Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Tuesday, 26 January 2016

CENCARU MASAK SWEET SOUR

Alhamdulillah......akhirnya kali ni baru berpeluang update blog......bila dah start sekolah memang banyak sangat kerja yang perlu dibereskan.....sampaikan nak jenguk blog pun tak terbuat......sekarang ni baru lega skit.....kali ni saya nak kongsikan resipi  Cencaru Masak Sweet Sour....buatnya minggu lepas ...simpan dulu gambar dalam folder...rasanya memang sangat sedap...nak2 kalau makan ngan nasik panas2...bagi mereka diluar sana yang buntu dok fikir nak masak lauk apa untuk hidangan tengahari ni bolehlah try resipi ni...jom semak resipinya


CENCARU MASAK SWEET SOUR
Oleh:MamaMia Kitchen


 

 Bahan-bahan:

 4 ekor ikan cencaru dibelah  belakang dan dilumur dengan garam kunyit.Saya belah kedua2 belakang supaya nanti kuahnya akan meresap ke dalam ikan nih...

 Goreng hingg masak dan ketepikan.

 Kisar 8 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,kunyit hidup sebesar ibu jari,halia sebesar ibu jari,2 helai daun limau purut dibuang urat dan dipotong nipis serta sedikit belacan hingga halus.Kalau ada serai boleh letak 1 batang...lagi mengancam baunya masa tumis nanti....saya tak letak sebab tak de stok..

2 biji limau kasturi...kalau takde boleh gantikan dengan 2 keping nenas dicincang halus.Limau ni saya amik kat umah mak...tiap kali balik kg mesti kutip limau ni untuk buat stok dalam masakan...

 1 biji tomato dipotong dadu,2-3 helai daun limau purut,1 labu bawang besar dipotong tebal dan 2 biji limau kasturi dibelah dua dan buang bijinya tau...
 Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau...masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya.Kacau rata...biarkan mendidih seketika.Masukkan daun limau purut,tomato,bawang besar dan limau kasturi...kacau biar semuanya sebati...
Akhir sekali masukkan ikan cencaru yang telah siap digoreng tadi...balik2kan ikan tu supaya mesra dengan kuah..tutup api..
Sedia untuk dihidangkan...



Jom Try Buat...

Wednesday, 30 December 2015

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

Dah lama sangat tak pekena masak lemak cili api ni.....lagipun lauk ni bukan menu utama bagi kami orang Kelantan ni...tapi saya ni kira ok la..semua makan... jenis lauk pauk ataupun makanan yang bukan berasal dari Kelantan.Mungkin pengalaman saya semasa belajar kat USM dulu...tinggal kat rumah sewa yang mana penghuninya datang dari pelbagai negeri...Melaka,Negeri Sembilan,Johor,Kedah dan banyak lagilah....maklumlah dok ramai2 (13 orang )..ni kes nak jimat bayar sewa umah hihihi...so daripada merekalah kekadang saya belajar memasak..contohnya buat asam pedas melaka,soto dan banyak lagilah....bila hubby bawak pulang ikan tenggiri tu saya teringin nak buat masak lemak cili api....walaupun saya dah boleh agak bahan2 dan cara membuatnya tapi saya cari juga resipi ni kat blog....dalam banyak2 resipi tu saya berkenan resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili  Api kat blog Dari Dapur Maklong....tapi saya kurangkan penggunaan cili api...kesian pulak kat budak2 tu...walaupun sebenarnya lagi pedas lagi kaww...tapi saya terpaksa suaikan resipi ni mengikut citarasa penghuni rumah saya...walaupun begitu hasilnya memang sedap....anak2 saya  suka sangat ,makan nasi semuanya bertambah2....hubby pun dok puji sedap....ermm lepas ni bolehlah acap sikit masak lemak cili api ni dok....terima kasih pada aidahjune.blogspot atas perkongsian resipi yang superb nih....meh lihat resipinya..


IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API
Sumber:Dari Dapur Maklong 
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan2:
1/2 kg ikan tenggiri-potong 3
1 genggam cili api merah-saya letak 3 biji cili siam *
2 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia-saya skip*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik-saya letak 2 batang
1 mangkuk santan pekat-saya guna RM2 santan segera
1 mangkuk air
1 keping asam keping-saya letak 2 keping
Garam,ajinomoto
Gula-saya tambah
1 biji tomato dibelah 4-saya tambah
*Bahan yang perlu dikisar-jangan kisar terlampau halus yer....biar kasar2skit




Cara menyediakannya:

Potong ikan tenggiri,bersihkan dan tos.
Bahan2 yang perlu dikisar....kecuali tomato.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama semangkuk air...biarkan mendidih.
Bila mendidih masukkan ikan,serai,asam keping,garam,gula dan ajinomoto.
Bila ikan telah masak,masukkan santan dan buah tomato...kecilkan api dan biarkan santan mendidih sekejap.Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas2...




Jom Try Buat..

Friday, 18 December 2015

SAMBAL SARDIN LIMAU KASTURI

Tatkala menjengah ke blog intai-intaidapurfha hati terpaut pada resipi Sambal Sardin Limau Kasturi...saya pasti semua orang padai masak sambal sardin ni ..tapi mengikut versi masing2 lah kan...begitu juga dengan saya...kalau masak sardin ni main campak2 je...kekadang rasa ok..kekadang tu tak ok..tapi anak2 saya dan hubby main bedal jer...kalau masak satu tin yang sederhana tu cukup untuk sekali makan jer...hubby merupakan penggemar tegar ikan sardin nih....tu pasal tiap kali nak beli barang dapur dia akan pastikan stok ikan sardin ni wajib ada....kalau tak masak sambal selalunya buat sandwich...ataupun inti karipap....saya cukup suka makan karipap inti sardin ni...berbalik pada resipi Sambal Sardin Limau Kasturi ni bila saya baca penerangan yang diberi rasa cam best jer...lagipun tak pernah lagi letak limau kasturi dalam sambal sardin ni...ermm musti coba ni...first time saya masak tuk makan tengahari, hubby cakap sedap sangat...memang betulpun sedap sebab rasa limau kasturi tu serta aromanya memang membuka selera kami sekeluarga....terima kasih bebanyak pada FHA kerana berkongsi resipi ni...walaupun simpla tapi sedap sangat...pasni kalau nak masak sambal sardin pasti guna resipi ni dahhh....jom semak resipinya


SAMBAL SARDIN LIMAU KASTURI
Sumber:intai-intaidapurfha
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan2:

Bahan A:
Sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 ulas bawang merah dihiris nipis


Bahan B:
15 biji cili kering-blend halus
1 tin ikan sardin saiz sederhana (Guna Ayam Brand lagi sedap)
3 biji limau kasturi dibelah 2 dan buang biji
1 labu bawang besar dihiris tebal
6 biji cili padi-saya letak 3 biji je
Garam
Gula,serbuk perasa-saya tambah


Cara-cara;

1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A hingga keperangan.
2.Masukkan cili kisar,biarkan ia mendidih seketika.
3.Masukkan sardin bersama sos tomato (sedikit sahaja)-saya masukkan semuanya,belahan limau kasturi (tak perlu perah jusnya),bawang besar,cili padi ,garam gula dan serbuk perasa.
4.Masak sehingga mendidih.Kecilkan api sedikit,,biarkan sambal sedikit kering dan terbit minyaknya.Tutup api.








Jom Try Buat...

Saturday, 12 December 2015

IKAN BUDU GORENG BERSAMA TELUR

Ikan budu ni merupakan hidangan bermusim..maksudnya ia tiada pada musim lain exceptional moonsun season.Ikan budu atau salted fermented fish adalah salah satu cara orang Kelate dahulu kala preserve makanan laut bilamana untuk turun ke laut adalah mustahil kerana laut bergelora dan angin kencang.Cara nak buat ikan budu sama ja dengan sos budu.Yang membezakan antara keduanya adalah sos budu menggunakan ikan bilis manakala ikan budu menggunakan ikan bersaiz sederhana macam ikan kembung,selayang dan lain2.Nak beli ikan budupun ada skill tertentu jugak, sebab bukan semua ikan budu yang dijual berkualiti dan sedap.Kena pandai tengok teksturnya.Ikan budu ni tak dimakan begitu saja.Typical Kelantanese selalunya akan goreng ikan budu ni dengan telur...  ermmm panjang sungguh mukadimah kali ni.....kredit to maafsebut.blogspot kerana telah memberi penarangan yang panjang lebar ni....... cara nak menggorengnya pulak ada bermacam2 versi. Ikan budu goreng bersama telur ni memang menggamit kenangan semasa saya kecik2 dulu.Kalau musim tengkujuh boleh dikatakan lauk ini selalu menjadi hidangan  utama kami sekeluarga kerana ia menjimatkan...tak perlu lauk lain dah....cukup ngan ikan budu  goreng bersama telur  ni jer...maklumlah ayah saya cuma kerja kampung....emak pula hanya suri rumah, kami lima beradik perlu terima seadanya apa yang dihidangkan.. tak boleh nak ngada2.......ok berbalik kepada cerita ikan budu goreng bersama te;ur ni adalah disebabkan saya telah membeli 2 ekor ikan budu ni semasa pergi ke Pasar TM....niat tu bila hujan turun mencurah2 baru nak goreng ikan ni...kalau time panas tak best makan ikan budu nih....akhirnya hari yang  ditunggu pun tiba.....hujan turun mencurah2 sejak dari pagi lagi....so saya goreng ikan budu  ni tuk makan tengah hari... aromanya memang mengancam......bila makan dengan nasi panas2 memang sedap sungguh...makan sampai bertambah2 youuu....ok  la saya share sini cara nak goreng  ikan budu bersama telur versi MamaMia...



 IKAN BUDU GORENG BERSAMA TELUR
Oleh:MamaMia Kitchen



 Bahan2:
1 ekor ikan budu dicuci bersih dan digoreng hingga masak.Ambil isinya sahaja.
2 biji telur -kalau guna telur itik lagi sedap
4 ulas bawang merah*
1 inci halia*
Sedikit lada hitam*
1sdm cili kering kisar
*Bahan yang bertanda * ditumbuk halus

Cara memasak:


Ni la rupa ikan budu  tu...bagi pembaca yang tak pernah tengok ikan budu..
Cuci ikan sehingga bersih dan toskan

Panaskan minyak dan goreng ikan budu sehingga masak.Minyak akan menjadi cepat hitam kerana kandungan garam yang tinggi...

Hiris nipis bawang merah dan halia supaya senang bila tumbuk nanti..

Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga hancur

Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk,dikuti dengan isi ikan budu,cili kering dan pecahkan telur.Gaul hingga sebati sebelum  digoreng.

Sangat sedap dinikmati dengan nasi panas....tak perlu lauk lain dahh...




Jom Try Buat...

Monday, 26 October 2015

IKAN BAWAL MASAK SAMBAL

Masa ke pasar minggu baru2 ni  geram tengok pelbagai jenis ikan yang segar2 semuanya.Salah satunya ikan bawal ni.Tanpa berfikir panjang terus rembat 1/2 kg ...dapatlah 3 ekor saiz yang sederhana ni.Selalunya bila ke pasar saya suka beli lauk untuk stok seminggu....senang keje...bila nak masak tu check dalam freezer lauk apa yang ada pastu baru mai idea nak masak apa.Kalau ikan bawal saya selalu masak tiga rasa,stim dan masak sambal jer....so kali ni decide nak buat simple jer la...masak sambal yang menjadi feveret penghuni rumah ni...alhamdulillah 3 ekor bawal tu selamat dikerjakan time makan tengah hari...

.

BAWAL MASAK SAMBAL
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

3 ekor ikan bawal dibersihkan,kelar2 skit dan lumur garam kunyit
8 ulas bawang merah*dikisar halus
3 ulas bawang putih*
1/2 labu bawang besar*
1 senduk cili kering kisar
2 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato

1 labu bawang besar potong memanjang
1  biji kapsikum- potong dadu
1 biji tomato- potong dadu
Sedikit air -lebih kurang 1/2 cawan
Garam,gula dan serbuk perasa


Cara-cara:

Goreng ikan bawal hingga masak.Ketepikan.

Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan 1/2 cawan air...diikuti dengan sos tiram,sos cili,garam,gula dan serbuk perasa.Biarkan mendidih sebentar.

Kemudian masukkan bawang besar,kapsikum dan tomato.Kacau sebati dan sesuaikan rasanya.

Masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng tadi.

Biarkan kuah menyaluti keseluruhan ikan bawal dan tutup api.

Bolehlah dihidangkan...
jom try buat....


Nota:
Pastikan kuahnya betul2 masak kalau tak rasanya cam pahit sebab bawang tu tak masak sepenuhnya.So kena masak lama skit kuahnya...gunakan api yang perlahan semasa menumis yerrr...

Tuesday, 22 September 2015

KARI KEPALA IKAN MERAH


Kari kepala ikan salah satu  lauk kegemaran saya....pantang jumpa ikan segar pasti saya beli untuk masak kari...walaupun hubby dan anak2 lebih suka makan bahagian isi.Kepala ikan merah ni saya beli di tepi jalan jer dalam perjalanan selepas menghadiri satu majlis kahwin....bila saya tanyakan pada si penjual ikan mana dapat ikan yang segar2 semua ni..dia cakap ambik kat nelayan Pantai Sabak... patut le segar2 semuanya  selain beli ikan merah, saya juga beli sotong yang dikatakan oleh penjual ni kebanyakannya bertelur....ermmm menarik tu kalau rebus camtu pun dah sedap kalau sotong yang bertelur nih...... so petang tu jugak saya masak kari ni untuk dinner nanti....ada kengkawan saya tanya camna nak kasi sedap bila masak kari ikan...saya cakap kalau tak letak halba campur memang tak berapa nak kaw...yang lain2 tu macam biasa la....saya ni kalau makan nasi dengan kari kepala ikan...nasi amik sikit jer..sebab nak meratah keenakan isi ikan terutamanya isi kat bahagian pipi ikan sedappp sangat....sedar2 dah berlonggok tulang ikan kat dalam pinggan ...kikiki....ok jom semak resipinya




KARI KEPALA IKAN MERAH
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

Ikan merah (bahagian kepala)
4 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-mayang
4 sdm serbuk kari ikan
4 cawan santan-boleh tambah lebih
1 sdt halba campur
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah
2 biji tomato-potong baji
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Cara-cara:

Bersihkan kepala ikan dan toskan

Sediakan bahan2 yang diperlukan

Panaskan minyak..tumis bawang putih,bawang merah,halia,halba campur dan daun kari hingga naik baunya.


 Bila bawang dah garing masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.

 Masak hingga garing rempah kari sambil dimasukkan air asam jawa,garam dan gula.

Kemudian bila rempah dah betul2 masak masukkan kepala ikan.

Biarkan rempah tadi menyaluti keseluruhan kepala ikan...abaikan periuk yang comot tu sebab saya tersilap guna periuk kecil..seeloknya gunakan periuk yang besar supaya ikan tu tak patah.

Seterusnya masukkan santan.Kacau biar sebati.

Masukkan cili merah dan tomato, biarkan mendidih...sesuaikan rasanya dan tutup api.Jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan hancur.

sedia untuk di ngappp....





Jom Try Buat....


Wednesday, 16 September 2015

KEMBUNG BAKAR CICAH AIR ASAM SEDAP GILERR

Assalamualaikum wbt....
Entry tertunggak sebenarnya nih....tapi tak pe la erkkk....kembung bakar cicah air asam ni saya buat hampir tiga minggu lepas.....sedapnya tak terkira weiii...alkisahnya masa free kat sekolah tu saya duk intai2 resipi kat KongsiResepi...lalu berkenan la dengan resipi ikan bakar cicah air asam ni...masa tu jugak dok terbayang2 nikmatnya jika pekena ngan nasik panas2....so balik sekolah terus singgah cari bahan2nyer lah....kebetulan dalam fridge dah ada stok ikan kembung ....sampai jer kat umah lepas membersihkan diri terus ke dapur ...pung pang..pung pang...siap jugak akhirnya...saya bakar ikan ni dalam pemanggang ajaib...memang jimat masa...sambil tunggu ikan masak saya proses plak air asamnya... dan  goreng kailan ikan masin sebagai lauk tambahan...berselera sungguh kami makan anak beranak ...tak cukup ngan nasi..saya ratah cenggitu jer....sampai berpeluh2 tapi berbaloi you...resipi air asam ni adalah ikut citarasa saya....memang power gitu
jika anda berminat jom semak resipinya:


KEMBUNG BAKAR CICAH AIR ASAM
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung segar

Air asam:
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*
1/2 labu bawang besar*
1/2 biji tomato*
Asam jawa sebesar penumbuk- bancuh bersama 1 cawan air masak,tapis dan ambil airnya*

Belacan sebesar ibu jari dibakar*
1/2 biji tomato-potong dadu
1/2 labu bawang besar-potong dadu
1 biji limau nipis-ambil jusnya
Garam,gula secukup rasa

Kisar bahan yang bertanda * hingga halus.
Masukkan ke dalam mangkuk serta masukkan tomato dan bawang besar yang telah dipotong dadu.
Masukkan jus limau nipis,garam dan gula.Sesuaikan rasanya.Siap


guna pemanggang ajaib sangat menjimatkan masa...


separuh air asam saya curahkan ke atas ikan....






Jom Try Buat....

Sunday, 16 August 2015

SIAKAP MASAM MANIS


Siakap masam manis ni saya masak untuk hidangan berbuka puasa pada Ramadan yang lalu...hari ini baru berkesempatan untuk dimasukkan ke dalam blog..Resipinya saya ambil dari blog fizalgk..ermm makan sampai bertambah-tambah nasi you...pastu siap ratah lagi ikan tu sampai ke tulang sebab sedap sangat... hubby dan anak-anak pun puji  sedap...so pada pembaca yang ingin mencuba resipi siakap manis manis ni ...saya sertakan resipinya di sini... saya juga ada buat beberapa penambahan ke atas resipi ni mengikut citarasa saya.....sebelum tu nak ucapkan  berbanyak terima kasihlah pada tuan empunya resipi ni kerana sudi berkongsi resipi yang senang dan sedap untuk disediakan....



SIAKAP MASAM MANIS
Sumber:fizalgk.blogspot
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
4 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang holland-hiris kasar
1/2 batang lobak merah-potong batang mancis
4 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
2 sdb sos tiram-saya tambah
1/2 cawan air-(tambahkan sedikit jika ingin  kuah lebih)
1/2 tangkai cili merah-hiris nipis
30 gm nenas-potong dadu
20 gm lada benggala-tak letak
Garam,gula,lada sulah secukupnya
Tepung jagung secukupnya-saya tambah
Hirisan daun sup,daun bawang-optional


Cara-cara:

1.Cuci ikan bersih,buang sisik dan kelar-kelarkan ikan serta dilumur dengan sedikit garam.Kemudian lumurkan tepung jagung pada kedua-dua belah bahagian ikan.Tujuannya supaya ikan ni rangup bila kita makan nanti ye..
2.Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah ikan ini hingga garing.
3.Bila sudah garing,angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
4.Dalam kuali yang lain,panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga wangi,kemudian masukkan lobak merah dan bawang holland.
5.Setelah kedua-duanya layu masukkan semua sos dan air.Kacau sebati.Perasakan dengan garam,gula,lada sulah.Masukkan cili,nenas dan lada benggala.Kacau sebentar hingga mendidih dan matikan api.

6.Tuang kuah ke atas ikan.Jika suka boleh letakkan hirisan daun bawang dan daun sup untuk membangkitkan selera.Siap.




Jom Try Buat....