Kuih seri muka ni dah lama sebenarnya saya buat...cuma tak sempat nak post jer.... oleh kerana hari ni negeri Kelantan cuti sempena PRK Dun Chempaka maka banyak la masa dok ngadap lappy nih.. bila dok belek2 folder terjumpa gambar ni, so apalagi... saya share la kat sini.Resipi ini sebenarnya saya ambil daripada Majalah Rasa keluaran Oktober 2010.Bila saya mencubanya menjadi dengan elok sekali dan rasanya tentulah sedapppp....tapi saya juga ada buat beberapa penambahan sedikit pada resipi asal ni untuk hasil yang lebih sempurna buat kali keduanya...jom semak resipinya.
KUIH SERI MUKA PANDAN
Sumber:Majalah Rasa
Diolah semula oleh:MamaMia Kitchen
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
500gm beras pulut
2 1/2 cawan santan cair-resipi asal 400ml
Sedikit garam
Lapisan atas:
150gm tepung gandum-resipi asal 120gm
150gm tepung jagung-resipi asal 120gm
140gm gula-resipi asal (kalau suka manis sila tambah-saya tambah)
2 cawan santan pekat-resipi asal 450ml
1/2 sdt garam
3 biji telur
1 1/2 cawan air daun pandan- (10 helai daun pandan diblender bersama 1 1/2 cawan air) tapis
Pewarna hijau epal-saya tambah
Cara-cara:
1.Untuk lapisan bawah,bersihkan beras pulut dan kukus bersama santan dan garam selama 20 minit.
2.Setelah masak keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.
3.Untuk lapisan atas,pukul gula bersama telur hingga kembang.
4.Masukkan santan yang telah dilarutkan dengan garam diikuti air daun pandan.Pukul hingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
6.Kacau agar adunan tidak berbiji dan tapis.
7.Tuangkan bancuhan ke atas lapisan bawah dan kukus hingga masak.
Alas loyang dengan plastik supaya mudah dikeluarkan bila sudah masak/sejuk |
No comments:
Post a Comment