Saturday 31 October 2015

DALCA DAGING




Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi mengunjungi blog saya 
 
 Baru2 ni kami semua sepakat untuk mengadakan pot luck di bilik guru.Almaklumlah sekarang ni keja kami dah tak banyak sangat bagi guru2 yang mengajar tingkatan 3...sebab PT3 sudahpun berakhir cuma tinggal nak semak kertas jer...tapi itu tidak menghalang  hajat kami untuk buat makan2 nih.Selalunya saya suka sediakan dessert saja tapi kali ni berubah angin pulak...nak masak lauk..memandangkan daging korban masih ada skit lagi kat dalam freezer tu membuatkan saya terfikir untuk buat Dalca Daging...malam tu saya dah masak siap2 cuma pagi esok jer saya kena bangun awal untuk panaskan balik dan letakkan sayur jer...kalau letak awal2 nanti sayur tu dah lembik dan  dah tak sedap bila dimakan.Ramai kawan2 yang puji sedap sangat dalca yang saya masak tu...sampaikan ada sorang cikgu tu  cakap sebijik cam masakan arwah ibunya membuatkan dia  tiba-tiba teringat akan masakan arwah ibunya...alahai terharunya...sebenarnya bukan pujian yang saya harapkan cuma niat nak jamu kawan2 makan jer....macam biasa saya ni masak main ikut gerak hati jer..tak de ikut mana2 resipi...berdasarkan pemerhatian saya semasa tolong mak masak kat dapur jer...alhamdulillah boleh saya praktikkan ilmu ni bila dah berkeluarga....jom lihat resipinya


DALCA DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu tempatan-dipotong kecil,cuci dan toskan
2 liter santan
10 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
3 sdm rempah dalca dibancuh bersama sedikit air panas
1 keping gula melaka
2 keping asam gelugor
Garam ,gula secukup rasa

Sayur-sayuran:
2 biji terung dibelah dua dan potong serong
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 batang karot dipotong batang mancis
15 biji kacang bendi
1 paket jagung muda-dipotong serong


Cara-cara:


Potong daging kecil2 ,basuh dan toskan.

Bawang merah,bawang putih,halia yang telah dimayang bersama rempah dalca.

Bancuh rempah dalca dengan sedikit air panas dan kacau biar sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang hingga kekuningan dan garing.

Masukkan rempah dalca dan kacau hingga sebati.Rempah ini perlu ditumis agak lama sedikit supaya betul2 masak..boleh tambah sedikit air jika agak kering dan gunakan api kecil lebih kurang 10-15 minit.Perlu kacau sentiasa supaya rempah ini tidak hangit.
 
Seterusnya barulah masukkan daging.Gaul sebati supaya rempah menyaluti daging.Masaklah sehingga air daging tinggal sedikit sahaja dan daging kelihatan kecut..juga perlu sentiasa dikacau...

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih..kecilkan api dan bolehlah dimasukkan garam,gula,asam gelugor,gula melaka.Masaklah selama 20 minit supaya daging benar2 lembut.Sesuaikan rasanya...jika ingin dimakan terus bolehlah dimasukkan semua sayur-sayuran yang keras dahulu barulah diikuti sayur lembut yang paling akhir....

Sayur-sayuran yang saya gunakan.

Potong karot seperti batang mancis dan jagung secara menyerong.

Siap....untuk dibawa ke sekolah.



Jom Try Buat......

MI GORENG SEDAP

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera semua.........
Kali ni saya nak kongsikan satu resipi yang ringkas jer.. iaitu Mi Goreng Sedap....sesuai untuk sarapan pagi. ataupun bila2 masa jer time tekak teringin nak makan mi goreng.....Walaupun saya rasa semua orang pandai masak mi goreng tapi ini stail saya la.Masaknya pun senang sangat...main campak2 jer...tak de rujuk mana2 resipi.Saya lebih suka menggunakan makanan laut sebagai lauk berbanding dengan ayam atau daging..sebab rasa karangan laut ini akan menyedapkan lagi mi yang kita goreng...kali ni kebetulan ada stok udang dalam freezer ..so saya campak udang ni dalam 12 ekor gak ler...rasanya perggh, power  weiii ....tambah pulak makan dengan cili jerukkk  ..so tak nak cakap panjang  ...kita terus tengok resipinya bagi sesiapa yang berminat dengan resipi Mi Goreng Sedap nih....



MI GORENG SEDAP
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
2 paket mi kuning (yang setiap satu 450gm) -bersihkan dan tos
12 ekor udang segar-buang kulitnya
12 biji fishball-potong 2
2 keping fishcake-potong nipis
4 ulas bawang putih-diketuk
4 sdm cili kering yang di kisar
5 helai daun kobis dipotong nipis*
Secekak tauge*boleh digantikan dengan sayur kesukaan anda
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji telur
2 sdm sos tiram
6 sdm kicap manis(Cap Kipas Udang)-boleh tambah
Garam,gula secukup rasa
Serbuk perasa-optional

Bahan sampingan:
Cili jeruk
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang yang dipotong kecil
Cili padi dipotong kecil
 


Cara-cara:



Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan cili kering sehingga wangi.

Kemudian masukkan udang dan kacau sekejap biar udang masak (bertukar warna).

Seterusnya masukkkan fishball dan fishcake .Kacau sebati.

Masukkan sos tiram,kicap manis,garam,gula dan serbuk perasa.Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sekejap hingga telur  separuh masak barulah dikacau sekejap.

Masukkan kobis,tauge dan tomato.

Akhir sekali masukkan masukkan mi yang telah dibilas dengan air sejuk.

Kacau sebati ,sesuaikan rasanya.Tutup api.

Sedia untuk dinikmati.

Jom Try Buat.....

Wednesday 28 October 2015

DAGING GORENG STAIL KELANTAN

Salam semua... stok daging korban masih berbaki lagi kat dalam freezer tu.... saya  dah tak tahu nak masak apa... Kerutuk dah buat,bakso pun dah,singgang pun dah buat...dalca juga sudahh...akhirnya mai idea nak masak yang simple jer untuk makan tengah hari...Daging Goreng Stail Kelantan....pasti mendapat sambutan penghuni dalam rumah ni.Nak masaknya pun senang sangat.Kalau nak sedap lagi goreng daging tu dekat2 nak makan nasi...baru ummphhh...nak masak Daging Goreng Stail Kelantan ni mesti ada dua bahan utama iaitu lada hijau dan bawang besar... sebab gandingan dua bahan ni akan menghasilkan aroma yang sungguh mengguda  semasa menggoreng daging ni....anak2 saya suka ratah cenggitu jer sebab rasa daging yang sangat manis kerana menggunakan daging lembu tempatan yang segar serta menggunakan kunyit hidup....daging goreng ni saya padankan dengan sup sayur campur dan sambal belacan..... memang ngam sungguh....kalau pembaca diluar sana ingin mencubanya saya sertakan resipi dibawah ni....


DAGING GORENG STAIL KELANTAN
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

1 kg daging lembu tempatan -potong nipis dan gaul dengan garam kunyit
2 sdt garam*
1 inci kunyit hidup* tumbuk halus, lumur pada daging
1/2 labu bawang besar dipotong bulat
2 biji lada hijau dipotong serong
1/2 biji lada benggala-saya tambah nak kasi cantik
1 sdt serbuk perasa



Cara-cara:

Perap daging yang telah dilumur garam kunyit selama 1/2 jam.

Dua bahan utama yang wajib ada...lada hijau dan bawang besar.

Masukkan daging ke dalam kuali tanpa minyak dan goreng sehingga air daging keluar dan daging meng,ecut.

Apabila air daging sudah kering masukkan minyak masak.Jangan terlampau banyak..lebih kurang 1/2 cawan jer..gaul sebati

Bila daging dah agak garing sedikit masukkan bawang besar,lada hijau,  kapsikum dan serbuk perasa.

Goreng lagi beberapa minit sehingga bawang,lada dan kapsikum layu...tutup api.
Sedia dihidangkan..

Sedap sangat...serius weiii



Jom Try Buat...

BEST EVER BANANA MUFFINS

Dah lama sebenarnya dok berkenan kat Banana Muffins ni bila saya terlihat dalam blog AlongRoz Home Kreation.Terus CnP resipinya,tapi asyik tertangguh jer bila nak buatnya.Apabila Along kata resipi ini adalah kesukaannya yang hampir 10 tahun lamanya disimpan membuatkan saya nekad untuk mencubanya. Tambahan pulak cara membuatnya sangat senang sekali.Kalau anda tak ada mixer pun masih lagi boleh buat sebab ianya tidak menggunakan alat tersebut....menurut Along, resipi ni menghasilkan 1 dozen muffin...maka saya gandakan resipinya memandangkan penghuni dalam rumah saya ni memang suka sangat makan muffin. Maka dapatlah  dalam 38 biji.......Hasilnya memang sangat puas hati...rasanya yang lembut,lembab dan gebu sekali,manisnya pun sedang elok...nak2 makan time lepas kuar oven...2 biji sekali ngap...meh tengok resipi bagi penggemar muffin nih..



BEST EVER BANANA MUFFINS
Sumber:AlongRoz@HomeKreation
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bilangan:1dozen

Bahan-bahan:

170gm pisang masak ranum dilecek-lebih kurang 3 biji pisang-saya guna pisang berangan
3/4 cawan gula-saya gantikan dengan gula perang
1 biji telur dipukul sedikit
1/3 cawan mentega dicairkan-saya guna minyak jagung
1 sdt baking powder*
1 sdt bic soda*
1/2 sdt garam*
1 1/2 cawan tepung gandum*(diayak)
Cip coklat secukupnya-optional





Cara-cara:

Lecek pisang hingga hancur-saya guna garfu jer.
Masukkan gula perang dan gaul hingga sebati.
Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan gaul sebati
Diikuti dengan minyak jagung juga digaul sebati.
Akhir sekali masukkan campuran tepung dan gaul hingga rata.
Adunan yang telah digaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan 3/4penuh .Taburkan sedikit cip coklat diatasnya.
Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit sehingga masak.
tadaaa... sesuai dihidangkan sebagai minum petang
sunggup lembut,moist dan gebuuu...




Jom Try Buat...

Monday 26 October 2015

IKAN BAWAL MASAK SAMBAL

Masa ke pasar minggu baru2 ni  geram tengok pelbagai jenis ikan yang segar2 semuanya.Salah satunya ikan bawal ni.Tanpa berfikir panjang terus rembat 1/2 kg ...dapatlah 3 ekor saiz yang sederhana ni.Selalunya bila ke pasar saya suka beli lauk untuk stok seminggu....senang keje...bila nak masak tu check dalam freezer lauk apa yang ada pastu baru mai idea nak masak apa.Kalau ikan bawal saya selalu masak tiga rasa,stim dan masak sambal jer....so kali ni decide nak buat simple jer la...masak sambal yang menjadi feveret penghuni rumah ni...alhamdulillah 3 ekor bawal tu selamat dikerjakan time makan tengah hari...

.

BAWAL MASAK SAMBAL
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

3 ekor ikan bawal dibersihkan,kelar2 skit dan lumur garam kunyit
8 ulas bawang merah*dikisar halus
3 ulas bawang putih*
1/2 labu bawang besar*
1 senduk cili kering kisar
2 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato

1 labu bawang besar potong memanjang
1  biji kapsikum- potong dadu
1 biji tomato- potong dadu
Sedikit air -lebih kurang 1/2 cawan
Garam,gula dan serbuk perasa


Cara-cara:

Goreng ikan bawal hingga masak.Ketepikan.

Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan 1/2 cawan air...diikuti dengan sos tiram,sos cili,garam,gula dan serbuk perasa.Biarkan mendidih sebentar.

Kemudian masukkan bawang besar,kapsikum dan tomato.Kacau sebati dan sesuaikan rasanya.

Masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng tadi.

Biarkan kuah menyaluti keseluruhan ikan bawal dan tutup api.

Bolehlah dihidangkan...
jom try buat....


Nota:
Pastikan kuahnya betul2 masak kalau tak rasanya cam pahit sebab bawang tu tak masak sepenuhnya.So kena masak lama skit kuahnya...gunakan api yang perlahan semasa menumis yerrr...

RENDANG AYAM SIMPLE

Salam semua...
Rendang Ayam Simple ni saya buat bersama2 dengan Pulut Kuning baru-baru ini, cuma tak sempat nak jadikan entry sebab bizi skit sehari dua ni.Ari ni baru rasa lega skit ,so bolehlah kongsi resipi dengan anda semua.Lama jugak tak buat rendang ni...selalunya masak untuk hari istimewa jer cam hari raya...tapi raya baru ni pun tak sempat nak merendang gak....Untuk kali ni saya buat dua ekor ayam untuk dimakan bersama pulut kuning.Saya sengaja buat rendang berkuah skit sebab nak cicah dengan pulut baru ngamkannn.Saya tak menggunakan resipi yang khusus...apa yang terlintas dalam kepala dan ada kat dapur tu jer la bahan yang saya guna ....walaupun resipi main bantai jer...tapi hasilnya power ahhh...jom semak resipinya.....


RENDANG AYAM SIMPLE
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

2 ekor ayam dipotong kecil
1 liter santan
15 ulas bawang merah*-kisar halus
4 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
2 sdm biji ketumbar*
1 sdm jintan putih*
1 sdm jintan manis*
3 senduk cili kering yang dikisar
2 keping gula melaka
2 keping asam gelugor
4 helai daun kunyit dihiris halus
5 sdm kerisik
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:


Tumis bahan yang dikisar serta cili kering hingga wangi.

Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dan.
 
Apabila ayam sudah kecut masukkan santan.

Masukkan kerisik,asam gelugor,gula melaka,gula pasir,garam, serbuk perasa dan gaul sebati.

Seterusnya masukkan daun kunyit
Sesuaikan rasa.Tutup api.Jika tidak mahu rendang agak berkuah, bolehlah masak sehingga rendang agak kering sedikit.

Siapppp...

Jom pekena rendang ayam ngan pulut kuning seround....




Jom Try Buat...