Wednesday 8 April 2015

SAGU GULA MELAKA

Sewaktu majlis perkahwinan sepupu saya pada cuti persekolahan bulan Mac baru-baru ini salah satu pencuci mulut yang disajikan adalah Sagu Gula Melaka ni...ramai tetamu yang memuji keenakannya...saya sendiripun makan sampai bertambah-tambah.....so, tetiba jer terasa nak makan kuih ni lagi...tambahan pula dalam keadaan cuaca yang panas ni elok benarlah kalau pekena kuih ni tambah lagi kalau yang baru kuar dari peti ais...nak buatnya pun senang sangat...resipi ini saya ambil dari blog Che Mat Gebu..terima kasih yang tidak terhingga kerana berkongsi resipi ini......izinkan pula saya sharekan disini ya....



SAGU GULA MELAKA

SUMBER:Che Mat Gebu @Dapur Tanpa Sempadan
Olahan Rasa:mamamiasanasini.blogspot



Bahan-bahan:

300 gm sagu,cuci dan toskan
2 liter air
2 helai daun pandan-simpul
1 ketul gula melaka-hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan* (*disatukan dan masak hingga pekat,tapis dan sejukkan)
1 cawan santan pekat + 1/4 sdt garam +1/2 sdt tepung jagung (saya guna 1 sdm tepung beras) = satukan,kacau dan masak hingga pekat,sejukkan
Sedikit perwarna hijau


Cara-cara:

1.Didihkan 2 liter air bersama daun pandan dan pewarna makanan,apabila air mendidih keluarkan daun pandan kemudian masukkan sagu biji dan masak hingga kelihatan jernih.Masak dengan api sederhana dan kacau selalu.Tutup api dan biarkan 4-5 minit dalam periuk.
2.Tuang dalam tapis dan cuci  biji sagu tadi bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya.Kemudian masukkan dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari,padat2kan dan simpan dalam peti sejuk selama1 jam.Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
4.Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai,tuang gula melaka dan juga santan pekat...hidangkan sejuk....ermmm enak bangett ....

Enak dimakan selepas dikeluarkan dari peti ais...


Jom Try Buat

No comments: