Tuesday 24 March 2015

TALAM LAPIS LABU




Talam lapis labu ni saya buat dah lama sebenarnya...macam biasa la tak sempat nak post...bila belek-belek folder tu tetiba ternampak gambar talam ni,so saya sharelah disini.Resipi ni saya ambil dari blog Dapur kakzu..bila tengok gambar talam ni terasa kecur air liur nak makan benda alah ni...sebetulnya saya tak pernah lagi makan talam lapis labu ni...sayapun jarang beli labu,cuma sekali sekala jer...tu pun saya suka buat sira labu  ..so terasa nak mempelbagaikan resipi daripada buah labu ni maka saya pun try buatlah ...hasilnya memang berbaloi...rasanya sangat sedap,manisnya pun sedang elok...pendek kata memang sempurnalah resipi ni bagi saya yang baru pertama kali mencubanya....menurut kakzu beliau  ambil resipi ni dari blog yatiememories yang terkenal dengan jolokan Ratu Talam dalam kalangan blogger masakan.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka berdua kerana telah memanjangkan resipi yang sangat menarik ni.Izinkan saya berkongsi resipi di sini pula ya...



TALAM LAPIS LABU

Sumber:Dapurkakzu,yatiememories



BAHAN-BAHAN:


BAHAN A:

2 cawan air
1 1/4cawan gula
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan-disimpul


BAHAN B:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air


BAHAN C:

1/2 cawan santan pekat



BAHAN D:

1 cawan labu (direbus dan dilecek0
Pewarna kuning telur





CARA-CARA:

1.Masak bahan A hingga gula larut.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain sebatikan bahan B.Gaul rata dan masukkan bahan A ke dalam B.
3.Satu bahagian dimasukkan bahan C (santan) dan satu lagi bahagian masukkan bahagian  D (labu)-kalau nak blender pun boleh supaya lebih halus.
4.Bahagikan pula setiap bahagian kepada 3 bahagian supaya dapat sama banyak lapisannya.


CARA MASAK KUIH:

1.Panaskan kukusan.
2.Masukkan adunan labu ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan kukus selama 7 minit.
3.Lapiskan pula adunan santan dan kukus selama 7 minit.
4.Ulang sehingga habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit.
5.Bilakuih telah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.






JOM TRY BUAT...........

No comments: