Assalamualaikum wbt.....Syukur alhamdulillah akhirnya saya berjaya mengagahkan diri untuk meluangkan masa di sini sebagai pembuka tirai tahun 2015 ini....walaupun agak terlewat...Kali ini saya tidak ingin memaparkan resipi seperti yang sebelum ini...tapi saya ingin mencoretkan kisah duka penghujung tahun 2014..yang dirasakan cukup tragis bagi saya sekeluarga.Seumur hidup saya inilah kali pertama mengalami banjir yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran...Walaupun bagi saya musim banjir pada setiap penghujung tahun adalah satu perkara yang dirasakan biasa-biasa sahaja kerana kami khususnya rakyat Kelantan sudah mangli dengan musim tersebut.Namun peristiwa 24 Disember 2014 tak akan saya lupakan sampai bila-bila.Ketika itu nyawa keluarga saya ibarat telur di hujung tanduk. Namun apabila mendengar kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz "Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada ALLAH,sekalipun ia pahit namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat.Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit....membuatkan saya redha dengan ujianNya.Sebenarnya kita hendaklah berfikiran positif walau ditimpa ujian dari ALLAH....dan hendaklah bersangka baik kepada ALLAH...kerana percayalah ALLAH tidak akan membiarkan kita terus larut dalam kesedihan...pasti ada kebahagiaan yang menanti diakhirnya jika kita redha dengan segala ujianNYA.Disini saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika Bah Air Kuning melanda kawasan kediaman saya...
Pagi 24 Disember....air mula melimpah di luar halaman rumah saya...lebih kurang pukul 11 pagi |
Menjelang petang air mula memenuhi halaman rumah... |
No comments:
Post a Comment