Kalau selama ni buat cekodok pisang saya tak guna sukatan yang khusus,main campak-campak jer...hasilnya kekadang ok lembut,kekadang tu keras..tapi anak-anak belasah jerrr...namun hasil blogwalking, saya singgah di blog kakbesahmyr yang menyatakan sukatan yang tepat untuk menghasilkan cekodok yang tak berminyak,rangup diluar dan lembut didalam..kepada adik-adik diluar sana ataupun pengantin baru yang belum reti buat cekodok pisang ni elok benarnya try resipi ni...Insha Allah menjadi... apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada kakbesahmyr kerana berkongsi resipi ni...
Cekodok Pisang
Sumber:kakbesahmyr
Bahan-bahan:
2 cawan pisang lenyek-lebih kurang 10 biji pisang yang sederhana besar
1 cawan gula pasir/gula castor
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
Sedikit air-saya tambah
Cara-cara:
1.Dalam mangkuk,campur pisang lenyek bersama gula dan garam.Gaul sebati hingga gula larut.
2.Ayak soda bikarbonat & baking powder dengan penapis teh ke dalam campuran pisang.Gaul rata.Kemudian masukkan susu tepung dan tambah sedikit lagi tepung jika adunan masih lembik.
2.Panaskan minyak dengan jumlah yang agak banyak,lalu sudukan adunan kedalam kuali.Goreng dengan api sederhana supaya dalamnya masak.Bila kulit luar nampak garing boleh diangkat.
garing diluar lembut didalam....Jom try buat... |
No comments:
Post a Comment