Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Friday, 5 February 2016

SANDWIC TUNA DAN TELUR SEDAP

Minggu lepas akhirnya berjaya juga saya buat sandwic ni....dah lama dok mengidam nak makan sandwic gabungan dua inti ni.....hasilnya memang terbaikkk...hari tu  keluarga saya makan sandwic sampai ke tengah hari...kiranya dok bantai sandwic ni le tak yah masak untuk lunch hohoho....makan 1 keping sandwic ni (3 layer) dah kenyang sangat....resipi ini adalah hasil BW saya ke blog enyabdullah.com  dan juga fizalgk.Saya amik resipi inti tuna (tuna veggies sandwic) dalam blog eny dan inti telur(Sandwic telur) dalam blog fiza....hasil gabungan dua inti tu jadilah Sandwic Tuna dan Telur Sedap nih....jika pembaca berminat dengan sandwic ni...leh tengok resipinya kat bawah ni...


SANDWIC TUNA DAN TELUR SEDAP
Sumber: enyabdullah.com,fizalgk
Olahan:MamaMia Kitchen


Untuk inti tuna

1 tin tuna di dalam minyak @ air garam (ambil isi shj)-saya guna tuna mayonis yang siap diproses
1 labu bawang besar diracik halus
1 batang karot disagat-saya guna 1/2 btg
1/2 batang timun dibuang biji dan dipotong halus
Beberapa biji cili padi jika suka-saya letak 1 biji cili merah dicincang halus
Sedikit lada hitam dan garam
3 sdb mayonis
Sedikit perahan lemon
Beberapa helai daun salad-saya tambah
Campurkan semua bahan2 inti dan gaul sebati

Inti telur

3 biji telur rebus
Timun-tak letak
Mentega
25 gm mayonis
Garam halus
Serbuk lada sulah

Hancurkan telur dengan garfu.
Masukkan garam,lada sulah dan mentega.



Antara bahan2 yang diperlukan



Sapukan mentega pada roti
ratakan inti tuna secukupnya
letakkan daun salad
sapu sekeping lagi roti dengan mentega dan letakkan diatas inti tuna tadi
ratakan inti telur pula
ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas inti telur lagi...
potong roti kepada dua bahagian secara menyerong...



Jom Try Buat....

Thursday, 26 November 2015

CUCUR UDANG ala-ala CUCUR KEMBUNG


Kala musim hujan dan cuti sekolah ni anak2 saya asyik nak makan jer....saya kena sediakan stok makanan yang banyak untuk jamu diorang ni...oleh sebab cuti sekolah ni maka saya juga banyak habiskan masa kat dapur...bermula dari sarapan pagi,makan tengahari hinggalah makan malam saya perlu masak sendiri.....tapi itu tak jadi hal..memang seronok sangat melayan kehendak anak2 dan juga hubby...kali ni saya sediakan Cucur Udang ala-ala Cucur Kembung yang diambil dari blog dunia cikguwan untuk sarapan pagi.Selain itu saya juga buatkan nasi goreng...mana nak kenyang kalau setakat makan cucur tu jer....Dah lama jugak saya CnP resipi ni...hari ni baru berpeluang merasa cucur udang yang bagi kami sekeluarga sangat sedap ni...terima kasih pada cikwan atas kesudian berkongsi resipi yang mudah ni...lain kali boleh buat lagi sebab bahan2nya pun senang jer..makan pulak time hujan... memang kena sangatlah....tapi yang saya musykil, cikwan punya elok jer mulat2 nyer...yang saya buat tak jadik camtu pulak.... takpelah yang penting rasanya sedap...meh semak resipinya pada sesiapa yang berminat ..


CUCUR UDANG ala-ala CUCUR KEMBUNG
Sumber:dunia cikguwan
Olahan semula:MamaMia kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 cawan air sejuk
1 sk garam
2 sk gula
1 paket udang kering-basuh bersih dan tumbuk lumat
5 tangkai pokok kucai dipotong pendek2
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong dadu-saya cincang halus


Cara-cara:

Sediakan bahan2..

Masukkan  2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk besar.Masukkan 2 cawan air panas,kacau rata dengan cepat.Tepung akan jadi masak dan jernih sedikit.Masukkan 1 cawan air sejuk dan kacau sebati jangan bergentel.Masukkan garam dan gula.Kacau sebati (garam dan gula boleh juga dimasukkan ke dalam air dahulu).Masukkan lebihan 1 cawan tepung gandum tadi dan kacau sebati.

Baru masukkan udang kering,daun kucai,bawang dan cili.Gaul sebati.

Ready untuk digoreng..

Sangat sedap dimakan dengan sos pencicah....



Jom Try Buat...






Saturday, 31 October 2015

MI GORENG SEDAP

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera semua.........
Kali ni saya nak kongsikan satu resipi yang ringkas jer.. iaitu Mi Goreng Sedap....sesuai untuk sarapan pagi. ataupun bila2 masa jer time tekak teringin nak makan mi goreng.....Walaupun saya rasa semua orang pandai masak mi goreng tapi ini stail saya la.Masaknya pun senang sangat...main campak2 jer...tak de rujuk mana2 resipi.Saya lebih suka menggunakan makanan laut sebagai lauk berbanding dengan ayam atau daging..sebab rasa karangan laut ini akan menyedapkan lagi mi yang kita goreng...kali ni kebetulan ada stok udang dalam freezer ..so saya campak udang ni dalam 12 ekor gak ler...rasanya perggh, power  weiii ....tambah pulak makan dengan cili jerukkk  ..so tak nak cakap panjang  ...kita terus tengok resipinya bagi sesiapa yang berminat dengan resipi Mi Goreng Sedap nih....



MI GORENG SEDAP
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
2 paket mi kuning (yang setiap satu 450gm) -bersihkan dan tos
12 ekor udang segar-buang kulitnya
12 biji fishball-potong 2
2 keping fishcake-potong nipis
4 ulas bawang putih-diketuk
4 sdm cili kering yang di kisar
5 helai daun kobis dipotong nipis*
Secekak tauge*boleh digantikan dengan sayur kesukaan anda
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji telur
2 sdm sos tiram
6 sdm kicap manis(Cap Kipas Udang)-boleh tambah
Garam,gula secukup rasa
Serbuk perasa-optional

Bahan sampingan:
Cili jeruk
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang yang dipotong kecil
Cili padi dipotong kecil
 


Cara-cara:



Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan cili kering sehingga wangi.

Kemudian masukkan udang dan kacau sekejap biar udang masak (bertukar warna).

Seterusnya masukkkan fishball dan fishcake .Kacau sebati.

Masukkan sos tiram,kicap manis,garam,gula dan serbuk perasa.Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sekejap hingga telur  separuh masak barulah dikacau sekejap.

Masukkan kobis,tauge dan tomato.

Akhir sekali masukkan masukkan mi yang telah dibilas dengan air sejuk.

Kacau sebati ,sesuaikan rasanya.Tutup api.

Sedia untuk dinikmati.

Jom Try Buat.....

Saturday, 3 October 2015

BIHUN GORENG SINGAPORE


Bila singgah di blog fizalgk...rambang mata rasanya... sebab banyak sangat resipi2 yang menarik untuk dicuba....saya telah mencuba beberapa resipi dari blog beliau dan ternyata hasilnya memuaskan.Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang menarik dan menjadi pulak tu...kali ini saya berkenan pulak dengan resipi Bihun Goreng Singapore nih...walaupun sebelum ini saya pernah memasak bihun goreng singapore tapi agak berlainan dengan resipi yang diberi oleh fiza....dan ternyata hasilnya tidak mengecewakan...selalunya untuk sarapan jarang saya masak 1 bungkus bihun...tapi kali ni guna 1 bungkus bihun....jalan terusss hahahaha....anak2 saya dan hubby menikmati sungguh bihun goreng singapore nih....walau pun begitu saya tidak berpuas hati dengan warna bihun yang saya goreng kali nih...selalunya bihun goreng singapore ni kaler putih...tapi disebabkan udang kering yang saya gunakan ini diletak pewarna maka warnanya agak  lain skit...tapi apapun rasanya tetap maintain....terima kasih pada fizalgk atas kesudian beliau berkongsi resipi yang sedap2 belaka...



BIHUN GORENG SINGAPORE
Sumber:fizalgk.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen

Bahan2:

Bahan tumis (dikisar)
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sdb udang kering

Bahan A
squid ball/fish ball-hiris-saya gantikan dengan sotong segar
Fish cake-hiris-tak letak sb tak de stok
Udang segar secukupnya

Bahan B
2/3 biji telur digoreng hancur-saya tak letak

Bahan C
Sawi-hiris nipis-tak letak
Kobis-hiris
Lobak merah-potong memanjang seperti bilah mancis
1 biji lada benggala dipotong memanjang-saya tambah

Bahan D
1 kiub ikan bilis
2 sdb lada hitam-ditumbuk
garam dan gula secukup rasa

1 bungkus bihun-saya rendam semalaman dengan air sejuk

Cara2:
 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

 Masukkan sedikit air dan masukkan bahan D ....
 Diikuti dengan bahan A
 Kacau sebati sehingga semua bahan mesra
 Masukkan bihun dan kacau sehingga semua bahan menyaluti bihun.

 Akhir sekali masukkan bahan C dan B dan masak hingga bihun sedikit kering dan tutup api.

siappp...


*Enak dihidangkan bersama sambal kicap iaitu kisar kicap manis kipas udang dengan cili padi dan bawang putih yang digoreng terlebih dahulu dan perahkan limau kasturi.
*Jika bihun agak keras sedikit boleh ditambah air sedikit demi sedikit.


Jom Try Buat...

Tuesday, 2 June 2015

NASI LEMAK PANDAN vs SAMBAL KERANG


Sesekali kalau buat kelainan bila masak nasi lemak ni ok gak.Asyik kaler putih jer....so kali ni saya buat kaler hijau pulak.Mula2 tu anak2 saya terkejut gak...selalu mama buat nasi kaler biru..nape ari ari ni kaler hijau plak....hihihihi....ermmm yang biru tu nasi kerabu nak oiii yang ni nasi lemak..cuma mama buat kaler hijau ari ni.......Semasa BW saya tengok ramai jugak blogger masakan buat nasi lemak pandan ni...terdetik di hati saya untuk  mencubanya....sebenarnya tak de la beza sangat ngan nasi lemak putih tu...cuma yang ni kita kena blender daun pandan supaya nasinya jadi kaler hijau....nampak menarik gituu... dan aroma daun pandan ni memang buat kita tak sabar nak menikmatinya.......nasi lemak pandan ni saya padankan dengan sambal kerang dan ayam goreng berempah...ermmm terangkat youuu....jom semak resipi kat bawah ni....




NASI LEMAK PANDAN vs SAMBAL KERANG
Sumber:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

2 cawan beras-cuci dan toskan
2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun pandan dipotong kecila dan kisar bersama 1/2 cawan air-tapis dan ambil airnya
2 ulas bawang merah-hiris
Sedikit mentega untuk menumis
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal



Cara-cara:
1.Panaskan mentega dalam rice cooker dan tumis bawang merah hingga wangi.

2.Masukkan air,air daun pandan,santan dan pewarna hijau.

3.Biarkan mendidih,masukkan beras dan garam.Kacau rata.

4.Alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan tanak seperti biasa.





Sambal Kerang

Bahan-bahan:

250 gm isi kerang
1 senduk cili kisar
1 cawan air- atau ikut kepekatan yang dikehendaki
7 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 keping gula melaka
Asam jawa/asam keping
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:

1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili  hingga wangi dan garing.Masukkan air.

2Apabila mendidih masukkan gula melaka dan gula,kacau sebati supaya sambal berkilat dan bewarna merah cantik.Biarkan sambal mendidih selama 10 minit.

3.Masukkan air asam jawa,garam ,serbuk perasa dan juga kerang.Kacau hingga sebati dan tunggu hingga pecah minyak.Sesuaikan rasa dan kepekatannya.Tutup api.


sambal kerang ni tak perlu terlalu cair atau pekat...yang sedang2 jer..

ngam sangat bila makan dengan nasi lemak pandan nih....


tambah2 bila ada ayam goreng berempah...

ermmmm.....dap.dapnyerr...





Jom Try Buat..

Monday, 1 June 2015

PULUT PAGI KELANTAN


Pulut pagi ni merupakan salah satu feveret saya.Malahan anak2 juga suka...selalunya pulut pagi ni orang makan time sarapan....tapi kalau nak makan tak ikut time pun tak pe....kalau dulu mak saya akan buat dua jenis pulut tuk sarapan..satu pulut kosong bersama ikan kering dan satu lagi pulut pagi nih...sebab saya akan merajuk kalau tak de pulut pagi nih....sebab ape...saya suka makan pulut yang manis...yang makan ngan ikan kering ni tak jeling dahh....tapi bila umur dah meningkat...maklumlah dan masuk 4 series ni....rasa suka plak makan pulut ikan kering nih....selalunya hubby akan beli jer pulut pagi ni untuk bekpes...senang kerja...sayapun dah banyak kali cuba buat pulut pagi ni...tapi asyik tak menjadi jer....sebab resipinya main agak2 jer....akhirnya jadi hidangan cik tong ..huhuhu.....lepas tu terus terpadam mood nak buat pulut pagi ni lagi.....namun tetiba jer ada mood untuk buat pulut pagi ni ....sebab saya rasa saya dah jumpa resipi yang pada naluri saya ni tepat...dan sememangnya ramalanku benar belaka....kerana pulut pagi yang saya buat menjadi dengan jayanya.....anak2 siap puji lagi...lembut,manisnya sedang elok...pendek kata memang sengih sampai ke telinga la.....disini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada tuan punya resipi iaitu cikguwan/duniacikguwan.blogspot atas perkongsian resipi yang mebeles ni... sudah lama saya tercari-cari resipi pulut pagi  yang menepati selera saya...akhirnya bertemu jua....terima kasih sekali lagi ye..izinkan pula saya share disini ye..




PULUT PAGI KELANTAN
Sumber:cikguwan/dunia cikguwan.blogspot
Olahan rasa:MamaMia Kitchen




Bahan-bahan:

600 gm beras pulut-saya guna 500gm
1 cawan air
1 ketul gula melaka-saya guna 3 ketul
1 senduk kecil gula
1 sudu besar air kapur
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat
1/2 cawan beras pulut disangrai- saya tak buat
1/2 biji kelapa parut putih


Cara-cara:

1.Rendam beras pulut paling kurang 30 minit .

2.Masak gula melaka, gula  dan daun pandan bersama 1 cawan air sehingga larut dan agak pekat sedikit.Tapiskan dan masukkan air kapur.Ketepikan.

3.Kukus pulut hingga naik wap(lebih kurang 15 minit).Agak dah masak pulut,keluarkan dan gaul dengan air gula melaka dan pewarna coklat.Gaul hingga semua gula melaka menyerap pada pulut.

4.Kukus sekali lagi sehingga naik wap (dalam 10-15 minit).Keluarkan pulut.Gaul dengan sudip hingga nampak cantik dan sebati.Siap.

5.Sangrai beras pulut hingga kekuningan.Siap.Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula.
(Sesetengah orang tak masukkan gula dan hanya letak garam-letak gula lebih sedap dan lebih lemak manis dan masin).



puteri tiga sebilik.....

makan sebijik dah kenyang...


*Semasa diarung/dikacau kali kedua, rasakan pulut tu...kalau  hendak manis lagi boleh tambahkan gula dan gaul sebati.




Jom Try Buat

Sunday, 3 May 2015

NASI GORENG THAI


Sarapan pagi yang paling mendapat sambutan dari anak-anak semestinya nasi goreng.Mereka akan makan berkali-kali sehingga habisss...kiranya memang tak pernah tak habisss...so kali ni saya cuba buat kelainan dengan masak Nasi Goreng Thai pulak....seperti biasa memang  terlajak larissss....resipi ini  hasil BW saya ke blog yatiememories....bila saya perhatikan bahan-bahannya terasa cam best jerr...dan sememangnya sedappp sungguh...kelainan nasi goreng ni ialah diletakkan pes tomyam,daun limau purut,serai dan lengkuas...tu pasal la kot diberi nama Nasi Goreng Thai..sebab semua bahan-bahan ni sinonim dengan masakan Thai kan...ok jom semak resipinya...sebelum tu terima kasih kepada kak yatie atas perkongsian resipi yang sedap ni...


NASI GORENG THAI

Sumber:yatiememories
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

4 cawan nasi sejuk
2 biji telur
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 sk pes tomyam/1 kiub pati ayam
1/4 cawan sayur campur-saya tak letak 
Karot dan kacang panjang-dihiris halus
2 sdb cili kisar
8 biji cili padi di tumbuk-saya potong kecil
2 helai daun limau purut-hiris nipis...saya siat2 kan saja
4 ulas bawang putih diketuk-saya tambah
2 sdb kicap manis
1 batang serai-hiris halus
1 sdk lengkuas-hiris halus -saya tak letak
10 ekor udang basah-terpulang nak letak berapa pun
Hirisan ayam
Garam,gula,
Serbuk perasa-saya tambah



Cara-cara:

1.Panaskan minyak.Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2.Masukkan bawang,serai,lengkuas,cili padi dan cili kisar.Goreng hingga naik bau.
3.Masukkan ayam dan kacau.Masukkan pula udang dan pes tomyam.
4.Masukkan sayuran,daun limau purut dan kacau rata.
5.Masukkan nasi,kicap,garam ,gula,serbuk perasa dan kacau rata.
6.Kacau hingga nasi berasap dan bau harum.Tutup api.


enak dimakan bersama keropok ikan




ermm yummy...



Nota:

Selepas selesai buat telur hancur...saya tumiskan bawang putih yang diketuk,masukkan bwang besar dan cili kisar...kemudian masukkan pes tomyam diikuti ayam dan udang...bila ayam dah masak baru saya masukkan bahan-bahan lain...terpulanglah pada anda nak ikut cara mana yang lebih selesa..



JomTry Buat....