Monday 30 January 2017

KEK COKLAT CHEESE BERHANTU

Akhirnya berjaya juga saya siapkan Kek Coklat Cheese Berhantu yang menjadi viral sekarang nih...bila saya amati resipi yang bertebaran kat fb tu....rasanya sama cam nak buat kek coklat moist jer...bezanya cuma kek itu dilapisi dengan cheese dan coklat ganache...sah2 rasanya mmg power....so kek ini telah menggoda jiwa dan raga...mmg kena try la ni...alhamdulillah siap juga sebijik kek ni dan dalam masa sehari dah habis dibantai oleh kami anak beranak...hahaha...klau dah sedap susah nak stop makan....kalau pembaca diluar sana yang masih belum lagi cuba buat kek ni meh cheq nak habaq resipinya

KEK COKLAT CHEESE BERHANTU
Olahan rasa:Mamamia

Bahan-bahan:
Untuk kek yang dah siap dan dibelah 2
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sk esen vanila
sedikit garam
1 sk dark coklat emulco
1/4 cawan air panas yang mendidih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
Bahan diayak bersama:
1 cawan tpg gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.Setelah kembang masukkan esen dan garam.
2.Masukkan air panas,susu dan minyak.
3.Seterusnya masukkan bahan2 yg telah diayak dan gaul sebati.
4.Bakar suhu 150C selama 25-35 minit teknik bained marie@water bath.

Cheese lava:
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan non dairy whipping cream
Pukul semua bahan diatas hingga kental.

Ganache:
1/2 cawan dark choc beryl
1/4 cawan non dairy whipping
1 sb butter
Masak secara double boiler

Potong kek kepada 2/3 bahagian.Letakkan cheese lava seterusnya dilapiskan dengan kepingan kek.Bahagian atas kek letakkan cheese lava dan disaluti dengan coklat ganache....simpan dalam fridge selama2-3 jam baru sedap dimakan...





ni la rupa non dairy whipping cream bagi yg takpenah tengok benda alah ni ye
utk ganache saya guna uht whipping cream
ganache yang telah siap..biarkan sebentar sebelum digunakan
paipkan cheese lava ke atas setiap lapisan kek
 untuk lapisan atas hias ikut kreativiti anda...saya tabur coklat cip n letak ceri bertangkai kasi naik seri skit....nak amik mood cam beli kat kedai gituuu

Jom Try Buat...




































Sunday 29 January 2017

SWEEDISH MEATBALL ala IKEA

Dah lama sungguh saya duk simpan resipi ni...asyik tertangguh jer..akhirnya berjaya juga saya buat selepas menunggu sekian lama....memang hati teringin sangat nak try resipi ni...bila tengok ramai blogger duk tayang kat blog mereka,saya dah banyak kali telan air liur...huhuhu....walapun dah beberapa kali ke Ikea namun tak berkesempatan utk menikmatinya sebab kami mengejar masa.... ye la bukan selalupun kami ke KL...
Pada pendapat saya resipi ni simple tapi mengenyangkan....oklah takmau tulis panjang2..meh tengok resipinya....

SWEEDISH MEATBALL ala IKEA
Sumber: Fb Misz NoorSayazana 
Olahan semula:Mamamia

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar holland dipotong dadu
2 biji tomato didadu
5 sdb tepung gandum
4 sdb marjerin/butter
4 sdb lada hitam ditumbuk
3 cawan susu full cream Dutch Lady-resipi asal susu segar
1 cawan air
Sos tiram
sos cili-resipi asal sos tomato
Kicap-untuk kaler jer
Garam secukup rasa-resipi asal guna kiub lembu
Meatball SaudiGold-resipi asal jenama Marina
Chicken frankfurter perisa cheese-saya tambah
Kentang goreng-saya tambah
Brokoli-dicelur sekejap

Cara membuatnya:
1.Tumis bawang besar dengan marjerin sampai keemasan.
2.Masukkan tepung,masak sampai pekat dan tidak berketul.
3.Masukkan air dan susu..gaul sekata.
4.Masukkan tomato dan lada hitam,sos tiram dan sos cili.
5.Ok dah siap,nampak agak pekat,jangan tambah air...memang begitu rupanya.Lepas tu boleh blend,lepas blend ia akan cair.Klu rasa pekat sangat boleh masukkan air.
*Time ni dah boleh goreng meatball,french fries dan sosej.
*Lebihan kuah boleh simpan n frozenkan dalam bekas kecik2..nak makan panaskan je...






 

 Nyum..nyum..nyumm...sedapnye



Jom Try Buat...

Setelah saya mencuba resipi ni...pada pendapat saya ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
1.Bahan untuk kuah perlu dibuat 1/2 adunan saja supaya tidak berlaku lebihan yang terlalu banyak...kecuali untuk difrozenkan.
2.4 sdb lada hitam terlalu pedas bagi mereka yang ada ank kecil...so letak sikit2 dulu..sesuaikan dengan tahap kepedasan yg sesuai untuk semua ahli keluarga anda...








Friday 27 January 2017

DAGING JERUK GORENG


Seumur hidup saya,ini kali pertama saya makan daging jeruk...hihihi jakun kah akuuuu???.... daging yang dipotong nipis,dijeruk dengan perahan limau kasturi dan garam...hanya goreng dengan bawang besar dan cili padi,dimakan dengan nasi putih memang sedap dan membuka selera.... rupa2nya  memang sedap daging jeruk ni....tambah2 kalau makan dengan nasi panas2...tak de lauk lain pun ok dah..cukup dengan satu lauk ni jer....semuanya bermula bila saya tengok dalam fb ada seseorang telah kongsikan resipi daging jeruk...tengok gambarpun sungguh menyelerakan...bila saya buat, semua anak2 saya sukakan lauk ni...kiranya  lepas ni masuk list dalam menu utama keluarga kami la..bila saya kongsikan dalam fb ramai kawan2 yang telah mencubanya dan memuji kesedapan daging jeruk ni ...so saya kongsikan disini pula supaya semua orang boleh mencuba resipi yang memang power ni...mana tau kot2 dah buntu dok fikir nak masak kann...

DAGING JERUK GORENG
Sumber:Pn.Yuss Aisya n Rafiza Idayu
Olahan semula:Mamamia

Bahan-bahan untuk menjeruk:
Daging
Garam halus
Limau kasturi dibuang biji
Bekas plastik

Cara-cara:
1.Potong daging nipis2 biar sama saiz.Letak dalam tapis untuk menapis air lebihan.
2.Potong daging dalam keadaan separa beku supaya senang untuk memotongnya.
3.Daging yang sudah dipotong nipis tidak perlu dibasuh,hanya basuh ketika seketul besar...tujuannya supaya manis dan nutrisi daging tidak larut dalam air.
4.Susun daging dalam bekas,tabur garam rata ke seluruhan daging.
5.Perahkan limau ke serata daging.
6.Susun lagi daging dilapisan seterusnya.Taburkan garam dan perah limau.Ulang hingga habis.
7.Setelah habis masukkan limau yang telah diperah tadi,masukkan dalam peti sejuk di bahagian chiller.Tunggu seminggu baru jeruk daging sedap dimakan.

daging yang telah dihiris nipis,toskan untuk membuang lebihan air
potong limau kasturi dan buang bijinya
setelah siap melapis daging..masukkan kulit limau tadi ke bhg atas daging
simpan di bahagian chiller selama seminggu
 
 goreng dengan bawang besar dan cili padi memang uumpphhhh...

 Jom Try  Buat.....