Tuesday 1 December 2015

KUIH BINGKA UBI ALA NYONYA


Bila musim hujan ni perut selalu jer terasa lapar...bila dah lapar ni mulalah saya ke dapur selongkar kabinet untuk melihat bahan2 yang boleh digodek2 tuk buat apa2  makanan...hihihi kalau camni bila nak kurus erkkk....kebetulan semasa balik ke kampung saya baru2 ini  ayah telah memberikan beberapa ketul ubi kayu yang ditanamnya sendiri.....masa tu tak terfikir  lagi nak masak apa...kalau setakat ubi rebus dicicah dengan kelapa... anak2 saya memang tak berapa nak telan...... kikiki...nanti saya dan hubby jugak yang tukang perabisnyerr ...so belek2 resipi yang saya CnP...berkenan pulak dengan resipi Bingka Ubi Ala Nyonya dari dapur Mat Gebu....bila tengok bahan2nya sumer dah ada kat dapur...apalagi bila Mat kata kuih ni gaya peranakan dan sedap pulak.Tambah2 bila dibakar permukaan kuih hingga sedikit berkerak...buatnya pun mudah sangat....tapi yang kelakarnya nak dapatkan pemarut ubi tu punyalah susah sebab sekarang ni semua dah guna santan segera...parut2 ni tak mainlah weii...hampir 2 buah kedai saya cari tapi hampa,....sebab dah lewat petang (hampir Maghrib) saya minta hubby pegi cari kat Pasar Tanah Merah keesokannya....alhamdulillah jumpa jugak akhirnya...sebelum ni saya memang dah ada pemarut kelapa ni...tapi Bah Air Kuning tahun lepas lihat di SINI telah menenggelamkan sebahagian besar peralatan dapur saya...terpaksalah dibuang....kuih ini sepatutnya dipotong bila betul2 sejuk supaya potongannya cantik...tapi sebab saya ni dah tak sabar maka potongannya tak secantik yang Mat buat....alaaa Mat tu dah pro... semua gambar2 masakannya cantik2 belaka... apalah sangat nak dibandingkan dengan saya budak baru belajar ni kannn....memang betul Mat cakap kuih bingka ni sedap sangat....sampaikan masa potong tu berketul2 jugak le masuk mulut hihihi.... rasanya seakan2 kuih bengkang kalau kat Kelantan ni cuma bahan utamanya digantikan dengan ubi kayu..... terima kasih pada CMG kerana telah berkongsi resipi yang mabeles nihhh....jom semak resipi kat bawah ni...



KUIH BINGKA ALA NYONYA
Sumber:Dapur Tanpa Sempadan
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
500 gm parutan ubi kayu
70 gm parutan putih kelapa-hampir 1 cawan(pilih yg kulit basah)
225 gm gula halus (CM gunakan 180gm shj)-sayapun follow Mat jugakkk
2 camca besar mentega-cair dan sejukkan
1/2 camt garam-saya letak 1 camt
2 camt esen vanila
1/4 camt pewarna kunin
250 ml pati santan
2 biji telur



Cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 190C,lengser tin 7 inci x 7 inci x 3 dengan mentega,alas dengan aluminium foil.Biar berlebih sedikit pada kiri dan kanan tin,agar senang untuk mengangkat kuih keluar nanti.Lengser aluminium tadi dengan mentega ketepikan.

 Parut ubi kayu ,kemudian timbang sebanyak 500 gm

 Dalam satu bekas,masukkan gula dan telur.Kacau dengan whisk hingga
gula hancur.

 Kemudian masukkan santan  dan kacau lagi hingga sebati.

 Satukan ubi parut,garam bersama kelapa parut.Gaul sebati.

 Masukkan campuran telur,santan dan gula ke dalam bekas berisi ubi dan kelapa parut tadi.Masukkan esen vanilla,pewarna kuninga dan mentega cair.

 Tuang ke dalam acuan,ratakan dan bakar 50 minit hingga satu jam atau hingga masak.

 Untuk mendapat permukaan kuih yang perang,tukar api oven pada fungsi grill bila kuih tlh masak dan bakar 5-7 minit atau sehingga mendapat tahap kegaringan yang anda gemari.

Sejukkan kuih sebelum dihidangkan...pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...
yang saya punya ni sebab nak cepat ..potongannya tak berapa kemas huhuhu...

 Enak sekali bila pekena ngan kopi o panas nak2 time hujan turun mencurah2...




Jom Try Buat...

No comments: