KEK KEJU OREO BADAM
Assamualaikum wbt...dan salam sejahtera....N3 hari ini ialah Kek Keju Oreo Badam.Saya sebenarnya bukanlah penggemar keju yang tegar...dengan kata lain saya kurenggg skit dengan masakan yang menggunakan keju.Tatkala saya menjengah dapur Secuitrasa Umiejazz saya berkenan sekali dengan resipi ini...bila tengok gabungan biskut oreo,badam dan keju dalam hati saya terdetik mesti rasanya....ermmmm enak bangett.Lalu saya ke kedai bakeri untuk mendapatkan bahan- bahannya...bila masak jerr kek ni...terus saya merasanya...memanggg terbaik...rasa lemak keju,kerangupan badamnya memang sekejap jerr kek ni dah licin...anak-anak pun memang suka sangat....bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai saya syorkan anda kena doublekan adunan ini..Terima kasih sekali lagi kepada UJ kerana berkongsi resipi yangsangat sedap ni. Jom kita semak resipinya...
KEK KEJU OREO BADAM
Sumber: Secuitrasa Umiejazz
Bahan-bahan: Base
120 gm biskut oreo dibuang krim
3 sb marjerin
Cara:
1.Hancurkan biskut oreo.
2.Masukkan marjerin,gaul rata sehingga boleh dikepal.Tekan dalam loyang base.
3.Panaskan oven,bakar selama 10 minit.
4.Keluarkan dan ketepikan.
Bahan filling:
250gm cream cheese (phily)
40 gm gula kastor
1/2 sdt esen vanilla
1 biji telur
70 ml whipping cream
1/2 sdt juslimau kasturi/jus lemon
10 keping biskut oreo di patahkan(buang krim)
3/4 cawan badam hiris-saya letak 1/2 cawan jerr
Cara:
1.Pukul cream cheese dan gula kastor hingga sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul rata.
3.Masukkan whipping cream dan pukul rata.
4.Masukkan biskut dan gaul hingga sebati.
5.Ambil loyang base tadi dan taburkan badam hiris kedalamnya.
6.Tuangkan pula adunan cheese kedalam loyang tadi sehingga habis.
7.Taburkan badam hiris di atasnya.
8.Bakar secara "steam bath" selama 45 minit-1 jam dengan suhu 60 degree mengikut oven masing-masing.
9.Bila kek dah masak...biarkan dalam oven dan renggangkan sedikit pintu oven.Biar sehingga sejuk.Longgarkan keliling loyang dengan pisau.
No comments:
Post a Comment