Showing posts with label Jeruk. Show all posts
Showing posts with label Jeruk. Show all posts

Thursday, 23 February 2017

JERUK MANGGA ASAM BOI

Sebenarnya dah lama saya buat jeruk mangga asam boi ni...cuma ari ni baru berkesempatan untuk update kat sini...disebabkan stok mangga yang banyak kat dalam peti ais tu tak terusik makanya saya buat la jeruk...kalau tak nanti mangga tu jadi lembik dan tak sedap lagi untukdimakan....bagi anda yang berhajat ingin membuatnya jom saya kongsikan resipinya..

JERUK MANGGA ASAM BOI
Olahan rasa:Mamamia Kitchen
Bahan-bahan:
6 biji mangga muda
15-20 biji asam boi putih
8-10 biji cili padi dipotong kecik2
2 cawan gula pasir
1 sdm garam halus
5-6 biji limau kasturi-dibelah 2 dan buang biji

Cara membuatnya:
1.Cuci bersih mangga,kupas kulitnya,belah 2 dan buang bijinya serta hiris nipis.
2.Masukkan mangga tadi kedalam bekas besar,letakkan gula pasir, garam,cili padi,limau kasturi(tk perlu perah airnya) dan asam boi...gaul rata.
3.Masukkan ke dalam bekas,(tk perlu letak air ye) simpan dalam peti ais selama 4-5jam barulah boleh dimakan.





Friday, 28 August 2015

JERUK BUAH SAMARINDA


Pernah makan buah samarinda tak?Saya pasti tak ramai yang mengetahui berkenaan dengan buah ini.Pertama kali saya merasa jeruk buah samarinda ini sewaktu bertugas di SMKI beberapa tahun yang lalu.Ketika itu rakan sejawat iaitu Puan Mahani yangberasal dari Kedah membawa jeruk samarinda ke sekolah..saya yang memang penggemar asam memang pulun habis jeruk samarinda ni.Rasanya yang rangup,masam2 manis dan seakan-akan buah "gemia"  jeruk kalau kat Kelantan nih...sebab rasa tak puas makan jeruk tu saya minta dia bawakan biji benih buah samarinda .....boleh tanam kat rumah dan buat jeruk banyak2 yea dakkk....hampir 3/4 tahun barulah buah samarinda mula mengeluarkan hasil...ermmm suke..suke sebab menjadi jugak tangan saya semai pokok ni kannn...so lepas ni bolehlah buat jeruk sendiri dan makan puas- puas...sebelum tu saya nak bagi info sikit berkenaan dengan buah samarinda ni hasil carian daripada encik google....kalau kat Kelantan memang amat jarang untuk menjumpai pokok ini,kalau ada pun bukan dipanggil buah samarinda tapi nama apa ntah lupa pulak nak tanya kawan...buah samarinda atau nama saintifiknya ialah Carissa Carandas L.Buah ini ditanam sebagai hiasan sudut halaman rumah,buahnya masam kelat ketika matang dan buah yang ranum berwarna merah kehitaman kelihatan seperti anggur hitam.Ia berbuah sepanjang tahun.Buah yang putik dan sudah matang sesuai dijadikan jeruk.Dikatakan buah samarinda ini mampu membantu merawat demam dan kecacingan.Buah ini juga dikatakan berasal dari India...itu saja serba sedikit info berkaitan buah samarinda yang saya tahu......saya rasa buah yang masak ranum  juga sesuai dijadikan jus macam jus roselle... nantilah lepas ni nak try buat...



JERUK BUAH SAMARINDA
Oleh:Mamamia Kitchen


buah samarinda yang telah matang

buah yang masak ranum...seakan2 anggur hitam kan....

bunganya yang cantik memang sesuai dijadikan pokok hiasan
berbuah sepanjang tahun

saya tanam ditepi rumah sebagai hiasan


Sekarang saya nak tunjukkan cara2 nak memproses buah samarinda ni tuk dibuat jeruk.

 Cuci bersih buah yang telah matang dan dibelah dua.Buang bijinya.Proses nak buang biji ni memang agak mencabar sikit sebab buahnya kecil2 so memang makan masa...kalau buat sorang2 boleh tertidur kat depan besen buah tu...satu lagi buah ni juga kuat getahnya memang melekat2 kat tangan...kena sental dengan berus bila nak cuci tangan tu...saya syorkan simpan buah tu dalam fridge selepas dipetik selama dua/tiga hari supaya getahnya kering sedikit..
Kemudian rendamkan buah samarinda yang telah dibuang bijinya ke dalam larutan air garam selama semalaman.Sukatan garam tu saya tak boleh nak bagi sukatan yang tepat sebab main boh camtu jer...so pandai2 agaklah yerrr..


Selepas semalaman toskan buah samarinda.Masak gula pasir bersama air hingga mendidih dan biarkan sejuk.Masukkan buah samarinda ke dalam air gula dan simpan dalam peti ais untuk mengelakkannya berkulat.Selepas 3/4 hari dah boleh makan.....

Saya selalu membawa jeruk buah samarinda ni ke sekolah tuk bagi kengkawan rasa....dan sememangnya mendapat sambutan hangat ....ermm terlajak larisssss.. Oleh kerana buahnya yang unik dan jarang ditanam di Kelantan ramai kengkawan saya yang ambik biji benih buah samarinda setiap kali mereka datang rumah.





Jom Try Buat..

Tuesday, 7 April 2015

JERUK MANGGA aka JERUK PAUH







Pokok mangga di belakang rumah saya mula mengeluarkan buah untuk kali  keduanya.Sewaktu kali pertama mengeluarkan hasil, buahnya begitu lebat sekali, saya buat jeruk sampai tak cukup ruang peti ais untuk menyimpannya...kali ni buahnya tidak begitu lebat seperti tahun sudah...saya suka buat jeruk kerana boleh simpan lama...kalau dibiarkan rasanya tak habis nak makan mentah dan gugur camtu jerr.... so bila saya buat jeruk ni bolehlah dibahagi-bahagikan kepada adik beradik dan bawak ke tempat kerja...boleh kengkawan rasa.....saya buat jeruk ni tak ada sukatan yang khusus main agak-agak jerr.. resipi di bawah ni adalah anggaran sahaja.....so kalau anda nak mencubanya pandai-pandailah yerr....



JERUK MANGGA aka JERUK PAUH
SUMBER:Mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:(Anggaran)

Buah mangga-5 kg
Garam kasar-1 kg
Gula pasir-3 kg
Kapur makan-2 sdm


Cara-cara:

1.Buah mangga dibelah dua,buang bijinya dan potong memanjang. 




2.Bancuh kapur makan bersama air secukupnya,tapis dan rendam mangga (hingga menenggelami buah mangga selama 1 jam).Toskan.Tujuannya supaya mangga akan menjadi rangup.

3.Bancuh garam kasar bersama air secukupnya menggunakan senduk.Bila garam sudah hancur masukkan buah mangga hingga menenggelaminya.Rendam di dalam bekas tertutup selama semalaman atau sehingga berubah warnanya.


rasakan masinnya...kalau tak masin tambahkan larutan air garam lagi...jika tidak
buah mangga lambat untuk berubah warnanya...




selepasdirendam semalaman ataupun dua malam kulit mangga akan berubah
 warnanya sekiranya dimasukkan  garam secukupnya...


4.Toskan buah mangga yang telah direndam air garam...masak gula bersama air secukupnya...biarkan sejuk baru digaulkan dengan mangga yang ditoskan tadi.Air gula juga mesti menenggelami buah mangga.Rasakan airnya jikalau kurang manis boleh tambahkan bancuhan air gula lagi...masukkan dalam bekas tertutup,simpan dalam peti...selepas semalaman sudah boleh dimakan...tetapi semakin lama disimpan semakin sedap sebab air gula sudah sebati dengan buah mangga...

5.Jika suka pedas boleh patahkan beberapa batang cili padi dan masukkan bersama larutan air gula...



taraaa...siap ...

Nota:Jeruk ini perlu disimpan dalam peti ais untuk mengelakkannya daripada berkulat kerana jeruk ini tidak diletakkan bahan anti kulat...


Jom Try Buat.....