Saturday, 16 May 2015

NASI GORENG GUNUNG BERAPI


Nasi Goreng Gunung Berapi ni merupakan feveret hubby.Kalau makan kat luar dia kerap order nasi ni.Walaupun  pedas menyengat sampai keluar air mata dan bibir terasa pijar tapi memang tak dinafikan tetap menambat selera. Saya juga sukakan nasi goreng ni...tapi sebab diet... (time boleh control la) ....... kikiki....selalunya saya cuma pesan bihun sup atau kuay teow tomyam jer...kekadang tu sempat jugak mencuit sesudu dua nasi goreng ni.... minggu lepas......tetiba jer terasa nak makan nasi goreng nih....mungkin dah jemu sebab dok makan nasi goreng yang versi biasa2 jer.....maka terhasillah nasi goreng ni tuk sarapan pagi....memang pedas gilerrr.... hubby cakap rasanya pun dah hampir sama cam makan kat restoran tu... kira ok laaa.....sampaikan saya terpaksa masakkan goreng nasi sempoi tuk 2 orang lagi anak saya.Walaupun pedas tapi terbaekkkk........ok jom semak resipi olahan air tangan saya ni berdasarkan pemerhatian dan penilaian rasa masa makan kat restoran  dot.dot.dot... tuu...




NASI GORENG GUNUNG BERAPI
Sumber:Mamamia Kitchen


Bahan-bahan:

4 cawan nasi sejuk-peroikan
10-15 ekor udang-dibuang kulit tinggalkan ekornya
1 cawan isi ayam dipotong kecil
2 ulas bawang merah*
3ulas bawang putih*
15-20 biji cili padi-saya guna cili siam*
2 sdm ikan bilis-basuh perah dan toskan*
3 sdm sos tiram
3 sdm kicap manis
2 sdm kicap sotong
1/2 batang karot-potong dadu
3 helai kobis-potong kecil
1/4 tongkol bunga kobis-hiris nipis
2 biji telur-digoreng hancur
Garam,gula,serbuk perasa secukupnya
Bahan yang bertanda * ditumbuk bersama



Cara-cara:

1.Panaskan  minyak dalam kuali.Pecahkan telur dan kacau hingga menjadi seperti telur hancur.Angkat dan ketepikan.
2.Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing sedikit.Masukkan isi ayam dan udang.Kacau sebati dan biarkan ayam masak.
3.Masukkan karot,bunga kobis dan kobis,gaul mesra.Masukkan sos tiram,kicap cair,kicap sotong,garam dan serbuk perasa.Kacau sekejap.
4.Masukkan nasi dan kacau sebati.Masukkan telur hancur ,sesuaikan rasa dan tutup api.



bahan-bahan yang perlu disediakan

ayam dipotong dadu,udang dibuang kulit ,2 biji telur

nak sedap tumbuk...kalau malas boleh blender kasar

tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing

masukkan ayam dan udang...kacau sebentar dan biarkan ayam betul2 masak

masukkan sayur-sayuran

masukkan nasi dan gaul sebati

masukkan telur hancur dan gaul sebati

enak dimakan bersama keropok ikan dan gandingkan bersama timun batang

Jom Try Buat..
Post a Comment