Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, 27 January 2017

DAGING JERUK GORENG


Seumur hidup saya,ini kali pertama saya makan daging jeruk...hihihi jakun kah akuuuu???.... daging yang dipotong nipis,dijeruk dengan perahan limau kasturi dan garam...hanya goreng dengan bawang besar dan cili padi,dimakan dengan nasi putih memang sedap dan membuka selera.... rupa2nya  memang sedap daging jeruk ni....tambah2 kalau makan dengan nasi panas2...tak de lauk lain pun ok dah..cukup dengan satu lauk ni jer....semuanya bermula bila saya tengok dalam fb ada seseorang telah kongsikan resipi daging jeruk...tengok gambarpun sungguh menyelerakan...bila saya buat, semua anak2 saya sukakan lauk ni...kiranya  lepas ni masuk list dalam menu utama keluarga kami la..bila saya kongsikan dalam fb ramai kawan2 yang telah mencubanya dan memuji kesedapan daging jeruk ni ...so saya kongsikan disini pula supaya semua orang boleh mencuba resipi yang memang power ni...mana tau kot2 dah buntu dok fikir nak masak kann...

DAGING JERUK GORENG
Sumber:Pn.Yuss Aisya n Rafiza Idayu
Olahan semula:Mamamia

Bahan-bahan untuk menjeruk:
Daging
Garam halus
Limau kasturi dibuang biji
Bekas plastik

Cara-cara:
1.Potong daging nipis2 biar sama saiz.Letak dalam tapis untuk menapis air lebihan.
2.Potong daging dalam keadaan separa beku supaya senang untuk memotongnya.
3.Daging yang sudah dipotong nipis tidak perlu dibasuh,hanya basuh ketika seketul besar...tujuannya supaya manis dan nutrisi daging tidak larut dalam air.
4.Susun daging dalam bekas,tabur garam rata ke seluruhan daging.
5.Perahkan limau ke serata daging.
6.Susun lagi daging dilapisan seterusnya.Taburkan garam dan perah limau.Ulang hingga habis.
7.Setelah habis masukkan limau yang telah diperah tadi,masukkan dalam peti sejuk di bahagian chiller.Tunggu seminggu baru jeruk daging sedap dimakan.

daging yang telah dihiris nipis,toskan untuk membuang lebihan air
potong limau kasturi dan buang bijinya
setelah siap melapis daging..masukkan kulit limau tadi ke bhg atas daging
simpan di bahagian chiller selama seminggu
 
 goreng dengan bawang besar dan cili padi memang uumpphhhh...

 Jom Try  Buat.....




Saturday, 13 February 2016

DAGING BLACK PEPPER

Permintaan daripada hubby nak makan Daging Black Pepper....hubby ni sebenarnya tak berapa suka  sangat makan daging....tiap2 minggu asyik beli ayam jer....ntah kenapa tetiba nak makan masakan daging pulok...sebenarnya saya dah ada beberapa resipi Daging Black Pepper dan bermacam2 versi...kali ni nak try resipi yang lain pulak...saya berkenan dengan resipi Daging Black Pepper dari blog dapurkyah.blogspot....nampak kelainan dalam resipi ni sebab daging perlu diperap seketika sebelum ditumis....dannnnn hasilnya tidak mengecewakan sebab mendapat pujian dari hubby dan anak2...kalau ikut selera saya....lebih suka Daging Goreng Kunyit jer.....tapi demi permintaan hubby saya ikut jugaklah.... seronok tengok dia dan anak2 menikmati Daging Black Pepper nih....terima kasih kepada kyah atas perkongsian resipi yang enak ni...nak try jugak????meh tengok resipi kat bawah nih...


Sumber:daridapur kyah.blogspot
Olahan:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
 1/3 kg daging-dipotong nipis,cuci dan toskan-saya guna 1/2kg
1 sdt lada hitam ditumbuk
3 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka-saya letak 1 sdt
Kisar bahan yang bertanda*


Bahan tumis:
1 inci halia dimayang
1 labu bawang besar dipotong bulat-saya potong memanjang
1 biji lada benggala-saya gantikan dgn cili merah dipotong dadu
Sedikit karot dipotong memanjang
1-2 sdt lada hitam ditumbuk-saya letak 1sdt
1 sdb sos tiram-letak 2sdb
2sdb kicap manis-letak 4 sdb
1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa-saya tambah

Cara membuatnya:

 potong nipis daging,cuci dan toskan
 perap daging seketika
 sediakan bahan2 tumis
 bancuhan tepung jagung
 panaskan minyaktumis halia hingga wangi,masukkan daging dan tutup supaya cepat empuk.Kalau nampak kering minyak tambah sedikit air.
 Bila daging telah empuk masukkan sos tiram,kicap,lada hitam dan serbuk perasa.Kacau biar sebati.
 Masukkan cili merah,karot dan bawang besar

 akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung...sesuaikan rasa dahulu sebelum tutup api
 enak dimakan dengan nasi panas...

Jom Try Buat...

Tuesday, 24 November 2015

RENDANG DAGING

Rendang Daging ini saya sediakan sempena anak lelaki saya Zaim berkhatan baru ini .Saya masak sebanyak 2 kilo daging lembu untuk dimakan bersama dengan pulut kuning, untuk resipi pulut kuning sila rujuk disini....saya jarang masak rendang kalau hari biasa..hanya buat time tertentu jer...tapi rasanya tetap sedap walaupun jarang2 buat...huhuhu....anak perempuan saya berulang2 kali makan pulut kuning ni cicah rendang daging...kebetulan adik ipar yang bekerja di KL pulang bercuti dan bertandang ke rumah kami.Sempatlah mereka menjamu selera dengan rendang dan pulut kuning yang saya buat ni...sebelum mereka  pulang  saya bekalkan juga untuk MIL.
Rendang daging yang saya buat ni tak ikut mana2 resipi pun...main letak jer bahan2nya ikut terlintas dalam kepala..sebab dah boleh agak bahan2 asas untuk masak rendang ni.... walaupun saya buat 2 kilo daging tapi resipi kat bawah ni untuk sekilo daging jer tau...kalau nak masak lebih cuma gandakan sahaja bahan2nya...jom semak resipi rendang yang saya masak ni


RENDANG DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu dipotong kecil
1 kg santan 
15 ulas bawang merah*
5 ulas bawang merah*
15 biji cili kering-potong kecil dan rendam air panas sekejap*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 batang serai*
kisar halus bahan yang bertanda *
2 sdm biji ketumbar
1 sdm jintan putih
1 sdm jintan manis
Sangai ketiga2 bahan diatas hingga wangi kemudian kisar halus
4 helai daun kunyit dihiris halus
5 helai daun limau purut dicarik2kan
1 keping asam gelugor
1 keping gula melaka
5 sdm kerisik
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara menyediakannya:

Potong kecil2 daging,cuci dan toskan.

Sangai biji ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga wangi dan kisar halus.

Bahan2 yang telah dikisar halus.

Panaskan minyak dan tumislah bahan kisar hingga wangi.

Kemudian masukkan daging dan kacau sebati.

Masukkan bahan2 rempah ratus yang dikisar tadi.Masaklah hingga keluar air daging.

Bila daging sudah kecut dan airnya hampir kering barulah dimasukkan santan.Kacau sebati...masukkan asam keping,gula melaka,garam gula,serbuk perasa dan masaklah selama 20 minit.

Bila rendang dah agak pekat masukkan daun kunyit,daun limau purut dan kerisik.Gunakan api yang kecil dan biarkan merenih selama 30 minit hingga kuahnya agak kering sedikit.Time ni perlu sentiasa kacau rendang supaya tidak hangit tau...
 
Sesuaikan rasa...agak2 dah hampir kering kuahnya tutup api.Saya sukakan rendang yang basah2 skit...kalau nak rendang yang kering kacau lagi hingga menepati citarasa masing2.

Dah siappp..
Wallla....memang ngam sangat makan dengan pulut kuning....



Jom Try Buat...

Friday, 20 November 2015

BERGEDIL DAGING

 
Cuti sekolah sudah pun bermula....terasa lega sangat dapat berehat sebentar dari  pelbagai tugasan disekolah. Bagi saya time cuti sekolah nilah masa tuk buat eksperimen pelbagai jenis resipi yang saya simpan tapi tak berkesempatan untuk mencubanya lagi.Kali ni saya buat Bergedil Daging...sebelum ni dah banyak kali saya buat bergedil ni terutamnya kalau buat soto...bergedil ni wajib ada...kalau time rajin ler...kalau dah malas tak buat pun hihihi....memandangkan stok daging  dan ubi kentang ada kat dapur, tu pasal la tiba2 rajin nak buat begedil ni...tapi tak buat sotopun makan gitu jer cicah ngan sos cili...sedap sangat.Teringat lagi kenangan masa first time buat bergedil ni...masa tu saya amik resipi dalam majalah...bila goreng tu bergedil saya habis pecah bersepai...memang frust sangat...tapi pengalaman itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba resipi yang lain.Akhirnya saya berjaya membuat bergedil yang elok dan sedap pulak tu...Kali ini saya teringin mencuba resipi bergedil daging yang diambil daripada blog ceriteraibu..Bila saya perhatikan bahan2 dan cara membuatnya yang simple membuatkan saya berkenan untuk mencubanya.Alhamdulillah berjaya saya membuatnya dengan sempurna sekali.Tapi saya ada jugak buat beberapa penambahan bahan2 berdasarkan petua2 untuk membuat bergedil yang elok dari beberapa blog yang saya ikuti.Antaranya blog selerakakasma yang memberi tips supaya ubi kentang perlu direbus bukannya digoreng jika inginkan bergedil tidak pecah...serta ditambahkan sedikit tepung jagung.Sementara Azie Kitchen pula memberi tips supaya tidak membalik2kan selalu bergedil semasa menggoreng supaya tidak pecah.Terima kasih pada anda semua yang sudi berkongsi resipi serta cara2 untuk menghasilkan bergedil yang perfect.... ternyata anak2 saya cukup menggemari bergedil ni...




