Alhamdulillah...akhirnya mood untuk berblogging hadir jua.Selepas ditimpa ujian banjir besar pada penghujung tahun lepas di tambah pula dengan tuntutan ditempat kerja menyebabkan masa untuk mengadap lappy agak terbatas.Namun disebabkan minat saya terhadap dunia masakan ini begitu menebal menyebabkan hati saya resah andainya tidak meletakkan entri masakan bagi tahun 2015 ini. Kali ini saya ingin kongsikan satu resipi yang sangat mudah iaitu puding karamel tanpa telur..Resipi ini saya ambil dari blog Lina Pg.Kali pertama saya mencuba resipi ini terus jatuh cinta ....kerana cara membuatnya begitu simple sekali dan yang penting rasanya wallla....uumphs.Anak-anak saya begitu menggemari...Bagi mereka yang alah pada telur puding ini amat sesuai sekali untuk dijadikan pencuci mulut.Saya dah banyak kali menyediakan puding ini atas permintaan anak-anak.Jom kita semak resipinya....terima kasih pada Lina Pg atas perkongsian resipi yang sangat mabeles ini..
Sumber:Lina Pg
Bahan-bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir
Bahan-bahan B (Puding)
1 paket serbuk agar-agar 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 tin susu air
3 sb tepung kastad
1 sk esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur-saya tambah
Cara-cara
1.Buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang,guna api kecil masak hingga gula menjadi perang,kemudian ratakan keseluruhan loyang.Ketepikan.
2.Satukan semua bahan B,kacau atas api.Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
3.Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat tutup api,tapis dan tuangkan kedalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
4.Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan kedalam peti ais.
gula hangus akan menjadi keras apabila sejuk....tapi jangan risau apabila dimasukkan adunan puding gula ini akan cair dengan sendiri...Puding ini sangat enak dimakan bila disejukkan dalam peti ais. |
1 comment:
Sedap dan mudah kan nk buat puding ni.Tq sudi cuba..
Post a Comment