Monday 7 September 2015

CHEESE CAKE (Cream Cracker Layered with Cream Cheese)


Assalamualaikum wbt....
Hari ni saya nak kongsikan satu resipi yang sangat mudah dan sedap pulak tu....terutamanya bagi penggemar cheese!Selalunya kalau anak2 teringin nak makan cheesekut ni saya cuma beli jer..tapi kali ni saya teringin membuatnya sendiri selepas merasa cheesekut yang kawan saya bawak kat sekolah tempoh hari.Bila makan tu rasa sedap la pulak..sebenarnya resipi cheesekut ni dah lama saya simpan...kut2 la teringin nak buat...ermmm sekarang baru sampai seru..Bahan2 untuk buat cheesekut ni simple jer....kita cuma perlukan cream crackers,cream cheese,susu segar, susu cair dan susu pekat.Manakala aksesori terpulang pada citarasa masing2 le cam nestum ,milo,dan oats.Kalau anda takde oven pun masih boleh buat sebab ia tak dibakar cuma sejukkan dalam fridge selama 4 jam dah pun boleh ngappp...  anak2 saya pulun makan cheesekut nih....Resipi ni saya ambil dari blog husnamn...terima kasih kerana berkongsi resipi yang senang dan sedap nih....saya panjangkan pulak resipi kat sini ye untuk rujukan pada masa akan datang dan juga untuk pembaca di luar sana yang berminat dengan resipi ni..


CHEESEKUT CAKE (Cream Cracker Layered with Cream Cheese)
Sumber:husnamn.blogspot
Olahan semula:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

250 gm cream cheese- saya guna 500 gm cream cheese
Biskut cream crackers-saya guna Deluxe Crackers Original lagi sedap
1 tin susu pekat manis -tak perlu guna semua
1 botol susu segar
Serbuk nestum
Milo
Ceri merah dan hijau


bahan2 yang perlu disediakan



Cara-cara:

1.Mula2 campurkan cream cheese dengan susu pekat ke dalam mixer.Putar hingga lembut dan sebati lebih kurang 10 minit.Susu pekat tak perlu dimasukkan semua.Saya suggest masukkan susu tu sedikit demi sedikit then rasa.Kalau tak ok tambah susu lagi tapi jangan manis sangat.Kena balancekan rasa susu dengan cheese tu.Kalau banyak susu nanti rasa cheese tu tenggelam.Ok siap bahagian ni.Sori lupa nak snap gambo erkkk.

2.Ambil satu bekas,tuang sedikit susu segar.Tak de susu segar,susu lain pun tak per,full cream ke,susu tepung anak pun boleh.Susu ni tujuannya untuk rendam biskut,so guna susu apa pun tak jadi masalah.Rendam jangan lama sangat ye.Sekejap jer,cukup sekadar biskut tu basah.

3.Susun biskut yang telah direndam tadi dalam bekas.Kena patah2kan biskut jika ada ruang kosong.Cam saya ni guna bekas tupperware  ngam sangat dengan 4 baris biskut.
4.Lepas dah susun biskut,kita sapukan campuran cream cheese yang kita sediakan awal2 tadi ke atas biskut.Ratakan dan sapuan tu nipis jer.Kemudian saya taburkan nestum dan milo.Part ni ikut selera masing2 le nak letak apa.So dah siap satu layer,kita buat layer kedua dengan susun biskut lagi.Ulang balik step tadi sampailah cream cheese tu habis.
5.Bahagian atas sekali saya letak cream cheese tebal sikit dan taburkan nestum serta ceri merah dan hijau nak kasi meriah skit.Simpan dalam fridge selama 4 jam lebih.Saya simpan semalaman nak kasi cantik bila potong.

nampak cam kek lapis kan bila dipotong


ermmm  yummy...
Nota:
1.Seelok-eloknya cuba dapatkan Deluxe Crackers berbanding Cream Crackers sebab saya dah rasa kedua2 nya dan ternyata Deluxe Crackers lagi ummph dan cantik bila dipotong.
2.Jika anda tak de mixer pun masih boleh buat lagi cheesekut ni....gunakan blender...tapi awas.. jangan guna yg ada bau belacan nanti lain pulak baunya erkkk...




Jom Try Buat...

No comments: