Wednesday 8 April 2015

KEK MINYAK



Kek minyak ni sebenarnya dah lama menjadi fenomena dalam kalangan blogger...rasanya hampir dua tahun lepas...tapi entah kenapa hati saya tak teringin untuk mencubanya...walaupun ramai blogger masakan telah menayangkannya dalam blog masing-masing...namun tahun ni barulah tergerak hati saya untuk mencuba resipi ni tatkala saya menjenguk ke blog linapg dan menambahkan lagi keinginan saya untuk terus membaking  kek ini ketika singgah di blog Damai Qalbu..... dan..apabila saya rasa, kek ni memang sedap sangat... walaupun bahan-bahannya simple   rasanya yang gebu,manisnya sedang elok...pendek kata memang perfectlah.. anak-anakpun laju jer makan kek ni...siap pesan nak buat bekal kat sekolah lagi.....terima kasih kepada penyumbang resipi ini kerana telah berkongsi resipi kek yang simple tapi sedap nih...bagi adik-adik yang baru nak belajar buat kek...elok benarnya mencuba resipi kek ini ...jom  lihat resipinya..



KEK MINYAK

SUMBER:Damai Qalbu,Linapg
Olahan Rasa:mamamiasanasini.blogspot



Bahan-bahan:

5 biji telur
1 cawan minyak-saya guna minyak jagung
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1sdm ovalet
1 sdt esen vanila
Sedikit garam
Pewarna yang digemari


Cara-cara:

1.Ayak tepung dan baking powder.Ketepikan.
2.Pukul telur,gula dan ovalet sampai gebu.
3.Masukkan susu pekat dan esen.Masukkan minyak dan pukul lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
5.Bahagikan ikut pewarna.Selang selikan adunan dalam loyang sampai habis.
6.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160 darjah.

guna loyang 8"kek naik sedang elok













Nota:Simpan kek semalaman dalam bekas bertutup supaya kek lebih moist...lagi enak dimakan

Jom Try Buat..

No comments: