TALAM SUJI
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...petang ni saya ingin kongsikan resipi yang sesuai untuk dijadikan sebagai menu minum petang iaitu Talam Suji.Resipi ini saya ambil dari blog yatie memories yang terkenal dengan jolokan Ratu Talam di kalangan blogger masakan.Saya memang kagum dengan setiap resipi dalam blognya terutama aneka kuih talam yang memang mengujakan sesiapa yang melihatnya.Saya telah mencuba beberapa resipi kuih talamnya....dan hasilnya memang menjadi... terima kasih pada K. Yatie kerana berkongsi resipi yang sedap ini.
Talam Suji
Sumber: Yatie Memories
Bahan-bahan:
Untuk lapisan bawah
Bahan ( A)
180gm tepung suji@ semolina
450gm air
Bahan (B)
220 gm gula
2 biji telur
200ml santan
250ml air
pewarna kuning
Cara-caranya:
1.Rendam bahan-bahan A selama 30 minit.Rendam dalam periuk.
2.Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas,kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
3.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu.Kacau biar keras sedikit(adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).
4.Guna Loyang 10 × 10 × 2 @ 3.Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untukl mengeluarkan kuih.Kukus selama 25 minit.
Bahan- bahan untuk lapisan atas.
Bahan (A)
300gm gula merah
50gm gula kastor
500ml air
Bahan (B)
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan
1/2 sdt garam
Cara-caranya:
1.Rendam bahan- bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
2.Satukan semua bahan- bahan B ,kacau sehingga rata.
3.Masukkan bahan B ke dalam A dan tapis.
4.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu,jangan sampai pekat dan jangan cair sangat.Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
4.Tuang ke atas lapis an bawah dan kukus selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment