KEMBUNG MASAK TEMPOYAK VERSI PERAK
Tatkala terpandang ikan masak tempoyak versi Perak dalam blog Azie Kitchen...tetiba jer mood nak makan tempoyak ni muncul...bila teringat stok tempoyak dalam peti ais masih banyak lagi yang belum terusik tu memang sah-sah lerr kena masak ni.Sebenarnya saya jarang sangat guna tempoyak dalam masakan ni...selalunya saya campur bersama budu serta ulam-ulaman jerr ...nak masak lauk-pauk lain yang menggunakan tempoyak ni memang tak reti..so bila dah jumpa resipi ni maka harus dicobaaaa... cara memasaknya juga begitu senang sekali....dan ...hasilnya memang menepati citarasa saya cuma anak-anak tak begitu gemarkannya mungkin kali pertama makan rasa pelik jerr kot... apapun terima kasih pada kak azie atas perkongsian resipi ni...
Kembung Masak Tempoyak Versi Perak
Sumber:Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah-dipotong nipis (saya guna 3 ekor ikan kembung)
4-5 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
2 batang serai- diketuk
1 batang timun -jika suka
3-4 mug air atau mengikut kepekatan yang dikehendaki
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1.Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar.Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan timun.Selepas itu tuang air secukupnya.
2.Masak dengan api perlahan hingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.
3.Masukkan sedikit garam dan gula.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment