Permintaan adik ipar saya yang mengidam Ayam Masak Kuzi bersama roti jala buatkan saya terkedu seketika....bukannya apa saya tak pernah masak resipi ni...makan pun jarang-jarang tu pun jumpa masa hari raya jerr sebab jarang yang menghidangkan menu ni....walaupun resipi ini memang sinonim di negeri Kelantan tapi saya tak teringinpun untuk mencubanya...tak tau kenapa.Namun untuk tidak menghampakannya serta atas dasar untuk cuba memasak resipi ini maka sayapun menjenguk ke beberapa blog yang menayangkan resipi ini...akhirnya saya terjumpa resipi ni kat blog aziejaya ,bila diamati bahan-bahan serta cara membuatnya saya terpikat dengan resipi ni tambahan pula kak azie sertakan langkah demi langkah bersama dengan gambarnya sekali......Alhamdulillah mendapat pujian daripada adik ipar sekeluarga dan hubby hingga licin lauk tu menjelang petang....sempat saya bekalkan pada MIL sebelum mereka pulang....Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada kak azie kerana berkongsi resipi yang sangat berguna ni...insha Allah saya akan kekal dengan resipi ini di masa akan datang...Jom kita lihat resipinya..........
AYAM MASAK KUZI
Sumber:Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 12-saya buat 1 1/2 ekor
Bahan perapan ayam:
Halia
Bawang putih
Garam
Sedikit serbuk kunyit-saya tambah
Potong kiub dan goreng:
Hempedal ayam
Hati ayam-rebus dulu
2 labu bawang besar-potong dadu
Bahan goreng:
15 ulas bawang merah-mayang dan tumbuk halus (saya guna bawang goreng yang siap dijual dan blend kering)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang (saya gantikan dengan gajus)
Bahan tumis:
6 ulas bawang merah-blend
4 ulas bawang putih-blend
4 sudu besar rempah kuzi
1cawan minyak masak ( campur sedikit minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte-saya guna jenama Life sebab cari tak jumpa kat TM ni huhuhu......
Cara-cara:
1.Panaskan minyak.Goreng bawang merah hiris,tos.Goreng bawang besar hingga kuning,tos.Goreng kismis,tos.Goreng hempadal ayam,tos.Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
2.Dengan guna minyak yang sama,tumis bawang merah dan bawang putih yang diblend hingga wangi.Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan sedikit air,tumis hingga wangi.Masukkan sedikit air,susu cair dan sos tomato.Kacau rata.
3.Masukkan bahan goreng yang lain seperti ayam,bawang goreng tumbuk,badam,kismis,hempedal dan bawang besar.Masukkan gula serta garam.Masak hingga agak pekat sesuaikan rasa dan angkat.
Selain Ayam Masak Kuzi saya juga buat Soto sebab menu kegemaran anak sedara nihhh....roti jala tak sempat nak posing lagi sebab adik ipar yang tempah...malas nak menjala hihihi.... |
No comments:
Post a Comment