Friday 25 September 2015

SALAM AIDILADHA 1436 H




 duduk dari tengah kiri adik bongsu,kakak yang nombor dua, emak dan saya
berdiri belakang tengah kakak yang nombor tiga...
 
 Alhamdulillah...Aidiladha tahun ini kami menyambutnya dengan meriah sekali.Saya bersama-sama dengan adik beradik yang lain berkongsi seekor lembu untuk dikorbankan kali ini.Bertambah indah sekali pabila kakak saya yang nombor tiga (tinggal di Penang) pulang beraya di kampung kerana ketika Aidilfitri lepas mereka sekeluarga beraya di Kedah rumah mentuanya.Jarang sekali mereka sekeluarga pulang beraya di kampung kalau raya haji disebabkan tuntutan kerja.Kebetulan pula Aidiladha kali ini jatuh dalam musim cuti  sekolah.Bayangkan seekor lembu kami sekeluarga kerjakan ....memang gamat habisss... tak nak citer panjang so... layan jer la gambar di bawah ni...


 my hubby dan ayah sempat posing dengan lembu yang bakal dikorbankan .... 

  alhamdulillah...selamat dikorbankan



 hubby sibuk membahagi2kan daging kepada 7 bahagian


 kakak dan emak sedara memotong daging untuk hidangan tengah hari nanti.. 

 menu tengah hari....daging singgang

 ni saya yang masak..gulai daging

 acar mentah

 paling mendapat sambutan....daging goreng kunyit

 tak lengkap hidangan andai tiada sambal belacan...

 selepas siap kerja2 melapah lembu... apalagi....makan ler

 
 set2 jung dapur jugak tidak ketinggalan menjamu selera di dapur...


 pagi raya kedua bekpes dengan mi sup gear box....memang powerlahhh










Tuesday 22 September 2015

KARI KEPALA IKAN MERAH


Kari kepala ikan salah satu  lauk kegemaran saya....pantang jumpa ikan segar pasti saya beli untuk masak kari...walaupun hubby dan anak2 lebih suka makan bahagian isi.Kepala ikan merah ni saya beli di tepi jalan jer dalam perjalanan selepas menghadiri satu majlis kahwin....bila saya tanyakan pada si penjual ikan mana dapat ikan yang segar2 semua ni..dia cakap ambik kat nelayan Pantai Sabak... patut le segar2 semuanya  selain beli ikan merah, saya juga beli sotong yang dikatakan oleh penjual ni kebanyakannya bertelur....ermmm menarik tu kalau rebus camtu pun dah sedap kalau sotong yang bertelur nih...... so petang tu jugak saya masak kari ni untuk dinner nanti....ada kengkawan saya tanya camna nak kasi sedap bila masak kari ikan...saya cakap kalau tak letak halba campur memang tak berapa nak kaw...yang lain2 tu macam biasa la....saya ni kalau makan nasi dengan kari kepala ikan...nasi amik sikit jer..sebab nak meratah keenakan isi ikan terutamanya isi kat bahagian pipi ikan sedappp sangat....sedar2 dah berlonggok tulang ikan kat dalam pinggan ...kikiki....ok jom semak resipinya




KARI KEPALA IKAN MERAH
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

Ikan merah (bahagian kepala)
4 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-mayang
4 sdm serbuk kari ikan
4 cawan santan-boleh tambah lebih
1 sdt halba campur
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah
2 biji tomato-potong baji
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Cara-cara:

Bersihkan kepala ikan dan toskan

Sediakan bahan2 yang diperlukan

Panaskan minyak..tumis bawang putih,bawang merah,halia,halba campur dan daun kari hingga naik baunya.


 Bila bawang dah garing masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.

 Masak hingga garing rempah kari sambil dimasukkan air asam jawa,garam dan gula.

Kemudian bila rempah dah betul2 masak masukkan kepala ikan.

Biarkan rempah tadi menyaluti keseluruhan kepala ikan...abaikan periuk yang comot tu sebab saya tersilap guna periuk kecil..seeloknya gunakan periuk yang besar supaya ikan tu tak patah.

Seterusnya masukkan santan.Kacau biar sebati.

Masukkan cili merah dan tomato, biarkan mendidih...sesuaikan rasanya dan tutup api.Jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan hancur.

sedia untuk di ngappp....





Jom Try Buat....


Monday 21 September 2015

BUBUR JAGUNG GULA HANGUS




Dah lama teringin nak cuba buat Bubur Jagung Gula Hangus ni bila terlihat dalam blog zulfadreamland ...tapi asyik tertangguh jer...nak tau jugak beza antara bubur jagung biasa dengan bubur yang guna gula hangus nih.Akhirnya berjaya jugak buat selepas borong jagung mutiara kat Cameron aritu...dah puas makan jagung rebus kita try la pulak wat bubur.Ermm memang ada kelainan bubur ni sebab rasa cam pahit2 skit...kalau nak kelainan tu bolehlah cuba tapi anak2 saya tak berapa suka...diorang lebih suka bubur jagung yang guna nise berbanding gula hangus ni, diorang ceduk isi jer kuahnya tak amik...tapi saya ok jer... memang suka sangat nak try resipi yang lain dari yang lain....pastu sekadar nak rasa..kan kalau tak cuba, tak tahu camna rasa erkk...saya cuma buat 3 tongkol jer untuk percubaan...tapi habis jugak akhirnya....saya ler yang tukang perabihnya kikiki...kalau pembaca diluar sana nak try  camna rasa gula hangus bila dibuat bubur ni resipi kat bawah yer....citarasa orang tak sama kan..sebab sedap itu subjektif ....




BUBUR JAGUNG GULA HANGUS
Sumber:zulfadreamland.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

1 cawan gula -dihanguskan sehingga warna perang gelap tapi bukan hangit.Masukkan 1 cawan air mendidih perlahan2.Gunakan senduk kayu untuk kacau gula hingga cair.
5 tongkol jagung-saya guna 3 jer (hiris nipis)
5 cawan santan-guna 3 cawan jer
1/2 cawan sagu dibasuh dan toskan- saya letak 2 sdm
1 helai daun pandan dicarik dan simpul
Sedikit garam

Cara2:
Satukan semua bahan.Masak hingga mendidih.Kacau selalu agar santan tak pecah minyak.Rasa manisnya.Jika kurang manis boleh tambah gula secukup rasa.


 
jagung mutiara yang saya borong kat Cameron






Jom Try Buat...

BABY KAILAN GORENG DENGAN SOS TIRAM



Kali ni saya nak kongsi  satu resipi yang simple jer....baby kailan goreng dengan sos tiram.... ermmm memang tak sah kalau tak borong sayur selain stroberi dan jagung kalau ke Cameron...saya memang borong sakan sayur yang fresh dan murah cam baby kailan,lada benggala dan brokoli sebab reganya sangat murah.Oleh kerana kami sampai kat TM dan lewat petang maka untuk dinner saya masak yang simple jer....tumis sardin,telur dadar dan baby kailan goreng....oleh kerana sumer dah lapar kejap jer licin...tapi saya cuma ratah baby kailan jer....dietlah katakan huhuhu.....tapi baby kailan ni memang terasa manis dan rangup sangat...nyesal lak goreng sikit tadi....citer pasal baby kailan ni sebenarnya saya pun musykil kenapa la sayur ini diberi nama baby kailan...sedangkan" mak" nyerr yang sebenarnya adalah daripada pokok kobis bulat tu jer...masa saya kecik2 ayah saya pernah tanam pokok kobis ni...bila kobis dan berketul maka kobis ini akan dipotong dan tinggal tunggulnya sahaja...daripada tunggul inilah akan tumbuhnya tunas2 baru disekelilingnya  dan dalam masa beberapa hari akan dipetik tunasnya.....tau2 jer dipanggil baby kailan.... mungkin rupanya yang seakan2 kailan sebab tu ia di panggil babykailan....ok kita tinggalkan dulu kisah baby kailan ni...mari kita lihat camna lak nak goreng baby kailan yang sangat sedap ni....

BABY KAILAN GORENG DENGAN SOS TIRAM
Oleh:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:

1/2 pek baby kailan (siap packing dalam plastik tu)
6 ekor udang segar-dibuang kulit 
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar di potong memanjang
1/2 biji lada benggala merah-boleh digantikan dengan 1 biji cili merah(hiris memanjang)
3 sdm sos tiram
sedikit air
garam,gula dan serbuk perasa(optional)


Cara-cara:



 Cuci sehelai demi sehelai baby kailan dan toskan.Potong dua mana2 daun yang agak besar.


 Panaskan minyak.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

 Masukkan udang dan gaul sebati.


 Masukkan sos tiram dan gaul bersama udang biar mesra.

 Kemudian masukkan lada benggala,sedikit air,garam gula dan serbuk perasa

Akhir sekali masukkan baby kailan,gaul biar mesra sekejap jer sesuaikan rasanya.Tutup api


siappp....ratah giteww jer pun sedap




Jom Try Buat...

Sunday 20 September 2015

Cuti-cuti Malaysia Cameron Highlands


Cuti sekolah dah pun bermula....so apalagi bawak anak-anak pegi bercuti la...kali ni kami sekeluarga amik angin sejuk di Cameron Highlands...agak lama jugak le tak ke CH..kali terakhir pegi tahun 2013...anak perempuan saya dah beberapa kali ajak pegi jenjalan kat CH ni...tetapi kami menunggu masa yang sesuai jer...kalau pegi CH ni saya lebih suka pegi pada cuti hari minggu ...bukan ape tak ler jammed teruk..kalau time cuti sekolah ni paham-paham jer lah seluruh Mesia dok serbu kat sini...namun kali ni kami memilih tuk pegi time awal cuti sekolah...ari Jumaat dah start cuti ...negeri2 lain masih lagi sekolah...so tak le jammed lagi.Kami bertolak jam 8.30 pagi...mula2 tu janji nak konvoi 3 buah keta...iaitu kawan2 sekolah hubby...last minit yang sorang tu ada hal  pulak..so kami pegi dua buah keta jer la...kul 1 tghari tiba kat CH....wow banyak sangat perubahan kat sini  terutamanya bangunan2 komersial bagai cendawan tumbuh selepas hujan....ermmm terasa nyaman sangat dapat sedut angin sejuk nih....kali ni kami duk kat apartmen 3 bilikdi Tanah Rata.... ermmm selesa sungguh, nak masak pun boleh sebab disediakan peralatan memasak yang lengkap... siap dengan kuali,periuk belanga, fridge,periuk nasi,dapur gas dan iron pun adaa ...tuan rumah dah cakap tok sah risau ler sebab dia cuma sewakan apartmen ni untuk yang beragama Islam jer...mula2 tu curiga gak le kan.....lagipun pemiliknya ore Kelate...so meme tak dok hal lah...sebelum2 ni dok kat hotel jer....memang jauh bezanya.....pasni kalau nak datang CH lagi ...memang  nak booking apartmen ni.....reganya jauh lebih murah berbanding kat hotel...kalau hari biasa RM 180..time cuti sekolah  atau hari minggu RM250 semalam...memang berbaloi sangat.. Kali ini kami pergi ke tempat yang baru dibuka iaitu di Taman Lavender...kalau tak silap saya dekat dengan Tringkap...memang terpukau dengan keindahan pelbagai jenis bunga2 yang tak jemu mata memandang......siap petik buah stoberi lagiiii.......tempat2 lain tu macam biasa la ..kami ke Taman Agro Teknologi Mardi makan aiskrim stoberi dan borong jem stoberi sebagai ole2 kat jiran2.....menikmati  permandangan ladang teh di Cameron Bharat .... lepas tu bawak anak2 borong keychain kat pasar malam.... ...otw nak balik tu tu...acara wajib singgah di Kea Farm borong jagung mutiara dan pelbagai sayuran segar serta borong sakan buah stroberi yang fresh sangat....   sebab hajatnya nak wat asikrim stoberi.......kami pegi semalaman jer ,ari Sabtu dah balik....sebab banyak sangat  jemputan kenduri kawin time cuti sekolah nih...tu pun yang ari Sabtu tak sempat  pegi...sampai umah dah petang...so dah penat tak de mood nak pegi tempat kenduri ....lagipun bermula Ahad dah ada tempahan kuih  untuk majlis kenduri.....ok lah tak mau celoteh panjang sangat...jom layan gambar2 yang sempat dirakam sepanjang berada di CH....zassssssss...

apa2 pun posing dulu weiii

layan anak2 makan aiskrim stoberi kat Tmn Agro Teknologi Mardi

Damia geram nak petik buah stoberi

ladang teh Cameron Bharat

penat round ladang teh...pekena teh ais ....Damia lak sibuk dok layan Oreo CheeseCake

 Skon dan Oreo CC kat cafe ladang teh Cameron Bharat...sedap Skon tu tambah plak makan dalam cuaca sejuk

cadang nak beli pokok morning glory......lepas tinjau2 tak beli pun....hihihi

memula sampai kat  Taman Lavender ni...posing dulu

menikmati asikrim stoberi kat Taman Lavender...serius sedappp...tambah2 makan bersama buah stoberi fresh

petik stoberi kat Taman Lavender ...

posing dulu sebelum bayar.....anak2 dah tak sabar nak ngappp......
terasa cam duk di ober sea la weiiii....cantik sesangat

Damia dan Faris dah tunjuk muka keletihan lepas "tawaf" kat Taman Lavender nih.....

bunga kekwa yang pelbagai warna memang lawoooooo

boleh petik sendiri...RM 2sekuntum...

bunga kekwa yang pelbagai warna memang menarik minat sesiapa saja...