Tuesday 7 April 2015

KERISI GORENG BEREMPAH




Selalunya kalau beli ikan kerisi ni saya suka masak asam pedas atau pun goreng kunyit jerr.. kali ni saya cuba buat kelainan sikit tatkala menjengah ke blog Dapurku Sayang saya berkenan pulak bila tengok resipi Kerisi Goreng Berempah ni....dan sememangnya mendapat sambutan oleh anak-anak dan hubby....sedap kata  mereka....terima kasihlah kepada DJ kerana telah berkongsi resipi yang sangat mudah n sedap nih...tambah-tambah lagi kalau ikan tu dapat yang fresh memang isinya sangat enak dan manis...masa tengah goreng tu bau rempahnya semerbak kat dapur... bila pekena ngan nasi putih panas-panas memang mengancamlah rasanya... jom semak resipinya.....




KERISI GORENG BEREMPAH


SUMBER:DJ@Dapurku Sayang




Bahan-bahan:


4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk kunyit-saya guna kunyit hidup
1/2 sudu makan serbuk cili
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa-saya tambah
1 tangkai daun kari




Cara-cara:

Gaulkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit.Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak.Angkat dan toskan.Hidangkan bersama nasi putih.









Jom Try Buat....

No comments: