-cara:

1.Masak gula melaka bersama air hingga larut dan tapiskan,biarkan sejuk.
2.Pukul telur dan gula halus hingga kembang dan pekat.
3.Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4.Masukkan sirap gula melaka,esen vanila dan marjerin,kacau sebati.(Jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut).
5.Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
6.Masukkan adunan dalam 1/2 acuan sahaja.Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnya dan kukus selama 15-20 minit.
7.Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.


Nota:Saya masukkan sedikit pewarna coklat supaya warnanya lebih terang dan kelihatan cantik.

sesuai dihidangkan untuk minum petang..










Jom Try Buat.....
 
 

Wednesday, 11 March 2015

APAM BERAS

Assalamualaikum wbt....salam sejahtera buat semua teman,hari ni saya nak kongsikan resipi apam beras. Sebenarnya saya buat kuih ni semasa cuti  CNY baru-baru ni...Sebelum ni dah banyak kali saya mencuba resipi apam ini  daripada beberapa blog masakan...dan hasilnya tidak mengecewakan.Namun resipi kali ini saya ambil daripada seorang rakan sekerja yang telah membawa apam ni semasa kami mengadakan pot luck... bila saya makan rasanya menepati citarasa saya...manisnya sedang elok dan sangat gebuuuu.... Jom semak resipinya..


APAM BERAS

Bahan-bahan:

1 paket kecil tepung beras(500gm)

1 cawan gula pasir

1 cawan tapai beras

3 cawan air

2 sudu makan Eno (warna biru)

Pewarna biru,kuning,merah-optional


Cara-cara:

1.Blend semua bahan kecuali Eno.Perap selama 5 jam.

2.Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang dikehendaki.

3.Bila hendak kukus baru masukkan Eno,kacau rata dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Cara buat tapai beras:

1 cawan nasi sejuk

1/4 biji ragi-dihancurkan

Gaulkan kedua-dua bahan tersebut di dalam bekas yang kedap udara,biarkan selama 2 malam baru boleh digunakan.