BERGEDIL DAGING
Sumber:ceriteraibu.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:(20 biji)

4 biji ubi kentang saiz sederhana-saya guna 5 biji
250 gm daging cincang-saya guna 350gm daging lembu segar yang dikisar
2 biji telur-asingkan kuning dan putih telur.
1 labu bawang besar dipotong dadu
Secekak daun sup/bawang/kucai dipotong kecik2-saya guna daun sup dan daun bawang
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk lada hitam
3 sdb tepung jagung-saya tambah
2 sdm bawang goreng-saya tambah
Garam


 
Cara membuatnya:

 Potong dadu bawang besar dan potong kecil daun sup dan daun bawang.

 Kupas kentang dan potong kecil.Rebus sampai empuk dan toskan.Masukkan ke dalam bekas, lenyek semasa panas2 bersama2 lada sulah,lada hitam dan sedikit garam.Saya lenyek menggunakan belakang gelas.

 Goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak dan ketepikan.

 Satukan semua bahan ke dalam ubi kentang yang dilenyek tadi..ingat hanya masukkan kuning telur sahaja.

 Gaul sebati.

 Bentukkan adunan bulat2 dan leperkan.Buat sehingga habis adunan.

 Panaskan minyak,tidak perlu terlalu banyak agak2 tenggelam separuh bergedil sahaja.Pastikan minyak betul2 panas.Celupkan bergedil ke dalam putih telur dan masukkan dalam kuali.Agak2 sebelah bawah dah garing baru diterbalikkan.

 Siappp..

Saya dapat sebanyak 38 biji so ....sebahagian lagi saya goreng separuh masak dan simpan kat freezer.Bila nak makan cuma goreng sekejap jer...



Jom Try Buat

Saturday, 31 October 2015

DALCA DAGING




Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi mengunjungi blog saya 
 
 Baru2 ni kami semua sepakat untuk mengadakan pot luck di bilik guru.Almaklumlah sekarang ni keja kami dah tak banyak sangat bagi guru2 yang mengajar tingkatan 3...sebab PT3 sudahpun berakhir cuma tinggal nak semak kertas jer...tapi itu tidak menghalang  hajat kami untuk buat makan2 nih.Selalunya saya suka sediakan dessert saja tapi kali ni berubah angin pulak...nak masak lauk..memandangkan daging korban masih ada skit lagi kat dalam freezer tu membuatkan saya terfikir untuk buat Dalca Daging...malam tu saya dah masak siap2 cuma pagi esok jer saya kena bangun awal untuk panaskan balik dan letakkan sayur jer...kalau letak awal2 nanti sayur tu dah lembik dan  dah tak sedap bila dimakan.Ramai kawan2 yang puji sedap sangat dalca yang saya masak tu...sampaikan ada sorang cikgu tu  cakap sebijik cam masakan arwah ibunya membuatkan dia  tiba-tiba teringat akan masakan arwah ibunya...alahai terharunya...sebenarnya bukan pujian yang saya harapkan cuma niat nak jamu kawan2 makan jer....macam biasa saya ni masak main ikut gerak hati jer..tak de ikut mana2 resipi...berdasarkan pemerhatian saya semasa tolong mak masak kat dapur jer...alhamdulillah boleh saya praktikkan ilmu ni bila dah berkeluarga....jom lihat resipinya


DALCA DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu tempatan-dipotong kecil,cuci dan toskan
2 liter santan
10 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
3 sdm rempah dalca dibancuh bersama sedikit air panas
1 keping gula melaka
2 keping asam gelugor
Garam ,gula secukup rasa

Sayur-sayuran:
2 biji terung dibelah dua dan potong serong
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 batang karot dipotong batang mancis
15 biji kacang bendi
1 paket jagung muda-dipotong serong


Cara-cara:


Potong daging kecil2 ,basuh dan toskan.

Bawang merah,bawang putih,halia yang telah dimayang bersama rempah dalca.

Bancuh rempah dalca dengan sedikit air panas dan kacau biar sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang hingga kekuningan dan garing.

Masukkan rempah dalca dan kacau hingga sebati.Rempah ini perlu ditumis agak lama sedikit supaya betul2 masak..boleh tambah sedikit air jika agak kering dan gunakan api kecil lebih kurang 10-15 minit.Perlu kacau sentiasa supaya rempah ini tidak hangit.
 
Seterusnya barulah masukkan daging.Gaul sebati supaya rempah menyaluti daging.Masaklah sehingga air daging tinggal sedikit sahaja dan daging kelihatan kecut..juga perlu sentiasa dikacau...

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih..kecilkan api dan bolehlah dimasukkan garam,gula,asam gelugor,gula melaka.Masaklah selama 20 minit supaya daging benar2 lembut.Sesuaikan rasanya...jika ingin dimakan terus bolehlah dimasukkan semua sayur-sayuran yang keras dahulu barulah diikuti sayur lembut yang paling akhir....

Sayur-sayuran yang saya gunakan.

Potong karot seperti batang mancis dan jagung secara menyerong.

Siap....untuk dibawa ke sekolah.



Jom Try Buat......