Tuesday, 7 April 2015

APAM HARUM MANIS


Resipi Apam Harum Manis ni saya dapat semasa singgah kat blog Liza@Intai Dapur...sebelum ni dah nampak kat blog Yatiememories dan blog Citarasawan...dalam hati berbisik mesti sedap nih...so sayapun cubalah godek-godek resipi ni...saya buat 1/2 adunan jerrr sebagai permulaan...hasilnya memang sedap, manisnya sedang elok,kembang dan gebu jer serta baunya pun harum hasil gabungan rasa pisang n gula karamel tu...terima kasih kepada penyumbang resipi nih...izinkan pula saya kongsikan di sini pula ya....




APAM HARUM MANIS

SUMBER:Liza@Intai Dapur,Yatiememories,Citarasawan
Olahan Rasa:Mamamiasanasini.blogspot




Bahan-bahan:

300 gm gula melaka* (dimasak dan sejukkan)
350 ml air*
3 biji telur
200 gm gula halus
350 gm tepung gandum di ayak bersama 1/2 sdt baking powder dan 1 sdt soda bikarbonat + sedikit garam
1 sdt esen vanila
50 gm marjerin/butter-dicairkan (saya guna minyak jagung)
8-9 biji pisang raja/berangan/emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm-(saya guna pisang berangan)



Cara-cara:

1.Masak gula melaka bersama air hingga larut dan tapiskan,biarkan sejuk.
2.Pukul telur dan gula halus hingga kembang dan pekat.
3.Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4.Masukkan sirap gula melaka,esen vanila dan marjerin,kacau sebati.(Jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut).
5.Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
6.Masukkan adunan dalam 1/2 acuan sahaja.Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnya dan kukus selama 15-20 minit.
7.Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.


Nota:Saya masukkan sedikit pewarna coklat supaya warnanya lebih terang dan kelihatan cantik.

sesuai dihidangkan untuk minum petang..










Jom Try Buat.....
 
 
Post a Comment