Lama sungguh rasanya kek pelangi ni dok terperap dalam folder....baru hari ini saya berkesempatan untuk share resipinya.Kek ini hasil kunjungan saya ke blog yatiememories...bila terpandang jerrr gambar kek yang begitu meriah ni keinginan hati untuk membaking terus meluap-luap....so apalagi terus check dalam kabinet dapur,syukur ada semua bahan-bahan yang diperlukan.Kek ini rasanya memang sedap sangat bagi tekak saya nihhh...cukup lembut,gebu,lembab selain cantik kejadiannya,manisnya pun sedang elok jerrr...terima kasih yang tidak terhingga pada kak yatie kerana berkongsi resipi yang sangat enak ini,memang tak rugi saya mencubanya...
Kek Pelangi Kukus
Sumber:yatiememories
Bahan-bahan:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan serikaya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sdb serbuk koko
1 sk esen vanilla
Pewarna yang diingini
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
2.Masukkan susu pekat,serikaya dan vanila.Kacau rata dan masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3.Bila sebati bahagikan kepada 7 warna.Warnakan berbeza termasuk satu adunan dicampur dengan serbuk koko.
4.Sudukan berselang seli kedalam acuan yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Sebelum dibakar...
|
No comments:
Post a Comment