NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH
Assalamualaikum wbt....atas permintaan anak-anak saya masak nasi tomato dan ayam masak merah.Maklumlah kalau hari minggu mesti nak masak yang special kannn....kalau hari keja memang tak merasalah menu yang camni...selalunya saya masak lauk yang ringkas jer la.....Ok resipi ni saya ambil daripada majalah tapi dah lupa namanya...sebab saya salin resipi ni dalam buku koleksi masakan peribadi...tapi lupa pulak nak tulis sumbernya,tapi kalau nak masak nasi tomato saya akan rujuk buku ni lerrr...sebab sesuai dengan citarasa kami sekeluarga...ok jom kita semak resipinya....
Nasi Tomato
Bahan-bahan:
1 cupak beras-dicuci dan toskan
4 tin susu air
2 biji buah tomato-dicincang
1 1/2 labu bawang besar-dimayang
1/2 tin tomato puri
1/2 tin susu cair
3 biji cili muda hijau-dibelah
1 1/2 sudu makan susu pekat
1 sdt gula
Garam
Bahan tumis:
8 ulas bawang putih-dimayang
15 ulas bawang merah-dimayang
1 inci halia-dimayang
3 helai daun pandan-dicarik dan simpul
1 batang kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan rice cooker panaskan minyak,tumis rempah ratus hingga wangi,kemudian masukkan bawang besar yang dimayang,bawang merah, bawang putih,halia bersama dengan daun pandan,kacau hingga naik bau dan garing sedikit.
2.Masukkan air diikuti dengan tomato puri,tomato cincang,cili hijau,susu cair,susu pekat,gula dan garam,kacau hingga sebati.Kemudian masukkan beras dan biarkan mendidih.
3.Apabila mendidih angkat periuk tadi masak dengan rice cooker.
Ayam Masak Merah
Nasi tomato ni amat sesuailah digandingkan bersama dengan Ayam Masak Merah...tapi kalau nak masak lauk lain contohnya Dalca Daging ke,Kari Ayam ke ok gak....tapi orang dalam rumah ni lebih suka mamanya masak lauk ni.Resipi ni hasil pemerhatian saya bila tengok emak masak jerrr...tak ada rujukan yang tepat...tapi still terangkat tau!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil,dibersihkan dan dilumur garam kunyit kemudian digoreng separuh masak.
1 cawan cili kisar
10 ulas bawang merah--kisar
2 labu bawang besar-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
1/2 tin tomato puri/setengah cawan sos tomato
2 cawan air
2 labu bawang besar-potong bulat
Gula,garam,serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1.Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama cili kisar hingga naik bau.Kacau hingga bahan tumisan ini betul-betul masak menggunakan api kecil.
2.Kemudian masukkan air,dan tomato puri...kacau sebati hingga kuah mendidih,masukkan bawang besar serta ayam.Balik-balikkan ayam supaya kuahnya mesra...masukkan gula,garam dan serbuk perasa.Sesuaikan rasanya.Siapppp.
No comments:
Post a Comment