Wednesday 1 February 2017

MAKARONI GORENG CHEESE

Anak perempuan saya (Isya) tetiba  mintak saya buatkan Macaroni Goreng Cheese sebagai menu untuk sarapan pagi kami....selalunya saya lebih suka buat Makaroni Bakar jer kerana memang akan mendapat sambutan hangat penghuni dalam rumah ni...kiranya mmg ari tu tak masak nasi dah....kenyang dengan makan makaroni tu jer...orait gak....saya tak perlu masak banyak kali kannn...so bila Isya tunjukkan pada saya gambar2 makaroni goreng ni kat fb...uuikss saya juga ikut terliur sama....hihihi....apalagi terus pegi dapatkan bahan2nya ....then taraaaaa dah siappun...sekali sekala tukar menu baru ok gak ...
jom semak resipi pada anda yang teringin nak mencubanya

MAKARONI GORENG CHEESE
Sumber:Fb Ziera Johari
Olahan semula:Mamamia

Bahan-bahan:
500 gm makaroni direbus hingga lembut
2 tin Prego Cheese &Herbs
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji lada benggala dihiris
1 paket sosej-dihiris
2/3 ulas bawang putih diketuk
2 kiub pati ayam
Garam
*Kalau nak buat half makaroni,kurangkan separuh bahan untuk semua kecuali cendawan.Klu nak tambah ayam potong kecik2 boleh jugak...

 Cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih smpai bertukar warna,masukkan kiub ayam kacau sampai kiub hancur.
2.Masukkan sosej dan cendawan,goreng sekejap.
3.Tambah minyak skit kalau kurang.
4.Masukkan sos prego dan kacau sebati.Masak sekejap dlm 2 minit.
5.Masukkan makaroni yang telah direbus tadi.
6.Kalau kering sangat,masukkan 1/4 cawan air masak,kacau sebati dan tabur sedikit garam.
7.Masukkan lada benggala,klu nak lebih berkeju tambahkan sekeping cheddar cheese.
8.Tabur basil leaves untuk hiasan.




 sya tkde daun basil....taburkan parsley flakes je
bahan2 yg perlu disediakan
hiris nipis sosej n cendawan,potong dadu lada benggala
 toskan makaroni yg telah siap direbus
campuran prego cheese n bahan2 lain
 live from kuali
 hidangkan...

Jom Try Buat...











































No comments: